jump to navigation

Debat ISA? Kenapa hanya di Radio 24 Bernama? April 30, 2009

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , , , , , ,
trackback

Benarkah ISA untuk kepentingan agama Islam? Saya tidak mempercayainya.

Malaysiakini melaporkan, bahawa PEWARIS atau singkatannya Majlis Permuafakatan Ummah,telah bersetuju untuk menyertai debat yang akan membincangkan tentang halal-haram ISA. PEWARIS adalah sebuah NGO Melayu yang menyifatkan diri sebagai sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan Islam di negara ini dan berkecuali dari mana-mana fahaman politik.

Pihak PEWARIS pernah memberikan kenyataan bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) adalah bertujuan untuk memelihara agama Islam dan ketuanan Melayu di negara ini.

Namun, mereka meminta supaya tempat debat itu diadakan untuk diubah ke konti stesen Radio 24 Bernama, iaitu di Wisma Bernama, Kuala Lumpur. Mereka juga ingin dialog ini diadakan secara “perbincangan” berbanding secara perdebatan.

Apa ini? Kata perjuangkan “ketuanan Melayu”, jadilah seperti seorang hulubalang yang berani berhadapan dengan semua pihak. Contohi semangat pahlawan Melayu masa silam, memperjuangkan “ketuanan Melayu”.  Tindakan mereka ini menunjukkan seolah-olah PEWARIS takut untuk menghadapi kesan daripada debat yanga akan diadakan itu.

Cadangan saya, teruskan dengan siaran debat di Radio 24, dan adakan debat tersebut di Dewan Sivik MBPJ, dengan kehadiran penyokong yang sama ramai dari kedua-dua belah pihak. Macam debat Anwar-Shabery dan Guan Eng-Tsu Koon dahulu.

Lagipun, pada saya, jika benar PEWARIS mahu perjuangkan Islam, mereka harus serius dalam mempertahankan ISA itu, bukannya “berbincang” dengan pihak GMI yang mungkin pada mereka “tidak mempertahankan Islam” dengan menentang ISA. Mungkin PEWARIS takut kalah debat agaknya.

“Biar (rakyat) satu Malaysia boleh dengar,”  ini kata timbalan presiden PEWARIS.

(Apa “satu Malaysia”?? Ini macam konsep Najib sahaja…kata tiada kepentingan politik.)

Radio 24 boleh didengar di frekuensi 93.9 MHz, hanya di Lembah Kelang.

Radio 24 boleh didengar di frekuensi 93.9 MHz, hanya di Lembah Kelang.

Untuk makluman anda sekalian, frekuensi Bernama Radio 24 adalah 93.9 MHz, dan HANYA TERHAD DI KAWASAN LEMBAH KELANG SAHAJA. Harap maklum.

Untuk anda di luar Lembah Kelang pula, dapatkan siaran “online” Bernama Radio 24 di http://www.radio24.com.my

Jika anda tiada sambungan Internet, sila gigit jari anda sendiri, kerana tidak dapat menonton siaran menarik ini.

Bernama TV, boleh ditonton secara percuma di saluran 502 Astro.

Bernama TV, boleh ditonton secara percuma di saluran 502 Astro.

Sebagai cadangan, pihak Bernama juga boleh menyiarkan siaran debat ini nanti di saluran 502 Bernama TV. Jika tiada Astro, sila gigit jari anda sekali lagi. Lagi satu, sila kuasai TV di kedai-kedai Mamak, supaya tidak diganggu “Gagak Hitam” dari Afrika.

Andainya anda “Mat Kelate“, “Mat Selangor“, “Mat Hijau Kuning” atau “Mat Yeob Kejor“, sila laksanakan tanggungjawab anda dengan “bergocoh” dengan “gagak-gagak” ini, agar rakyat tanpa Astro dapat menonton siaran debat ini dengan selesa 9 Mei nanti. Maaf, saya tidak bersikap perkauman di sini, namun hanya ingin menjaga kepentingan semua rakyat Malaysia.

(Mungkin PEWARIS mahu ISA’kan gagak hitam Aftika ini??)

Debat ini sangatlah pentingnya untuk kita seluruh rakyat Malaysia. Saya serius dalam soal ini. Semoga debat a.k.a perbincangan ini dapat memperjelaskan adakah relevannya ISA ini kepada negara Malaysia.

Komen-komen»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: