jump to navigation

Ibu hebat yang pernah ku lihat Mei 9, 2009

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
trackback

Sempena Hari Ibu 10 Mei, saya terasa seolah-olah ingin memaparkan contoh-contoh ibu hebat yang pernah saya temui dan kenali personaliti mereka. Semoga pelajar-pelajar wanita di luar sana dapat mengambil teladan daripada ibu-ibu ini, dan menjadikan mereka sebagai “role-model” apabila sudah berkahwin kelak. Inilah senarai Ibu Hebat 2009 saya:-

Isteri kepada tahanan ISA, M Manoharan

Isteri kepada tahanan ISA, M Manoharan

1) S Pushpaneela

Beliau adalah isteri kepada M Manoharan, ADUN Kota Alam Shah, Selangor yang baru sahaja dibebaskan daripada tahanan ISA di Kamunting. Selama lebih setahun, beliau menggalas tugas suaminya sebagai ADUN dalam menjaga kebajikan rakyat di kawasan.

Ketahanan beliau amatlah saya kagumi, dan saya memahami betapa beratnya beban tugas beliau untuk menjaga kawasan dan anak-anak sehingga suami beliau berhasrat mahu melepaskan jawatan ADUN, dan mengadakan pilihan raya kecil. Mujurlah suaminya dibebaskan, dan kini boleh menjalankan tugas sebagai wakil rakyat.

Bekas Ketua Pembangkang

2) Wan Azizah Wan Ismail

Walaupun sudah melepaskan kerusi Parlimen Permatang Pauh kepada suaminya, Wan Azizah terbukti masih berpengaruh dan suara beliau didengari di dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR). Kerjasama dengan suaminya, Anwar Ibrahim telah memastikan PKR terus utuh dan kukuh di sebalik pelbagai cubaan untuk menggugatnya, antaranya pembelotan 2 ADUN PKR Perak, kes V. Arumugam, tuduhan rasuah ke atas Fairus Khairuddin dan yang paling buruk penganiayaan gambar separuh bogel ke atas Elizabeth Wong.

Calon Juara Akademi Fantasia 7

Calon Juara Akademi Fantasia 7

3) Ismaliza Ismail

Antara peserta paling konsisten di Akademi Fantasia 7, mempunyai impian paling besar dalam hidup untuk menjadi seorang artis rakaman. Pengalaman ditipu dalam kontrak album tidak menggugat semangat beliau mengejar cita-cita. Mempunyai lima orang anak, saya dapat merasakan bahawa beliau seorang ibu yang sangat disayangi dan dirindui oleh anak-anaknya.

Ramai yang berkata bahawa persembahan beliau statik setiap minggu, jadi beliau perlu melakukan satu persembahan hebat di konsert akhir untuk memastikan penantian anak-anaknya lebih bermakna.

Pengerusi syarikat kawalan keselamatan Securiforce, juga Ketua Wanita UMNO Bahagian Jerlun, Kedah

Pengerusi syarikat kawalan keselamatan Securiforce

4) Maznah Hamid

Saya pernah mendengar ceramahnya di REAL Undergraduate Conference 2009 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya 31 Januari lalu, dan ucapan beliau sangat berinspirasi. Beliau memulakan hidup dengan susah, dan meningkat dalam industri kawalan keselamatan yang jarang disertai oleh wanita.

Kini, Securiforce adalah sebuah syarikat kawalan keselamatan utama di negara ini dan menyediakan pelbagai produk kawalan keselamatan, kepada individu dan syarikat. Maznah juga tidak mengabaikan anak-anaknya walaupun dengan beban tugas dalam perniagaan dan juga politik, iaitu sebagai Ketua Wanita UMNO Bahagian Jerlun, Kedah, menjadikan beliau berada di tempat ke-4 dalam senarai Ibu Hebat saya.

Bekas Ketua Pengarah Agensi Angkasa Negara (Angkasa), antara watak penting dalam Program Angkasawan Negara

Bekas Ketua Pengarah Agensi Angkasa Negara (Angkasa), antara watak penting dalam Program Angkasawan Negara

5) Dr. Mazlan Othman

Kini bertugas sebagai Pengarah di Pejabat Hal Ehwal Angkasa Lepas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Vienna, Austria. Beliau merupakan seorang pakar Sains Angkasa dan Astrofizik, wanita Malaysia pertama dengan pengiktirafan sedemikian.

Pernah diberikan pelbagai anugerah berkaitan angkasa lepas dari dalam dan luar negara, pastinya kedua-dua orang anak kepada ibu ini akan berbangga dengan pencapaian yang telah dikecapi ibu mereka sendiri, dan mungkin akan menuruti jejak langkah ibu mereka ini.

___________________________________________________________________________________________

Tidak Tercalon

Isteri kepada Perdana Menteri, Najib Razak

Isteri Perdana Menteri, Najib Razak

Rosmah Mansor

Sebagai seorang ibu dan isteri, kredibiliti beliau diragui, kerana tidak memberikan sebarang pengakuan mahupun dipanggil ke mahkamah atas kes pembunuhan Altantuya Shaaribbu (juga seorang ibu), dan turut dituduh sebagai seorang yang boros dalam berbelanja.

Anaknya Ashman, nampaknya tersasar daripada peribadi bapanya kerana dilihat mempunyai kehidupan yang sangat bebas di United Kingdom. Rosmah perlu bekerja lebih keras lagi, memulihkan imej beliau sebagai seorang ibu dan isteri, bukan sahaja di mata saya, malah di mata seluruh rakyat Malaysia, dan mungkin diletakkan sebaris dengan Imelda Marcos dari Filipina.

Siti Hasmah bersama suami Tun Dr. Mahathir

Siti Hasmah bersama suami, Tun Dr. Mahathir

Siti Hasmah Mohd Ali

Nampaknya, suami beliau sudah tidak dapat dikawal lagi. Hasrat untuk tidak aktif dalam politik nampaknya telah dimungkiri, dengan terlibat dalam kempen Barisan Nasional di Bukit Gantang, Perak. Suami beliau dikatakan sebagai punca kepada kekalahan BN di kawasan Parlimen tersebut. Namun, perkara tersebut tidak dapat dipastikan.

Kapal layar milik suaminya, “Apanama” nampaknya telah mendapat respons negatif daripada rakyat berbilang bangsa, kerana dilihat sebagai satu simbol kemegahan melampau oleh Mahathir. Namun, Siti Hasmah mungkin tercalon untuk tahun hadapan, kerana peranan beliau dalam mengimbangi tugas Mahathir sepanjang 22 tahun sebagai Perdana Menteri.

Pengasas produk kecantikan Nouvelles Visages

Pengasas produk kecantikan Nouvelles Visages

Sosilawati Lawiya

Dalam kes perceraian beliau dengan artis popular Nash, nampaknya persepsi kebanyakan melihat tindakan beliau sebagai “mendedahkan aib” dalam perkahwinan mereka yang telah gagal.

Namun, pencapaian produk kosmetik beliau amat membanggakan, masih boleh tercalon untuk tahun hadapan.

Komen-komen»

1. zizai - Mei 10, 2009

marilah sama2 kita menghargai jasa kedua ibu bapa kita terutama ibu yg berpenat lelah melahirkan kita sehingga ad yg menjadi insan yg berjaya dlm cita-citanya…lebih kurang 9 bulan kita di dalam perutnya…jasa bonda perlu di hormati….

2. 13 Mei 1969 Dalam Kenangan « Kelapa Muda - Mei 13, 2009

[…] maklumat mengenai Wan Azizah dan peranan beliau menstabilkan semula PKR, rujuk semula tulisan Ibu hebat yang pernah ku lihat, tulisan sempena Hari Ibu […]


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: