jump to navigation

Sejak bila pula PAS nak berpakat dengan UMNO ni?? April 29, 2009

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , , , , , , ,
trackback

Memetik ulasan penulis blog Kickdefella, beliau menceritakan mengenai apa yang beliau kata sebagai “gabungan PAS dan UMNO” yang dikatakan akan berlaku Jun ini. Saya ingin memberitahu semua, bahawa perkara tersebut tidak akan berlaku, dan rakyat Malaysia tidak mahu ianya berlaku!

Mengapa, mengapa, dan mengapa khabar angin sebegini tercetus? Pastinya ini plot baru untuk mengkucar-kacirkan Pakatan Rakyat, harap tiada siapa yang akan terpengaruh dan mempercayai perkara ini. Tuan Guru Haji Hadi Awang sendiri berkata, cadangan kerajaan campuran itu bukannya antara BN dan PAS, atau UMNO dan PAS, tetapi tuntutan beliau adalah kerajaan campuran Pakatan Rakyat-Barisan Nasional.

Kerajaan ini akan menyerupai konsep di Indonesia, di mana kita dapat melihat keterbukaan yang amat ketara selepas kerajaan campuran ditubuhkan di negara tersebut, kadar rasuah yang merudum, lihat juga perkembangan ekonominya yang amat hebat, walaupun dilanda kegawatan sekarang. Jika ekonominya tidak hebat, masakan TM membeli syarikat XL di Indonesia, Maybank membeli BII, syarikat milik Daim Zainuddin membeli satu bank utama di Indonesia. Ini sudah pasti satu kepercayaan kepada kestabilan politik di Indonesia, walau media kita memberi gambaran berbeza.

Tuan Guru Haji Hadi Awang

Pastinya, Tuan Guru Haji Hadi mencadangkan model Indonesia sebagai rujukan, bukannya berseorangan membentuk kerajaan campuran dengan BN. Selain itu, Tuan Guru juga akan mengenakan pelbagai syarat, antaranya keterbukaan media, pemulihan institusi kehakiman, keadilan pilihanraya, pembersihan sistem pentadbiran dan pelbagai lagi. Mampukah BN memenuhi tuntutan Tuan Guru ini?

Ini sebenarnya satu cabaran untuk BN supaya mereka memenuhi tuntutan itu, bukannya Tuan Guru membuta tuli mahu buat kerajaan campuran. Hanya kita sendiri yang pantang mendengar kerjasama PAS dan BN, kerana terlalu benci akan mereka. Tidak mengapa, walaupun kerajaan campuran itu berlaku, anda semua masih boleh terus membenci BN (seperti saya juga), kerana apabila pilihanraya, semua parti dalam kerajaan campuran ini akan bertanding sesama sendiri. Kaedah Pakatan Rakyat masih akan dikekalkan untuk pertandingan dalam pilihanraya umum atau kecil.

Kesimpulannya, isu kerajaan campuran ini, pada hemat saya tidak mungkin berlaku MELAINKAN Barisan Nasional punya kesediaan untuk bersama-sama mengubah ketidakadilan yang sudah wujud di negara ini. Ianya hanya cabaran yang amat baik daripada seorang tokoh agama kepada sebuah parti yang kononnya membela bangsa, tapi penuh dengan kapitalis yang haprak belaka.

Komen-komen»

1. darayang lara - April 30, 2009

Kerajaan campuran ini bukan saja memberi peluang parti -parti lain membetulkan kesalahan yang dilakukan malah memberi ruang kepada parti UMNO sendiri membuang , menyingkir segala kudis, parut dan luka yang ada dalam batang tubuh UMNO sendiri.Tak usah bimbang dengan pandangan Hj Hadi kerana kalau nak dibandingkan kita semua membenci dan menentang UMNO Hj Hadi lebih kuat dari kita lagi menentang kesombongan dan kerakusan parti UMNo.Strategi berpolitik mesti sentiasa berubah.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: