jump to navigation

13 Mei 1969 Dalam Kenangan Mei 13, 2009

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , ,
trackback

Hari ini, genap ulang tahun ke-40 tragedi berdarah 13 Mei. Ianya tidak begitu berbekas di hati kebanyakan daripada kita, terutamanya yang muda. Hal ini kerana kita beranggapan bahawa negara kita aman, tenang, bahagia, dan sangka bahawa keadaan akan terus begini untuk selama-lamanya.

Sebenarnya, kita masih berpotensi untuk menghadapi situasi seperti 40 tahun lalu, jika tidak berhati-hati. Hal ini kerana, situasi di negara kita sangatlah hampir dengan keadaan 40 tahun lalu, antaranya:-

  • Ada sesetengah pihak yang cuba memainkan api perkauman, menimbulkan kebencian kepada kaum
    Gambar perarakan kemenangan diatas menunjukkan penyapu untuk menyapu orang-orang Melayu. Gambar bawah: Penyokong-penyokong Gerakan dalam mabuk kemenangan. Jika benar Gerakan ini memusuhi orang Melayu, mengapakah mereka diajak menyertai BN oleh Tun Razak? Jika benar Gerakan memusuhi Melayu, mengapakah masih ada Melayu yang tidak arif yang terus menyokong Gerakan dalam BN?

    Terjemahan tulisan Jawi: Gambar perarakan "kemenangan" diatas menunjukkan "penyapu untuk menyapu orang-orang Melayu". Gambar bawah: Penyokong-penyokong Gerakan dalam mabuk "kemenangan". Jika benar Gerakan ini memusuhi orang Melayu, mengapakah mereka diajak menyertai BN oleh Tun Razak? Jika benar Gerakan memusuhi Melayu, mengapakah masih ada Melayu yang tidak arif yang terus menyokong Gerakan dalam BN?

    berlainan, sedangkan pada rakyat biasa, mereka tenang dan damai bersama kaum yang berbeza. Mereka yang saya gelar “petualang” ini selalunya ahli-ahli politik, terutamanya yang banyak berselindung di sebalik persatuan-persatuan yang punya unsur perkauman. Untuk mengenali golongan ini, mereka suka membuat laporan polis, hatta apabila seorang bukan Islam membaca ayat Al-Quran, di mana perkara ini sebenarnya baik untuk perkembangan Islam di Malaysia.

  • Parti pembangkang Malaysia menguasai banyak kerusi, menafikan majoriti 2/3 kerajaan, dan menguasai banyak negeri-negeri penting. Sedangkan jika menang majoriti mudah, di negara lain sudah dianggap bagus, apatah lagi apabila kemenangan sedikit sahaja lagi menghampiri majoriti 2/3 di Parlimen. Jadi, mereka berasa tidak selesa, dan melakukan banyak cara untuk membuat rampasan kuasa, sehingga mempergunakan pasukan keselamatan yang berkhidmat untuk menyara keluarga semata-mata.
  • Anak kepada “perancang” tragedi ini menjadi Perdana Menteri Malaysia. Bapa kepada Perdana Menteri sekarang, telah merancang tragedi ini untuk mengambil alih kepimpinan negara daripada Bapa Kemerdekaan kita dan mendapatkan penguasaan yang lebih besar ke atas institusi-institusi dalam negara. Beliaulah yang telah menimbulkan unsur-unsur permusuhan antara kaum, secara mendalamnya antara kaum Melayu dan kaum Cina supaya partinya dapat terus berkuasa untuk tempoh lebih lama.
  • Unsur-unsur kekerasan telah mula digunakan semenjak pertukaran kepimpinan negara, di mana lebih ramai orang ditangkap atas pelbagai akta terutamanya ISA, walaupun pembebasan sesetengah orang digembar-gemburkan. Lihat juga, kisah 7 Mei di DUN Perak, di mana kekerasan digunakan sewenang-wenangnya oleh pihak berkepentingan.
Tun Abdul Razak, bapa pembangunan

Tun Abdul Razak, bapa pembangunan

Najib Tun Razak, bapa pembunuhan

Najib Tun Razak, "bapa pembunuhan"

Ashman Najib, bapa perempuan???

Ashman Najib, "bapa perempuan"???

Oleh kerana itu, jika kita berasa geram atau kecewa dengan keadaan-keadaan sekarang, kita perlulah bertenang dan memikirkan cara yang lebih berkesan untuk menimbulkan kesedaran kepada orang-orang yang belum sedar dari lamunan, dan menyahkan negara ini daripada kelompok manusia yang cinta akan permusuhan dan perkauman.

Lihatlah sahaja cerita DUN Perak, ketika itu Pakatan Rakyat boleh membawa seramai boleh rakyat untuk berdemonstrasi di Ipoh. Terlalu ramai orang yang benci akan rampasan kuasa yang dilaksanakan secara haram di sana.

Namun, apa yang telah dibuat hanyalah kempen 1BlackMalaysia. Saya lihat kempen tersebut sangatlah berkesan, sehingga polis tidak segan silu menahan sesiapa yang datang ke balai polis dengan berpakaian serba hitam pada hari tersebut. Ternyata pihak Pakatan Rakyat sangatlah bijak dalam menyampaikan mesej kepada rakyat bahawa merekalah yang berkuasa menentukan hala tuju negara, bukan Polis, Badan Kehakiman, Tentera, mahupun para politikus yang rasis yang tidak boleh diharapkan itu.

Lebih ketara lagi, saya juga dapat melihat cara Anwar Ibrahim yang lebih berhemah sekarang, berbanding tahun lalu di mana pelan pengambilalihan kuasa beliau gagal dengan teruknya. Mungkin ini peranan wanita yang ketara, iaitu isteri beliau, Wan Azizah dalam menangani emosi dan keghairahan Anwar Ibrahim untuk menamatkan dominasi BN di negara ini. Apa yang saya dapat lihat, nasihat-nasihat daripada Wan Azizah sangat baik, dan berjaya memastikan PKR, parti utama dalam Pakatan Rakyat kekal relevan dan tidak lari daripada hala tujunya.

Lebih maklumat mengenai Wan Azizah dan peranan beliau menstabilkan semula PKR, rujuk semula tulisan Ibu hebat yang pernah ku lihat, tulisan sempena Hari Ibu lalu.

Menyedari yang beliau akan menghadapi prosiding mahkamah seterusnya berkenaan kes liwat, Anwar telah menyediakan pemimpin-pemimpin pelapis dalam membantu Pakatan Rakyat dalam menghadapi dugaan dari BN. Seorang tokoh yang dilihat paling ketara potensinya adalah Nizar Jamaluddin yang pernah menjadi mangsa komplot beberapa wakil rakyat, bersama staf kerajaan negeri dan juga pihak polis.

Pengalaman beliau menghadapi krisis ini sangat membantu dalam menangani segala tipu helah daripada BN sanggup menggunakan apa sahaja cara untuk berkuasa.

Selain itu Anwar juga telah mencadangkan lebih banyak pilihanraya kecil, terutamanya untuk kes-kes wakil rakyat yang dipertikai integritinya. Sebenarnya, pilihanraya kecil adalah strategi yang bagus untuk mengekalkan momentum sokongan rakyat. Sambil itu, barisan ADUN dan ahli parlimen juga akan dapat dibersihkan dari unsur rasuah, lompat parti dan ketidakcekapan.

Ini lebih kerap berlaku kepada PKR, di mana kebanyakan Ahli Parlimen dan ADUN adalah daripada kalangan yang tidak menyasarkan kemenangan dalam PRU 12 dan tidak bersedia memimpin negeri, apatah lagi negara. Mereka juga mudah digoda dan diumpan oleh musuh politik. Contoh paling ketara: Jamaluddin Mohd Radzi dan Osman Jailu.

Walaupun ianya adalah suatu perkara yang memerlukan perbelanjaan lebih, hasilnya Insya-Allah berbaloi. Lagipun, Pakatan Rakyat tidak gunakan wang yang banyak untuk berkempen, semuanya hasil bantuan daripada rakyat dari derma-derma kilat pilihanraya yang selalu diadakan.

Sekadar cukup untuk adakan ceramah, poster calon, dan membuat “pamphlet” untuk pilhan raya.

Bendera parti? Itu boleh dikitar semula dari pilihanraya kecil dan PRU12 yang sudah.

Staf kempen? Jangan risau, semuanya sanggup keluarkan wang sendiri.

Itu sahaja yang mampu Pakatan Rakyat lakukan untuk kempen. Jadi, adakah wang rakyat terbazir? Tidak sama sekali.

Sebenarnya pembaziran paling besar wang rakyat berlaku apabila begitu banyak projek mi segera, dan juga kawalan berlebihan polis semasa pilihanraya, sedangkan banyak lagi kes jenayah yang penting yang perlu diambil perhatian oleh polis.

FRU ketika peristiwa 13 Mei 1969

FRU ketika peristiwa 13 Mei 1969

Berbalik kepada 13 Mei 1969. Kesimpulannya, peristiwa ini pasti berlaku lagi jika kita tidak berhemah dalam memperjuangkan demokrasi dan hak rakyat. Ianya akan berulang lagi, jika golongan-golongan rasis menguasai negara ini. Pastikan sokongan anda kepada demokrasi dan integriti negara berterusan, pasti kita akan selamat Insya-Allah.

Komen-komen»

1. sy anti-racist!!! - Mei 14, 2009

i m glad to say, u are one of my real fren from that place… sy anti ngan org racist… sy benci ngan org racist… mcm yg sy pernah ckp, org2 penisular yg sy pernah jmpa mmg slalu kutuk sabahan… maybe it’s just a very lil thing to deal off… tp sakit hati n kbencian menebal… smakin hari smakin pasti sy benci ngn system peninsular… mungkin skarang sy sdh termasuk d antara ‘lembaga racist’ d malaysia ni… i hate when i heard najib bought SABAH MEDICAL CENTRE… knp ada segelintir manusia d dunia nie pnting kn diri sendiri? sudah la sombong tak berhemah… mungkin sy sudah d takdir kn hidup dlm negara yg penuh penipuan n drama ini… menyentuh ttg arwah razak n ank ny yg tercinta najib, sy rs mmg mereka d takdir kn utk menjadi ank beranak… mana kn tidak, persamaan yg begitu ketara… mcm kata org dulu2, bapa borek anak rintik, mana tumpah nya kuah kalau bkn ke nasi… bt pak lah, sy respek kat beliau… maybe he’s the only PM that really make me appreciate all the government effort to help the rest of the citizen… slalu ny sy akn menulis mengikut perasaan… tnp berpikir pjg… tp hri ini sy terpikir akn sesuatu bnda, kalau sy tulis sesdp tgn, msti akn ada yg bt report polis… maklum la, kalau kita bercakap bnr slalu ny akn ditidakkan oleh sekumpulan manusia yg rendah EQ tp tggi IQ ny… mungkin krn trlalu tggi IQ ny, mrk nie kekurangn EQ… apa2 pun, I hope I’l see a better Malaysia… without the racist…


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: