jump to navigation

Terima kasih Polis Stesen Sentral KL! Mei 5, 2009

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , ,
trackback

Semalam saya berpeluang ke kampung buah hati saya, iaitu di Batu Gajah, Perak untuk menjenguk ibu dan kakak-kakaknya di sana. Kami berlepas dari Stesen Sentral pada jam 5.50 petang dan tiba lebih kurang jam 9.15 malam. Untuk memudahkan perjalanan saya dari Kajang untuk ke Stesen Sentral, saya pergi dengan menaiki motosikal Honda Wave 100R dan meletakkannya di kawasan letak motosikal Lot E Stesen Sentral.

Risau juga jika hilang, kerana kawasan tersebut terbuka, dan mudah untuk dimasuki sesiapa sahaja. Saya tidur malam juga risau akan motosikal saya, jika apa-apa yang buruk berlaku. Jadi, saya pergi ke pondok polis Stesen Sentral dan memaklumkan bahawa saya akan meninggalkan motosikal tersebut untuk semalaman. Pihak polis memberi jaminan akan melakukan rondaan kerap di Lot E, dan meminta saya memastikan kunci-kunci keselamatan telah dipasang.

Esok harinya, kembali dari Batu Gajah, saya dengan pantasnya berjalan ke arah Lot E untuk mengambil motosikal. Betapa gembiranya saya, apabila motosikal saya itu tiada sebarang kesan gangguan, malah sama seperti hari sebelumnya. Hal ini mungkin kerana tindakan saya meletakkan motosikal itu di tempat lebih cerah, untuk memudahkan pemantauan polis dan pengawal keselamatan. Namun, pujian kepada pihak polis Stesen Sentral, kerana berjaya memastikan keselamatan motosikal saya dan orang lainnya, dan juga semua pengguna Stesen Sentral.

Jasa anda amat dihargai semua, dan anda juga turut menyumbang dengan hebatnya ke arah kemahsyuran Stesen Sentral Kuala Lumpur. Syabas!

Komen-komen»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: