jump to navigation

Akademi Fantasia: Penipuan Terbongkar! Mei 9, 2009

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , ,
trackback

Saya sudah lama tidak membaca sebuah blog mengenai hiburan, iaitu skycrewz.net yang nampaknya telah muncul dengan latar belakang dan tulisan yang baru. Kali terakhir saya membaca blog tersebut, mungkin pada bulan Mac lalu. Tahniah kepada blog tersebut kerana sudah dikemaskini dan ditambah dengan berita-berita yang segar.

(Lagipun saya jenis yang tak dapat tahan kalau layan politik sahaja, jadi saya lihatlah maklumat tentang perkara yang lain untuk mempelbagaikan maklumat di blog ini.)

Inilah Transformasi Penipuan Terkini dari Astro, tahniah!!

Inilah Transformasi Penipuan Terkini dari Astro, tahniah!!

Saya seorang penonton Akademi Fantasia, lebih-lebih lagi musim ke-7 ini kerana sudah berpindah ke rumah di Kajang yang telah menyediakannya. Pinggirkanlah tentang siapa pelajar pilihan anda sekarang, kerana fokus yang perlu kita berikan adalah kepada sebuah video dipetik dari Diari INT Akademi Fantasia, yang tidak silap saya dipaparkan selepas konsert berakhir.

Penipuan Konsert ke-8 AF7

Apa yang menghairankan saya ialah:-

Pengacara Sarimah Ibrahim berbicara soal dua pelajar terkeluar iaitu Aishah dan Claudia, serta pembukaan undi AFMASUK sebagai peluang kedua kepada para peserta yang sudah terkeluar untuk bertanding di konsert akhir.

Dan, Sarimah ketika itu dirakamkan dengan seorang lagi pelajar, Akim berada di belakang membuat persembahan.

Akim jelas mengadakan persembahan, saya percaya pada konsert ke-8, dengan Sarimah bercakap tentang sesuatu yang berlaku selepas semua persembahan selesai.

Bagaimanakah Sarimah boleh tahu tentang adanya penyingkiran seramai dua pelajar, lebih pelik lagi, undian AFMASUK?? Sedangkan perkara itu kemudiannya baru diumumkan oleh Pengetua, Tiara Jacquelina selepas penyingkiran, dengan “kuasa” yang beliau ada!

Jelas, ini satu penipuan yang sudah terbongkar oleh Astro. Saya nampaknya akan memboikot Konsert hari ini (9/5/2009) dan juga Konsert Akhir Akademi Fantasia 7 dengan penipuan yang telah dilakukan oleh pihak Astro ini.S

Nasib baik, kerana saya menyertai Nadwah Kepimpinan Pelajar minggu hadapan dari 15 hingga 17 Mei 2009, anjuran PMI KLIUC. Pada 16 Mei, konsert akhir tersebut akan diadakan.

Maaf, jika ada yang berminat lagi, permohonan telah ditutup, dan hanya kepada pelajar KLIUC sahaja🙂

Saya akan berada tiga hari di Dusun Eco Resort, Bentong, Pahang, satu tempat yang jauh dari hiruk-pikuk kota, dan pastinya jauh daripada penipuan manusia yang gila akan kebendaan, seperti yang kita lihat pada Akademi Fantasia kali ini.

Saya berharap, agar Astro dapat mengeluarkan permohonan maaf kepada semua penonton, terutamanya yang sanggup membazirkan wang mengundi pelajar kegemaran mereka. Selagi ianya tidak berlaku, saya berharap agar para pembaca sekalian dapat bersama saya, kita kumpulkan seramai boleh untuk menonton saluran selain dari 104 dan 109 pada 9 malam 8 Mei dan 16 Mei nanti. Boleh semua?

Komen-komen»

1. pENGKRITIK TETAP - Mei 11, 2009

TO ASTRO HATI2.. jGN TERUS KAN DRAMA ANDA MAESTRO LINGKUP ADAKAH ANDA MAHU AF JUGA LINGKUP.. RAKYAT2 MALYSIA YG MEMINATI AF TERANG2 DI TIPU OLEH RANCANGAN AKEDEMI FANTASIA BTOL2 FANTASI!!! APA NI PRINCIPAL , PRODUCER, ASTRO HARUS MEMOHON MAAF DAN MENGAKUI NYA SEBELOM KONSERT AKHIR. SEMUA YG TERLIBAT HARUS MEMOHON MAAF.. BUKTI SUDAH ADA BEB

2. Firdaus Rosli - Mei 11, 2009

Saya sendiri turut kecewa, kerana nampaknya inilah nasib satu program yang pernah melahirkan artis-artis yang berbakat setiap musim, namun dirosakkan oleh ketamakan pihak penganjur. Diharapkan Astro lebih peka, supaya program AF ini kekal relevan dan berintegriti.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: