jump to navigation

Kabinet Malaysia bertindak melulu dalam soal pertukaran agama anak April 30, 2009

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , , ,
trackback

Minggu lalu, Kabinet Malaysia secara tiba-tiba membuat keputusan melulu, dengan menetapkan bahawa anak harus dibesarkan mengikut agama asal yang dianuti ketika perkahwinan ibu bapa mereka, walaupun salah seorang daripada ibu bapanya menganut Islam.

Tanpa sebarang perbincangan yang mereka lakukan dengan ketua-ketua agama, saya hairan mengapakah ketetapan sebegini dibuat. Seharusnya, pihak Kabinet perlu berbincang dengan pihak-pihak yang berkuasa berkaitan agama, kerana mereka lebih arif, dan pendapat mereka dapat didengari. Tetapi mereka telah melakukan sesuatu yang mengejutkan iaitu dengan sesuka hati membuat ketetapan, seolah-olah mereka ini betul pakar soal agama.

Di manakah peranan Raja-raja sebagai Ketua Agama Islam, yang selalu dipertahankan oleh BN, yang selalu menggunakan nama Raja untuk mempertahankan tindakan mereka? Kali ini nampaknya mereka sudah “campak” raja ke tepi. Bila mahu minta tolong, mereka “angkat semula” Raja yang dicampak tadi!

Selama ini, pihak kerajaan BN selalu berkata bahawa “semua hal kita serahkan kepada mahkamah untuk membuat keputusan”. Namun kali ini, seolah-olah kuasa mereka tidak terbatas, dan mengatasi para hakim mahkamah, dengan membuat satu ketetapan melulu sebegini.

Seharusnya mahkamah diberikan kuasa untuk menentukan hak penjagaan anak, dan membenarkan anak dijaga dengan didikan agama yang sama dengan penjaganya, iaitu bapanya atau ibunya. Pada masa yang sama juga, pihak penjaga yang satu lagi (yang bukan Islam) harus dibenarkan memberikan penjelasan mengenai agama yang dianutinya kepada anak tersebut untuk memberikan satu pemahaman seimbang mengenai kedua-dua agama, iaitu Islam dan agama penjaga satu lagi

Kemudiannya, apabila anak tersebut sudah 18 tahun, suatu umur yang dikira benar-benar mumaiyiz dari segi perundangan dan kematangan, mereka boleh pergi ke mahkamah, memilih siapa yang mahu beliau tinggal bersama iaitu ibu atau bapa, dan mereka boleh memilih sendiri agama yang mereka inginkan. Pada saya, tidak jatuh hukum murtad kepada anak ini jika mereka telah dibesarkan dengan cara Islam dan kemudian menyertai agama lain. Ini kerana sebelum ini mereka belum mumaiyiz, dan mereka langsung tidak mengerti soal agama apa sekalipun, hanya penyampaian dakwah daripada penjaganya sama ada ibu atau bapa yang Islam.

(Ini soal serius, hanya pandangan saya berdasarkan perkembangan anak dan perundangan, serta logik. Jika punya pendapat berbeza, atau jika saya salah, SAYA DENGAN RENDAH DIRI MINTA DIPERBETULKAN.)

Sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam, PAS bersuara dengan menyatakan bahawa kerajaan BN telah menganiayai agama Islam dengan membuat ketetapan sedemikian. Kata PAS, pihak-pihak berwajib perlu diminta khidmat nasihat mereka, bukan dibiarkan ketinggalan dalam keputusan Kabinet ini.

Jika inilah permainan politik Barisan Nasional, mungkin mereka telah berjaya dalam menimbulkan syak wasangka orang bukan Islam kepada PAS. Kerana apa yang saya dapat lihat, ternyata masyarakat bukan Islam tidak senang dengan tindakan PAS mengecam tindakan Kabinet ini. Justeru saya berharap agar PAS dapat melakukan tindakan segera dengan memberikan penerangan kepada orang bukan Islam yang tidak memahami.

Situasi ini berpotensi menjejaskan sokongan orang bukan Islam kepada PAS. Lihat sahaja komen-komen pembaca bukan Islam tentang perkara ini di The Malaysian Insider. Sehingga tergamak ada orang Islam sendiri mengatakan PAS umpama Taliban! Masya-Allah.

Hati saya kuat mengatakan bahawa ketetapan ini sengaja dilakukan untuk mengalihkan sokongan orang bukan Islam. Jika ianya benar, saya berdoa kepada Allah agar memberikan hidayah dan membuka hati orang bukan Islam yang sebilangannya masih tidak mengerti betapa sensitifnya soal ini kepada orang Islam. Bukakanlah juga hati segelintir orang Islam yang sudah terlanjur jauh daripada agamanya sehingga membelakangkan hukum-hakam.

Penting sekali, laknatilah pihak-pihak yang memperkudakan agama dan raja untuk memecah-belahkan negara yang kami cintai ini. Selamatkanlah kami daripada bala bencana-Mu. Amin. (Doa setiap orang yang menyembah Allah yang satu)

Komen-komen»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: