jump to navigation

Perak: Kemelut belum berakhir! Mei 11, 2009

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , , , , , , , , ,
trackback
Nizar disahkan sebagai Menteri Besar Perak oleh Mahkamah Tinggi

Nizar disahkan sebagai Menteri Besar Perak oleh Mahkamah Tinggi

Keputusan Mahkamah Tinggi menyaksikan Ir. Nizar Jamaluddin kekal sebagai Menteri Besar Perak yang sah. Pelbagai komen telah dilontarkan oleh pelbagai pihak. Ramai melihat keputusan ini sebagai satu “kemenangan rakyat”.

Tunggu sekejap.

Rakyat sebenarnya baru menang satu pertarungan yang nampaknya masih dikuasai BN.

Terdapat banyak lagi isu yang belum diselesaikan dalam krisis Perak ini.

1) Kedudukan Speaker, V Sivakumar

Sivakumar dikeluarkan dari DUN secara paksa oleh Polis

Sivakumar dikeluarkan dari DUN secara paksa oleh Polis

Pada 7 Mei lalu, dalam sidang DUN Perak, Speaker Dewan, V Sivakumar telah diheret keluar dari dewan oleh anggota-anggota polis yang tidak dikenali yang telah menyerbu dewan. Ramai yang berkata, bahawa Speaker sekarang adalah R. Ganesan yang dilantik oleh BN secara kelam kabut.

Untuk perhatian, usul untuk memecat V. Sivakumar sudah ditolak di kamar Speaker sehari sebelum sidang diadakan. Jadi perkara ini tidak seharusnya timbul, dari awal pelucutan jawatan V. Sivakumar itu berlaku secara tidak sah. Walaupun usul itu diterima oleh Setiausaha DUN Perak (Yang telah dipecat) Abdullah Antong Sabri, keputusan penuh adalah di tangan Sivakumar.

Semoga mereka dapat memberikan yang terbaik buat rakyat Perak

Semoga mereka dapat memberikan yang terbaik buat rakyat Perak

2) Keputusan Sultan Perak mengenai pembubaran DUN oleh Nizar

Sultan Azlan Shah sedang berada di Amerika Syarikat, dan kedudukannya kini dipangku oleh Raja Nazrin Shah. Kita tidak tahu bagaimanakah keputusan tentang pembubaran ini, siapakah yang berkuasa membenarkannya sekarang. Semoga Sultan Azlan Shah dan Raja Nazrin Shah dapat memikirkan yang terbaik untuk rakyat Perak, iaitu pilihanraya kecil DUN.

MAKLUMAT TERKINI, jam 1.30 pagi: Raja Nazrin Shah bersetuju untuk bertemu dengan Nizar Jamaluddin, pada 8.30 pagi esok. Tujuan Nizar menghadap Raja Nazrin Shah adalah untuk meminta perkenan untuk pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak.

Esok juga, Nizar akan cuba untuk memasuki pejabat Menteri Besar Perak yang sudah dikawal ketat oleh ribuan anggota polis anti-rusuhan FRU.

Maklumat diperoleh dari A Sivanesan, ADUN Sungkai yang dihubungi oleh The Malaysian Insider.

3) Cadangan kerjasana Pakatan Rakyat dengan BN yang mengaku

Najib cadangkan 1Malaysia, kini 1Perak pula!

Najib cadangkan 1Malaysia, kini 1Perak pula!

kerajaan Perak sekarang

Najib pada 10 Mei telah mencadangkan 1Perak, di mana BN yang mengaku kerajaan ini akan bekerjasama dengan Pakatan Rakyat untuk menenangkan keadaan di Perak. Kerjasama ini tidak dapat dinyatakan bentuknya, mungkin pemimpin Pakatan Rakyat akan memegang jawatan penting dalam kerajaan Perak, atau suatu kerajaan campuran akan terbentuk.

Pada saya, cadangan ini boleh diperhalusi untuk Pakatan Rakyat mendapat manfaat, dan Pakatan Rakyat boleh mengemukakan syarat-syarat yang boleh menguntungkan, antaranya

  • Nizar dikekalkan sebagai Menteri Besar walaupun BN memegang majoriti (pasti BN tidak akan menyetujuinya). Hal ini kerana Mahkamah Tinggi telah menetapkan Nizar sebagai MB yang sah. Jadi untuk kerjasama diadakan, BN tidak boleh membuat usul tidak percaya kepada Nizar.
  • Pilihanraya DUN Perak akan diadakan, siapa sekalipun yang menang, Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional akan bekerjasama untuk memajukan Perak.
  • Pungutan suara kepada rakyat Perak untuk memilih Menteri Besar pilihan mereka dalam kerajaan campuran. Dengan cara ini, setiap nama boleh dijadikan calon, asalkan mereka ADUN Perak.

Pada saya, tiada satu pun daripada cadangan-cadangan ini akan disukai oleh BN. Pendek kata, saya tidak bersetuju langsung dengan cadangan BN itu. Bayangkanlah, selepas mereka menarik 3 ADUN Pakatan Rakyat menyertai mereka, dan merampas kerajaan negeri Perak, baru mahu cadangkan kerajaan campuran?? Kenapa tak cadangkan awal-awal pada Nizar dahulu lagi?

Alangkah tingginya adab dan sopan BN itu! Takut ke dengan rakyat?

Mahkamah Rayuan akan menjadi tempat untuk BN merayu keputusan Mahkamah Tinggi

Mahkamah Rayuan akan menjadi tempat untuk BN merayu keputusan Mahkamah Tinggi

4) Rayuan oleh BN kepada keputusan Mahkamah Tinggi

BN telah menyuarakan bahawa mereka akan melakukan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi. Kita tidak tahu, apa pula yang akan diputuskan oleh Mahkamah Rayuan. Biasalah, Mahkamah di Malaysia ini banyak yang boleh dipergunakan.

Semoga kemenangan pertama ini akan membawa kepada yang lainnya di kemudian hari. Rakyat akan terus menyokong Pakatan Rakyat, kerana mereka benar-benar mematuhi undang-undang dan adat istiadat. Paling penting, istilah “derhaka” yang digunakan oleh Barisan Nasional sudah tidak laku dengan keputusan Mahkamah Tinggi, hatta semenjak perbicaraan bermula, kerana Sultan tidak berkuasa melucutkan jawatan seorang Menteri Besar.

Komen-komen»

1. THE EMPEROR OF CACINSTER - Mei 13, 2009

aku mmg tunggu dan lihat..

nawi - Mei 14, 2009

Pensyarah Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Madya Dr Ahmad Nidzamuddin pula menyifatkan insiden tersebut sebagai satu lagi rampasan kuasa selepas tumbangnya kerajaan Pakatan Februari lalu.

“Apa yang berlaku di Perak tidak betul dan salah dari sudut perlembagaan. Mereka (kerajaan Barisan Nasional) tidak boleh memecat Speaker dan pelantikan penggantinya yang baru (dari BN) juga tidak sah,” katanya.

Jelasnya, kekecohan itu juga memberi tanggapan negatif masyarakat luar negara terhadap negara ini.

“Bukan sahaja ekonomi Perak akan terjejas, malah ada kemungkinan pelabur-pelabur asing akan was-was mengenai kestabilan politik di negeri itu.

“Ini secara tidak langsung memberi kesan kepada industri pelancongan ekoran urus tadbir yang tidak sempurna,” katanya.”

SUARA SELURUH RAKYAT PERAK:
“KAMI MAHUKAN HAK KAMI SEBAGAI RAKYAT PERAK MENENTUKAN SIAPA YANG SEPATUTNYA MEMERINTAH PERAK. BUKAN UMNO, BN ATAU PAKATAN RAKYAT ATAUPUN MAHKAMAH ATAUPUN PM. BIAR UNDI DARI KAMI YANG MENENTUKANNYA. BUBAR SAJA DEWAN UNDANGAN NEGERI DAN ADAKAN PILIHANRAYA SEMULA. PILIHANRAYA HAK KAMI. BUKAN PM ATAU MAHKAMAH YANG MENENTUKANNYA. KAMI AKAN PILIH PARTI YANG BOLEH MEMBANTU KAMI DAN BUKAN PARTI YANG RASUAH, SALAHGUNA KUASA, MEMPERMAINKAN SULTAN, PEMBOHONG RAKYAT DAN LAIN-LAIN.

KAMI RAKYAT PERAK BOLEH BERFIKIR DENGAN MATANG. MANA YANG BAIK DAN MANA YANG BURUK. JANGAN BURUKAN KEADAAN. SERAH PADA KAMI RAKYAT PERAK YANG MENENTUKANNYA. BUBARKAN DUN PERAK JALAN YANG TERBAIK. BUBARKAN SEGERAAAAAAAAA. KAMI NAK MB PERAK YANG SAH. KAMI RAYAT PERAK MENJUNJUNG KASIH DAN TAAT SETIA PADA SULTAN PERAK. BUBARKAN DUN PERAK DENGAN SEGERAAAAA.

DUIT NEGARA DATANGNYA DARI RAKYAT. GUNAKAN UNTUK RAKYAT. ADAKAN PILIHANRAYA SEGERA. INI PERMINTAAN SELURUH RAKYAT PERAK. PEMIMPIN BN MESTI FAHAM HARSAT RAKYAT PERAK MAHUKAN PEMIMPIN PERAK YANG DIPILIH OLEH RAKYAT DAN BUKANNYA MAHKAMAH ATAU PM.

MB PERAK YB ZAMBRI TAK SAH. KAMI TAK IKTIRAF. MB TU SEPATUTNYA TIDAK BOLEH MENJALANKAN TUGAS-TUGASNYA SEBAGAI MB. BELIAU HANYA DI IKTIRAF SEBAGAI JAGA SAHAJA ATAU KUDA HITAM UMNO / BN. TIADA KUASA BUAT MESYUARAT ATAU KEPUTUSAN KERAJAAN NEGERI. HARAM.

SERAHKAN KUASA MEMILIH PADA KAMI RAKYAT PERAK.BUBAR SEGARA DUN PERAK. ITU PERMINTAAN RAKYAT PERAK. BUBARKAN….. BUBARKAN……. BUBARKAN…….. DUN PERAK. KAMI MAHU PILIHANRAYA DIADAKAN SEGERA.”


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: