jump to navigation

Angels & Demons: Filem terbaru dari novel Dan Brown Mei 14, 2009

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , , ,
trackback
Angels & Demons dijangka mendapat kutipan tinggi di sebalik kegawatan ekonomi dunia.

Angels & Demons dijangka mendapat kutipan tinggi di sebalik kegawatan ekonomi dunia.

Filem ini akan ditayangkan pada hari ini di Malaysia, dan lewat sedikit di negara-negara lain di rantau ini. Untuk pengetahuan, filem Angels & Demons ini menyingkap rahsia di sebalik pertubuhan sulit bernama “Illuminati” yang memang benar-benar wujud di dunia sebenar.

Illuminati bermaksud “golongan yang dikurniakan cahaya”, yang ditubuhkan di Zaman Pencerahan agama Kristian. Mereka ini dikatakan mengasaskan rancangan “New World Order” di mana rancangan ini akan menyatukan semua agama yang dianggap sama di bawah satu pimpinan. Mereka ini dikatakan sebagai “tangan ghaib” yang mengawal hal ehwal semasa dunia.

Itu sahaja ulasan saya mengenai Illuminati, dan kita lihatlah pula bagaimana interpretasi Dan Brown tentang mereka dalam filem ini. Ini kerana, saya belum membaca novel Angels & Demons yang sudah sekian lama berada di pasaran. Dalam filem yang lepas, Robert Langdon (dilakonkan oleh Tom Hanks) telah membuka rahsia yang disimpan oleh pihak gereja Rom tentang Nabi Isa.

(Untuk perhatian, interpretasi beliau adalah jauh berbeza dengan Islam, jadi untuk menonton cerita ini, diharapkan kita juga mendapat ulasan dan pandangan dari sudut Islam untuk memastikan fikiran tidak terpesong.)

Kebanyakan gereja yang sudah “terkantoi” penipuan mereka oleh Dan Brown dalam novel The Da Vinci Code dan Angels & Demons telah mengambil tindakan menghalang produksi Angels & Demons daripada menjalankan penggambaran di kawasan mereka. Hasilnya, krew produksi terpaksa menyediakan sendiri set untuk disamakan dengan satu-satu tempat yang menghalang mereka melakukan penggambaran.

Mengapakah ada ketakutan sebegitu? Tontonlah sendiri filem ini, dan jika anda pelajar, anda bertuah kerana akan mendapat diskaun harga tiket untuk tayangan Isnin-Jumaat sebelum 6 petang.

Komen-komen»

1. Adawiyah Juzailah - Mei 19, 2009

InsyaAllah nanti ana nak beli DVDnya… Ngeh ngeh ngeh…

2. Firdaus Rosli - Mei 19, 2009

Hmm…kalau gitu kena sabar la sebelum DVD original keluar.
Lagipun cerita ni mesti bertahan lama kat panggung wayang,
lepas tu baru DVD akan keluar.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: