jump to navigation

Apa yang akan berlaku apabila RON 95 diperkenal nanti? Mei 13, 2009

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , ,
trackback
Menteri PDN & HEP, Ismail Sabri Yaakob melancarkan petrol RON95

Menteri PDN & HEP, Ismail Sabri Yaakob melancarkan petrol RON95

Semalam Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, Ismail Sabri Yaakob telah melancarkan minyak petrol jenis baharu, iaitu RON 95. Petrol RON 95 ini akan menggantikan RON 92, iaitu petrol yang selalu diletakkan nozel berwarna merah di kebanyakan stesen minyak (kecuali V-Power Shell). Berdasarkan pelancaran semalam di Presint 9 Putrajaya, nozel untuk petrol RON 95 adalah berwarna kuning.

Pengenalan awal ini bertujuan untuk mengelakkan keadaan kelam kabut di stesen minyak apabila harga RON 97 dinaikkan ke paras RM2.00 seliter pada 1 September nanti. Untuk permulaan, dua stesen servis Petronas di Putrajaya akan menjual RON 95 pada harga RM1.75 seliter. Subsidi sebanyak 3 sen seliter diberikan oleh kerajaan untuk menetapkan harga RON 95 ini.

Seorang pekerja stesen servis Petronas yang baik hati membantu mengisi petrol RON 95 ke tangki sebuah kereta.

Seorang pekerja stesen servis Petronas yang baik hati membantu mengisi petrol RON 95 ke tangki sebuah kereta.

Menurut Ismail, petrol RON 95 ini popular di beberapa negara maju iaitu di Amerika Syarikat, Jepun dan zon Eropah. RON 95 juga sesuai untuk digunakan oleh semua jenis kereta dan motosikal, termasuk yang berstatus mewah. Ini ditunjukkan oleh Ismail ketika mengisi petrol RON 95 ke tangki sebuah Mercedes Benz di Putrajaya semalam.

Untuk makluman, petrol RON 97 akan dijadikan produk premium, di mana harganya tidak akan dikawal oleh kerajaan.

Petrol RON 95 akan menggantikan RON 92 yang dianggap minyak lama oleh orang-orang yang tidak arif

Petrol RON 95 akan menggantikan RON 92 yang dianggap "minyak lama" oleh orang-orang yang tidak arif

Maksudnya, keadaan ini mungkin membuka ruang untuk persaingan harga di antara syarikat-syarikat pengeluar minyak.

Hasilnya, pengguna akan mendapat lebih pilihan, daripada minyak petrol RON 95 dan minyak petrol RON 97 yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat pengeluar minyak yang pastinya punya ciri-ciri dan keistimewaan berbeza. Umpamanya, petrol Infiniti dari BHPetrol yang punya ciri tersendiri, selain pelbagai lagi jenis minyak petrol RON 97 yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat lain.

Kesimpulannya, pengenalan petrol RON 95 adalah satu perkara yang baik, di samping kelonggaran terhadap harga petrol RON 97 kepada para syarikat minyak. Tidak perlulah kita terpengaruh dengan andaian sesetengah pihak bahawa ianya adalah satu usaha untuk mengaut lagi wang rakyat. Sebagai rakyat yang bijak, kita harus membezakan setiap perbuatan oleh para pemimpin dalam menentukan kesesuaiannya kepada rakyat.

Komen-komen»

1. Firdaus Rosli - September 1, 2009

Pembetulan:
Harga minyak petrol mulai 1 September,
RON95 RM1.80 seliter
RON97 RM2.05 seliter.

Maaf atas kesilapan.
Nampaknya kerajaan menaikkan harga minyak, dengan alasan harga global kini US$70 setong berbanding US$40 dahulu. Kata bapa Dafi, Ismail Sabri Yaakob.

Cukuplah mereka menipu.

1 Malaysia? Rakyat di mana? Pencapaian ke mana?

adikajie - September 3, 2009

Kata nak bagi persaingan hg bagi ron97. pasal apa masih ada had2 harga lain ni. Bila agaknya harga minyak di malaysia nih akan float ikut harga pasaran ?

Firdaus Rosli - September 3, 2009

Kalau diapungkan ikut harga pasaran, harga minyak memang akan tidak stabil, namun harga barangan tidak akan alami inflasi dengan mendadak seperti setiap kali harga minyak naik.

Nampaknya kerajaan mahu kutip cukai jualan minyak dengan kenaikan kali ini.

Cuba ingat kembali ketika harga RON95 adalah RM1.75 seliter. Menteri PDN&HEP Ismail Sabri kata subsidi diberi adalah 3 sen seliter.
Jadi sekarang kerajaan mengutip untung 2 sen seliter bagi setiap liter RON95 yang dijual.
Agaknya berapa pula yang mereka kutip dari minyak RON97 pula?

2. Zharfan - Mei 5, 2011

Ada beberapa Ismail Sabri cakap tak ikut fakta.

Petikan ini

“Menurut Ismail, petrol RON 95 ini popular di beberapa negara maju iaitu di Amerika Syarikat, Jepun dan zon Eropah.”

Fakta sebenar dibawah.

RON 95 adalah minyak premium di Eropah.

Jepun menggunakan RON 100 untuk high octane dan RON 90 untuk regular.

Amerika Syarikat negara maju pun tetapi mempunyai paling tinggi oktana ialah RON 91 dan paling rendah ialah RON 87.

Thailand dulu ada RON 98 tetapi negaranya diganti dengan Gasohol, Petrol RON 98 tak dijual lagi.

RON ini bersifat setempat.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: