jump to navigation

Siapakah Ustaz Akhil Hayy? Mei 1, 2009

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , , , , ,
trackback

Petikan dari Wikipedia:-

Akhil Hayy Rawa atau nama sebenarnya Akhil Abdul Hayy adalah seorang pendakwah bebas dan penyanyi di Malaysia. Beliau berketurunan Rawa dan dilahirkan di Gopeng, Negeri Perak. Sebagai seorang pendakwah, beliau lebih dikenali sebagai Ustaz Akhil.

Semasa zaman remaja, Ustaz Akhil merupakan salah seorang anggota kumpulan rock di Malaysia. Kumpulan tersebut diberi nama D’Riyadh. Namun begitu, takdir Ilahi menentukan Ustaz Akhil akhirnya meninggalkan kehidupan sebagai seorang pemuzik rock. Kini, beliau lebih dikenali dengan lagu-lagu nasyid dan ceramah agama yang disampaikan di seluruh negara. Ustaz Akhil turut diberi gelaran “Ustaz Rock” kerana penglibatan beliau dalam arena muzik rock suatu ketika dahulu.

Ustaz Akhil sudah mendirikan rumah tangga dengan seorang wanita bernama Puan Maizawati Zainal.

Maizawati Zainal, isteri Ustaz Akhil Hayy. Apa yang kurangnya pada beliau sehingga ditinggalkan lebih tiga bulan?

Maizawati Zainal, isteri Ustaz Akhil Hayy. Apa yang kurangnya pada beliau sehingga ditinggalkan lebih tiga bulan? Kini beliau menuntut cerai. Semoga keadilan dapat ditegakkan kepada siapa yang menjadi mangsa.

Perkahwinan mereka diserikan dengan kehadiran beberapa orang cahaya mata.

Seperti Nasyid Legenda pertama, album kali ini juga menampilkan semula lagu-lagu malar segar yang pernah dipopularkan oleh kumpulan-kumpulan nasyid popular tanhair seperti Al-Jawaher, El-Suraya, Al-Mizan dan yang seangkatan dengannya.

Ini adalah berita-berita terbaru kebelakangan ini berkaitan Ustaz Akhil Hayy:-

Cerita Pertama:- (dipetik dari http://fiq-life.blogspot.com)

Ini adalah apa sebenarnya yang terjadi mengikut cerita Waheeda. Mereka menonton wayang yang berbeza & sekali lagi menyatakan mereka memang belum berkahwin.

#1 Waheeda dan Akhil Hayy menonton wayang pada sebelah malam dan rancangan itu dilakukan pada saat akhir. Waheeda sepatutnya ditemani kawan baiknya, Naurah. Namun Naurah tidak dapat datang pada saat akhir.

#2 Menurut Waheeda, mereka menonton filem berbeza dalam berlainan panggung. Akhil menonton filem Ip Man pada jam 11.55 malam manakala Waheeda menonton filem KM 31 pada 12.10 tengah malam.

#3 Mereka datang menaiki kereta milik Waheeda kerana kereta milik Ustaz Akhil mengalami kemalangan teruk di Putrajaya.

#4 Sebelum menonton wayang pilihan masing-masing, Waheeda mengakui yang dia agak keletihan dan hampir hilang mood untuk menonton wayang hingga membuatkan dirinya membuat keputusan untuk menunggu saja Akhil dalam keretanya sementara menunggu filem Ip Man habis ditayangkan.

#5 Hasrat Waheeda itu membuatkan Akhil berpendapat daripada membahayakan dirinya menunggu seorang diri di dalam kereta, dia sanggup untuk pulang ke rumah dengan menaiki teksi dan menyuruh Waheeda balik dulu ke rumah dengan keretanya.

#6 Bagaimanapun, Waheeda mengubah fikiran dan menonton filem pilihannya juga sehingga habis kerana tidak mahu membiarkan Akhil pulang dengan teksi.

#7 Selesai menonton filem Ip Man, Akhil masuk ke panggung KM 31 beberapa minit sebelum filem tontonan Waheeda berakhir. Dia hanya duduk di tepi tangga di dalam panggung, sebelum Waheeda memanggil Akhil duduk di sebelahnya yang kebetulan kosong.

#8 Selesai tayangan filem itu, lampu pawagam dinyalakan dan secara jelas kelibat mereka di dalam pawagam kelihatan termasuklah penulis gosip portal murai.com.my yang kebetulan turut berada di tempat yang sama.

(Nilailah sendiri cerita ini, saya percayakan bahawa mereka benar dalam isu ini.)

Cerita Kedua:- (dipetik dari OhBulan.com)

“Saya ingin membuat pengakuan di sini bahawa Waheeda adalah isteri saya…tetapi hanya di dalam program Cafe Akhil Hayy untuk musim kedua,” kata penceramah bebas berusia 39 tahun itu yang ditemui pada majlis pelancaran program itu di Ampang, semalam.

“Waheeda membawakan watak bernama Hani Az-Zahra. Sebenarnya nama Waheeda dicadangkan sendiri oleh pihak Astro Oasis. Mungkin mereka melihat kredibilitinya sebagai penyanyi dan pelakon yang menampilkan imej Islamik dan pada masa yang sama, dia turut terlibat dengan aktiviti dakwah.

“Saya tahu dia mampu bawakan tugasnya dengan baik dan memang dia sendiri tahu apa yang perlu dilakukan terhadap wataknya itu,” kata Akhil berceritakan serba-sedikit tentang pembabitan Waheeda di dalam program berunsurkan dakwah dalam bentuk santai yang telah pun memulakan siaran pertama musim kedua ini pada Rabu lalu, pukul 7.30 malam di saluran Astro Oasis.“Waheeda juga merupakan ‘facilitator’ di Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Selangor (PERKID)dan sebab itu saya rasa dia memang sesuai untuk turut serta dalam program ini. Kami digabungkan di dalam program ini sekadar untuk berdakwah.

(Jangan risau, jika dilihat dengan teliti, Ustaz Akhil tidak menyentuh sedikitpun bahu Waheeda dalam gambar di atas.)

Bukan tujuan saya ingin menjadikan Kelapa Muda seperti OhBulan, iaitu laman gosip. Hanya ingin menyampaikan pandangan sendiri. Okey, sekarang masanya untuk teguran kepada Ustaz yang mungkin antara penceramah paling terkenal di Malaysia pada masa ini.

1) Untuk keluar menonton wayang, mengapa perlu dengan Waheeda? Jika benar-benar anda berdua telah berkahwin, saya tidak akan mempersoalkannya. Tetapi tiada pengumuman rasmi berhubung perkahwinan Ustaz dengan Waheeda. Di manakah isteri anda yang tercinta, Maizawati Zainal? Lebih baik dan afdal lagi menonton wayang dengan isteri sendiri.

2) Tentang drama Cafe Akhil Hayy itu, Ustaz telah digosipkan atau dituduh oleh orang ramai bahawa Ustaz punya hubungan dengan Waheeda. Mengapakah orang itu juga yang Ustaz pilih untuk jadi pelakon di samping Ustaz. Sebagai isteri pula tu! Seharusnya, sebagai tokoh agama, Ustaz haruslah membersihkan diri daripada kontroversi, atau sebarang tuduhan salah laku. Bukan menjadikan kontroversi itu peluang dan mempergunakannya untuk melariskan diri atau program. Itu bukanlah cara Islam dalam perniagaan dan dalam berdakwah.

Ustaz, saya menghormati kebolehan Ustaz dalam berdakwah, membicarakan soal agama. Namun, saya kurang senang jika seorang tokoh sehebat anda diragui akhlak dan perhubungan. Nasihat saya, perjelaskanlah kepada kami yang tidak tahu ini tentang kedudukan Ustaz dan Waheeda, dan juga kedudukan hubungan Ustaz dengan isteri Ustaz yang sah sekarang. Semua orang ingin tahu, dan selagi perkara ini tidak diperjelaskan sebaiknya, keyakinan kepada dakwah Ustaz akan terhakis, pastinya bukan ini yang Ustaz mahukan dalam dakwah Islamiah.

Sekadar nasihat dari seorang anak muda yang kagum dengan keupayaan Ustaz. Wallahu A’lam.

Komen-komen»

1. nabilah - Mei 25, 2009

salam…..
knp jdi cm niy wahai ustaz ler kot
jgn ler wat skit ati isteri di rumah…
n anak2

ustaz kn dah pnya isteri n ank…….

so……jgn ler tnngl kn mreka…mrka sdih x der ayh tau x??????????

2. Firdaus Rosli - Mei 25, 2009

Memang tak patut, lagipun Puan Maizawati sudah beri “lampu hijau” untuk ustaz menikah satu lagi. Yang penting, anak-anak dan isteri harus dijaga dan diutamakan, bukannya dibiarkan tanpa jagaan sehingga tiga bulan!

Jagalah maruah tokoh-tokoh agama ye ustaz, saya risau kerana perkara-perkara sebegini orang akan hilang kepercayaan kepada tokoh agama. Jika sekarang tokoh agama sudah tidak boleh dipercayai, kepada siapakah masyarakat ingin bergantung harap dalam keadaan akhir zaman yang serba mencabar ini.

Ingatlah ustaz, dunia ini hanya pinjaman, jangan hanyut dalam godaan dunia yang melalaikan.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: