jump to navigation

Menyanggah Utusan Malaysia dalam rencana mereka yang menghasut. Mei 10, 2009

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , , , , , ,
trackback

oleh Awang Selamat

MEMALUKAN, tidak beradab dan gila kuasa. Itulah antara ungkapan yang sesuai untuk menggambarkan kekecohan yang dicetuskan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang pada mesyuarat pertama penggal kedua sidang DUN Perak, Khamis lalu.
Kejadian penuh drama itu menyaksikan ADUN pembangkang hilang kewarasan dan emosional sehingga menjadikan suasana tegang, yang belum pernah berlaku dalam sejarah negara.

Lihat gambar-gambar ini, siapa yang sudah tidak waras?? Seorang Speaker Dewan yang diperlakukan sebegini rupa macam penjenayah. Siapa yang waras, siapa yang tidak siuman sekarang?

Awang Selamat mahu katakan bahawa Sivakumar tidak waras? Memang bangang si Awang Selamat pengarang Utusan ni.

Awang Selamat mahu katakan bahawa Sivakumar tidak waras? Memang bangang si Awang Selamat pengarang Utusan ni.

Dicekik seolah-olah seorang penjenayah yang sangat berbahaya. Sedangkan penjenayah sebegitu ada di pejabat Utusan, nama penanya Awang Selamat.

Dicekik seolah-olah seorang penjenayah yang sangat berbahaya. Sedangkan penjenayah sebegitu ada di pejabat Utusan, nama penanya Awang Selamat.

Laporan yang mengatakan bahawa Sivakumar diiringi oleh polis keluar dari dewan terbukti salah!

Laporan yang mengatakan bahawa Sivakumar diiringi oleh polis keluar dari dewan terbukti salah!

Siapa yang berani katakan bahawa Sivakumar telah lucut jawatan, selain dari mamat sengal bernama AWANG TAK SELAMAT ni?

Lebih daripada itu, rakyat melihat insiden tersebut sebagai suatu penghinaan kepada institusi raja. Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah terpaksa menunggu lima jam sebelum dapat menyempurnakan majlis perasmian.

Malah pada ketika baginda hendak menyampaikan titah ucapan, pembangkang bertindak mengganggu dengan memohon untuk mengemukakan bantahan. Keadaan itu memaksa Raja Nazrin memanggil bekas Menteri Besar Perak, Mohamad Nizar Jamaluddin dan bekas exco kanan, Ngeh Koo Ham merapati baginda. Raja Nazrin antara lain menyatakan kepada kedua-duanya bahawa baginda tidak mahu terlibat dalam suasana sedemikian. ‘‘Saya hanya mahu menyampaikan ucapan, jadi hormati ucapan saya apabila saya menyampaikannya. Anda faham? Jika mahu berurusan dengan saya pada masa depan, anda perlu menghormati ucapan saya. Faham?,” titah baginda sambil meminta kedua-duanya memberitahu barisan ADUN pembangkang yang ketika itu berdiri sebagai tanda bantahan, agar duduk supaya upacara boleh diteruskan dengan lancar.

Bagaimana pihak Utusan dapat mengetahui dialog ini, sedangkan ianya dijalankan secara berbisik antara Nizar, Ngeh dan Raja Nazrin Shah??

Saya rasa jika kuasa raja tidak dihadkan suatu ketika dahulu, pasti Raja Nazrin boleh menjadi pendamai yang baik kepada masalah ini. Bukan sekadar duduk “tercanguk” melihat wakil rakyat bertelagah. Di mana peranan sebagai Raja yang diharapkan rakyat? Kerja seorang Raja bukan hanya untuk menunggu untuk memberi ucapan.

Raja juga harus memastikan keadilan berlaku dalam sidang DUN, kepada mana-mana pihak. Lihat sahaja mikrofon yang tidak berfungsi di kerusi-kerusi ADUN Pakatan Rakyat. Jelas satu sabotaj!

Awang menung panjang sambil memendam rasa marah dan kecewa. Belum pernah raja diganggu sedemikian dan terpaksa meminta ADUN untuk menghormati ucapan baginda. Lalu terlintas di kepala Awang, apa hendak jadi jika pakatan pembangkang memerintah negara.
Anehnya ketika BN boleh menerima hakikat kehilangan kuasa sebaik sahaja tumbang di Perak, Selangor dan Kedah pada pilihan raya umum lalu (selain yang pernah terjadi di Kelantan, Terengganu dan Sabah), pembangkang pula bertindak sebaliknya.
Pakatan pembangkang selalu mendakwa kerajaan BN melaksanakan hukum rimba tetapi siapa yang sebenarnya yang berbuat demikian. Apakah ini budaya politik baru yang dirintis oleh pembangkang? Apakah undang-undang perlu sentiasa memihak kepada mereka dan jika tidak maka dituduh pihak lain yang salah. Dengan kata lain, mereka sahaja mesti betul, lebih berhak daripada orang lain dan mesti terus berkuasa dengan memanipulasi demokrasi untuk kepentingan politik.

Wah wah wah..kagum saya dengan keupayaan BN menerima hakikat kekalahan! Jadi, bagaimana dengan segala kes-kes rasuah yang telah ditimbulkan oleh bermacam-macam NGO, konon pembela Melayu yang telah membuat banyak laporan polis dan SPRM, namun bila mereka menyeberang kepada BN, senyap saja, kes selesai, ditutup, tiada kes.

Jika mahu bercerita tentang manipulasi demokrasi oleh BN, satu hari satu malam pun tak akan habis. Lihat lah penguasaan mereka kepada media, penipuan dalam pilihan raya, penggunaan wang rakyat untuk kempen parti, pengundi-pengundi “manusia paling tua di dunia” yang seharusnya telah lama dipadamkan dari senarai, dan yang paling pelik terdapat seorang pengundi bernama “Kg Mengabang Tengah” yang turut menjadi seorang pengundi di Kampung Mengabang Tengah.

Terdapatnya seorang wanita bernama Cik Kampung Mengabang Tengah yang boleh mengundi.

Terdapatnya seorang wanita bernama Cik Kg Mengabang Tengah yang boleh mengundi. Beliau lebih dikenali sebagai "Cik KG" oleh penduduk tempatan.

Di Sekinchan, Selangor, terdapat seorang manusia paling tua di dunia bernama Sumaryono Ardi, berusia 130 tahun. Rahsia awet muda beliau: Makan Tempe banyak-banyak!

Di Sekinchan, Selangor, terdapat seorang manusia paling tua di dunia bernama Sumaryono Ardi, berusia 130 tahun. Rahsia awet muda beliau: Makan Tempe banyak-banyak!

Tidak menghairankan jika suasana dalam dewan yang mulia umpama acara sarkas dengan ADUN pembangkang mengkasari, menjerit-jerit dan mencaci. Timbalan Speaker, Hee Yit Foong (bebas) yang berstatus Orang Kurang Upaya turut dihina kerana kecacatannya dan diancam oleh ADUN pembangkang. Bekas Speaker, V. Sivakumar pula bersikap kebudak-budakkan enggan mengosongkan kerusi yang bukan lagi haknya.

Beliau sendiri yang melacurkan undang-undang. (Tindakannya menggantung Menteri Besar, Dr. Zambry Abdul Kadir dan enam exco BN sebelum ini telah diputuskan tidak sah oleh Mahkamah Persekutuan pada 16 April lalu).

Ya betul, hormatilah golongan orang kurang upaya, yang menyokong BN sahaja. Jika dia DAP, mahu pukul pun tidak mengapa. Betul kan pak cik Awang Selamat?? Dah lupa Karpal Singh ke?

Seorang Ketua Pemuda UMNO bahagian cuba untuk menjadi samseng, dengan cuba memukul Karpal Singh, seorang OKU di Parlimen. Takkan dah lupa, AWANG SELAMAT??

Seorang Ketua Pemuda UMNO bahagian cuba untuk menjadi samseng, dengan cuba memukul Karpal Singh, seorang OKU di Parlimen. Takkan dah lupa, AWANG SELAMAT??

Karpal Singh juga OKU seperti Hee Yit Foong

Karpal Singh juga OKU seperti Hee Yit Foong

Jadi, OKU dibenarkan mengasari orang lain dengan cara sebegini??

Jadi, OKU dibenarkan mengasari orang lain dengan cara sebegini??

Percayalah, senario semacam itu tidak akan dibenarkan berlaku di China, India, Singapura mahupun di negara-negara Barat.
Legitimasi atau kesahihan BN berkuasa di Perak adalah jelas dan semudah menghafal sifir untuk kanak-kanak. Pada masa ini, BN dan pakatan pembangkang masing-masing mempunyai 28 kerusi DUN. Di pihak BN, UMNO memiliki 27 kerusi dan MCA satu kerusi. Pembangkang diwakili DAP (17), Pas (6) dan PKR (5). UMNO sendiri ternyata merupakan parti tunggal yang paling banyak kerusi. Bagaimanapun, DUN yang mempunyai 59 kerusi itu kini dikuasai semula BN selepas tiga ADUN pembangkang bertindak menjadi wakil bebas dengan memihak kepada BN. Maka BN mempunyai sokongan majoriti di DUN. Proses itu berlaku dalam lingkungan demokrasi iaitu atas kerelaan tiga ADUN itu untuk menyokong BN (disebabkan kemelut dalaman parti pembangkang sendiri), bukannya dengan melanggar undang-undang atau merampas kuasa menggunakan senjata sebagaimana terjadi sesetengah negara. Tafsirlah angka dan kronologi berlaku peralihan kerajaan itu dengan fikiran yang waras.
Sebenarnya ada isyarat yang amat menakutkan dalam kekecohan di Perak. Ia merupakan petunjuk yang kian jelas bahawa Malaysia mahu diheret menjadi negara republik sebagaimana gagasan salah satu parti dalam pakatan pembangkang. Misi pihak-pihak tertentu untuk mewujudkan gelombang ke arah republik kian ketara. Sebelum sidang DUN itu bermula, gerakan menghimpunkan rakyat atas nama One Black Malaysia sudah bermula.

Di dalam blog-blog pembangkang, sentimen menolak dan menghina raja dimainkan secara liar. Siapa dalang di belakang gerakan ini semua? Tidak susah untuk membuat telahan. Ia berkait rapat dengan parti yang sejak awal merdeka lagi mengimpikan negara republik dengan dibantu oleh pemimpin Melayu yang sangat terdesak untuk berkuasa. Sememangnya ada tangan ghaib di belakang segala gerakan menggunakan demonstrasi jalanan dan provokasi liar ini. Mujur sambutan di kalangan rakyat dingin kerana mereka sudah bosan dengan politiking yang keterlaluan dan keadaan tidak harmoni. Berdasarkan maklumat yang Awang terima, ada cubaan untuk mencetuskan kekacauan besar dengan menjadikan isu di Perak sebagai pemangkin. Ia antara lain bagi menggugat kerajaan baru pimpinan Perdana Menteri, Najib Tun Razak yang semakin mendapat keyakinan rakyat dengan pelbagai pembaharuan yang digerakkan.

Kerajaan BN dengan 28 ADUN BN dan 3 ADUN Bebas itu tidak terjamin keselamatannya, sudahlah ianya dilakukan dengan cara yang sangat tidak beradab sopan. Jadi, saya rasa jika BN mahu lebih selamat macam Awang Selamat, mintalah Zambry bubarkan DUN. Amacam, ada berani? Menang nanti, mungkin boleh dapat kerusi lebih banyak dari 30, cuba la…takkan BN penakut, kan ada orang macam Awang Selamat!

Bila kedudukan sudah terancam, media antarabangsa pula yang dipersalahkan! Jika benar mereka bersalah melaporkan yang tidak benar, silalah buat apa yang patut. Samanlah media-media tersebut di mahkamah, seperti Presiden Pas, Tuan Guru Hadi Awang yang berjaya dalam saman kepada BBC kerana SILAP LAPOR tentang Jemaah Islamiyah dengan meletakkan gambar beliau.

Laporan Akhbar Perancis, Liberation tentang pembunuhan Altantuya Shaaribuu

Laporan Akhbar Perancis, Liberation tentang pembunuhan Altantuya Shaaribuu

Insiden itu memang dirancang dari awal untuk menarik perhatian dunia bagi memburukkan imej kerajaan, sebagai satu lagi sabotaj terhadap negara. Tidak hairanlah kekecohan tersebut sama ada di dalam dewan mahupun tindakan polis menjaga ketenteraman awam di luar, mendapat liputan meluas banyak media antarabangsa.
Ia juga bagi memperhebatkan momentum persepsi negatif ke atas imej kerajaan menjelang kes perbicaraan liwat pemimpin PKR, Anwar Ibrahim yang juga ketua pembangkang pada Julai ini. Muslihat sebegini bukan baru. Anwar makin bimbang lebih-lebih lagi banyak perkembangan terkini tidak memihak kepada PKR dan beliau sendiri.
Sebab itu, Awang tidak terkejut dengan apa yang berlaku di DUN Perak kerana ia adalah strategi pembangkang untuk sentiasa mewujudkan aktiviti panas dan gelora dari semasa ke semasa agar dapat memainkan sentimen rakyat demi meraih sokongan.

Siapa pula yang mahu rancang insiden di Perak ni, pak cik AWANG SELAMAT??

Jadi, Sivakumar saja-saja relakan diri diheret, dan polis juga saja-saja tarik beliau keluar dewan.

Macam Sirul Azhar dan Azilah Hadri, saja-saja bunuh Altantuya?

Macam Saiful Bukhari, saja-saja ikut Anwar ke luar negeri walau dikatakan sudah “diliwat”??

Sudah la tu pak cik Awang Selamat, satu penipuan perlukan beribu-ribu lagi penipuan untuk menutupnya.

Pembangkang akan terus memainkan rentak agar rakyat sentiasa berpolitik tanpa mempedulikan tumpuan yang sepatutnya diberikan untuk bekerja, menjaga keharmonian dan menangani cabaran ekonomi hidup.
Apa pun, isu dan insiden terbaru di DUN Perak menuntut renungan semua pihak tentang siapa sebenarnya pembangkang. Pada Awang, pembangkang telah melepaskan kesempatan terbaik untuk memenangi hati rakyat dengan memperlihatkan imej yang amat buruk. Sepatutnya barisan ADUN pembangkang bertindak bijak dengan menerima hakikat mereka tidak lagi berkuasa dan menjunjung institusi raja, nescaya mereka akan mendapat simpati majoriti rakyat. Itu nampaknya tidak berlaku. Yang jelas tindak-tanduk mereka yang menggunakan nama Pakatan Rakyat tidak mencerminkan perasaan dan aspirasi rakyat. Yang lebih meresahkan ialah gerakan politik pembangkang yang ternyata menggugat institusi raja sama ada tersirat mahupun tersurat.

Pada mereka, menghina raja sudah dianggap hak demokrasi. Tanpa kita sedari itulah juga kejayaan pembangkang pasca Pilihan Raya Umum Ke-12. Mereka sudah di pertengahan jalan ke arah negara republik, adakah kita mahu merelakannya?

Wah, sudah jadi Raja ya Awang Selamat. Mari kita baca balik akhbar Utusan Malaysia, ala, cerita-cerita gosip pasal raja macam kat Pancaindera:-

Wah, UMNO sudah jadi macam BPR la, boleh siasat harta Raja-Raja! Mana hormat kamu pada Raja, sehingga dipertikai sebegitu rupa?

Wah, UMNO sudah jadi macam BPR la, boleh siasat harta Raja-Raja! Mana hormat kamu pada Raja, sehingga dipertikai sebegitu rupa?

Wah, hebat Tun Mahathir ya, semua perlu taat kepada beliau, hatta dalam mengurangkan kuasa Raja-Raja. Mana sifat kelakian Pemuda UMNO kepada Karpal Singh tadi? Sudah hilang bila dengan mamak Kutty Mahathir ka?

Wah, hebat Tun Mahathir ya, semua perlu taat kepada beliau, hatta dalam mengurangkan kuasa Raja-Raja. Mana sifat kelakian Pemuda UMNO kepada Karpal Singh tadi? Sudah hilang bila dengan mamak Kutty Mahathir ka?

Untuk berlaku adil, turut disertakan kenyataan Anwar Ibrahim tentang isu Raja-raja suatu ketika dahulu. Ini zaman di mana pembodekan beliau kepada Mahathir sangat ketara, lagipun itu saja cara untuk naik jawatan di zaman Mahathir. Akhirnya, beliau lebam mata, sakit leher kerana menyanggah Mahathir ketika hampir-hampir sahaja dengan jawatan Perdana Menteri.

Anwar dari dulu hingga sekarang, terus dengan slogan Reformasinya. Tidak mengapalah, dulu untuk naik jawatan, bodek itu satu kemestian kan?

Anwar dari dulu hingga sekarang, terus dengan slogan Reformasi'nya. Tidak mengapalah, dulu untuk naik jawatan, bodek itu satu kemestian kan?

Satu lagi contoh pembodekan Anwar kepada Mahathir, pasti beliau sudah tahu pengajarannya kan?

Satu lagi contoh pembodekan Anwar kepada Mahathir, pasti beliau sudah tahu pengajarannya kan?

Kesimpulannya, Utusan Malaysia, dulu kini dan selamanya akan menjadi akhbar penghasut Nombor Satu Malaysia. Sentiasa jadi lembu dicucuk hidung, dengan adanya insan seperti Awang Selamat yang bersikap lempar batu sembunyi tangan dalam artikel’nya. Tak usah dilayan mamat nyanyuk Awang Selamat ni!

Komen-komen»

1. rasasayang79 - Jun 3, 2009

usah dilayan awang it.. dia perlukan ubat mentalnya. atau memang dia kaki bodek no 1. tanpa fikir betul atau salah. apapun dia tidak berhak marah pada tulisan ini seperti mana dia bebas menulis.

salam ziarah.. saya nak tukar lin. tq


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: