jump to navigation

Pengaruh papan iklan “billboard” April 27, 2009

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , ,
trackback

Pagi tadi, di pekan Kajang, saya terlihat papan iklan ini baru dipasang di persimpangan lampu isyarat berhampiran Medan Sate Haji Samuri. Saya gembira melihat perkembangan sebegini, kerana kerajaan-kerajaan Pakatan Rakyat sudah mula “reach out” kepada masyarakat, memberitahu tentang matlamat mereka untuk rakyat.

Sebenarnya, mekanisme ini tidak menelan belanja yang teramat besar, lagipun kerajaan negeri pastinya memiliki saham dalam sesetengah syarikat iklan “billboard”, yang pastinya dapat menjimatkan lagi perbelanjaan mereka.

Mesej yang saya dapat lihat pada papan iklan ini ialah:-

“Kembalikan Hak Air Kepada Rakyat Selangor. Untuk kepentingan generasi akan datang”

“Hentikan! Jangan biarkan syarikat kroni merampas hak rakyat”

Mesejnya amat jelas dan ringkas, juga menarik.

Saya ingin tunjukkan lagi penggunaan papan iklan gergasi di tempat-tempat lain.

Papan iklan Parti Demokrat pimpinan Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono

Iklan lamaran perkahwinan dari anak lelaki seorang jutawan papan iklan.

Iklan lamaran perkahwinan dari anak lelaki seorang jutawan papan iklan.

Saya melihat kaedah ini amat praktikal, terutama untuk kempen politik dan pengkiklanan produk, di mana mesej dapat disampaikan dengan lebih mudah dan pantas serta diingati. Kepada kerajaan Selangor, teruskan usaha anda ini. Diharapkan kerajaan negeri lain juga akan melakukan langkah yang tersendiri untuk menyampaikan mesej kepada rakyat jelata, terutama yang tidak ada akses terus ke media-media rasmi dan arus perdana.

Cadangan saya pula, adalah dengan mewujudkan “newsletter” kerajaan negeri yang diedarkan secara menyeluruh di seluruh negeri melalui JKKK atau agensi yang dikawal kerajaan negeri. Konsepnya boleh menyerupai “newsletter” Media Focus yang telah berjaya dalam pengiklanan di kawasan Lembah Klang dengan cara yang sama, di mana setiap keluaran, sebanyak 70,000 naskhah dapat dihantar ke setiap pintu rumah.

Jika kaedah ini yang diamalkan, pastinya rakyat yang tidak mampu memiliki media alternatif dapat memperolehi maklumat yang lebih banyak berbanding media arus perdana sedia ada.

Komen-komen»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: