jump to navigation

Luahan isi hati kepada ibu tercinta. Mei 9, 2009

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , , , , , , , , , ,
trackback

Semalam, hari Jumaat, saya telah menghantar mesej SMS kepada ibu saya, berceritakan mengenai pihak polis yang semakin ketara peranan mereka sebagai “kuli” kepada kerajaan Persekutuan. Saya menyampaikan isi hati yang sudah tidak dapat lagi menerima keadaan sebegini.

Beginikah caranya mengiringi seorang Speaker Dewan Undangan Negeri?

Beginikah caranya "mengiringi" seorang Speaker Dewan Undangan Negeri?

Lihat situasi di Perak, polis yang tidak dikenali menyerbu dewan undangan negeri, dan MENGHERET (bukan mengiringi) Speaker Sivakumar keluar dari DUN Perak. Mereka dengan

Siapakah mereka ini? Kenapa terlalu ramai yang menyibuk?

Siapakah mereka ini? Kenapa terlalu ramai yang "menyibuk"?

sesuka hati menyerbu Dewan Undangan Negeri, konon untuk menjaga keamanan. Jelas sekali, pihak polis betul-betul sudah jadi “kuli batak” kepada UMNO-BN. Saya tidak tahan lagi perkara sebegini terus berlaku.

Namun, ibu saya seraya membalas mesej tersebut dengan bercerita mengenai tangkapan seramai 40 orang Mat Rempit di sekitar kawasan polis Yan oleh pasukan yang dianggotai oleh bapa saya. Ramai ibu bapa kepada mereka yang menuntut anak mereka dibebaskan, namun jika tiada tangkapan, ada pula yang akan berkata bahawa polis tidak melaksanakan tugas.

Sukar benar menjadi polis, tekanan daripada penjenayah, rakyat kebanyakan, dan paling teruk oleh ketua-ketua kerajaan

Mat Rempit Beraksi

Mat Rempit Beraksi

yang mungkin juga penjenayah, pembunuh, perogol.


Rahim Thamby Chik telah dituduh merogol seorang gadis bawah umur. Namun, Lim Guan Eng yang membela gadis tersebut telah dipenjarakan di bawah Akta Hasutan.

Rahim Thamby Chik telah dituduh merogol seorang gadis bawah umur. Namun, Lim Guan Eng yang membela gadis tersebut telah dipenjarakan di bawah Akta Hasutan.

Altantuya Shaaribuu yang dikatakan telah "saja-saja" dibunuh oleh Azilah Hadri dan Sirul Azhar Omar.

Altantuya Shaaribuu yang dikatakan telah "saja-saja" dibunuh oleh Azilah Hadri dan Sirul Azhar Omar.

Ibu saya cuba untuk menenangkan saya dengan berkata “kerja-kerja seperti di Perak itu tidak dan tidak akan disertai oleh bapa saya”, bapa saya hanya menjalankan tugas yang terbaik kepada rakyat Malaysia seluruhnya, terutama di daerah Yan tersebut.

Jadi, saya datang dengan satu kesimpulan dan persetujuan. Saya bersetuju bapa saya meneruskan tugas sebagai seorang anggota polis, dan juga haruslah menjalankan tugas tersebut dengan adil dan saksama tanpa dikuasai oleh mana-mana pihak berkepentingan.

Terima kasih ibu, kerana melegakan saya dengan bersahaja, dan memahami gelodak hati anak muda seperti saya ini. Esok hari ibu, sambutlah dengan gembira, dan kepada ibu sekalian, teruskan peranan mendidik generasi muda negara ini, supaya generasi baru ini tidak mewarisi kejahatan penjenayah, perogol, pelumba motosikal haram, dan juga pembunuh yang masih bebas di merata-rata tempat, terutama di Putrajaya yang pernah saya tinggal dahulu.

Komen-komen»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: