jump to navigation

BN tidak bertanding di Penanti Mei 18, 2009

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , , , , ,
trackback

Malam tadi, saya menonton Buletin Utama TV3 secara kebetulan, gara-gara bosan dan mencari ilham untuk tulisan terbaru selepas keletihan dari Kem Nadwah Kepimpinan Pelajar 2009 semalam.

Gembira ketika Coup D'etat (Rampasan Kuasa) Perak

Gembira ketika Coup D'etat (Rampasan Kuasa) Perak

Berita utama: BN tidak bertanding di Penanti. Mengejutkan?

Hmm…bagi saya, tidaklah terlalu mengejutkan pun. Namun apa yang saya boleh bincangkan di sini adalah sebab yang digunakan Najib Tun Razak dalam membuat keputusan ini.

Ayatnya lebih kurang sebegini, “Pilihanraya ini diadakan kerana masalah dalam pakatan pembangkang, bukan kerana tuntutan di dalam Perlembagaan yang mewajibkannya.” Itulah jawapan Najib dalam menjelaskan keputusan terbaru ini.

Pastinya, keputusan ini ada pro dan kontranya yang tersendiri.

Pertama sekali, saya melihat keputusan ini sebagai usaha menjimatkan perbelanjaan parti BN yang semakin

BN banyak berhutang dengan pengeluar barang kempen, termasuk pembuat gula-gula ini agaknya?

BN banyak berhutang dengan pengeluar barang kempen, termasuk pembuat gula-gula ini agaknya?

kurang wang, dan juga berhutang dengan pembekal-pembekal keperluan pilihanraya. Ianya satu usaha yang bagus, lebih-lebih lagi jika PKR menang percuma, dan BN tidak bertindak meletakkan calon-calon proksi, seperti tindakan Barisan Alternatif dalam pilihanraya kecil Batu Talam.

Namun, apa yang saya lihat, BN mungkin meletakkan calon proksi di Penanti. Hal ini kerana secara tiba-tiba, terdapatnya cadangan untuk diadakan sayap terbaru BN, iaitu Puteri BN. Kepantasan dalam pembukaan sayap ini akan menentukan sama ada andaian saya ini benar atau tidak. Jika mereka membuka sayap ini secara kelam kabut, terlalu pantas, kemungkinan besar mereka akan meletakkan calon proksi sendiri.

Kedua, keputusan ini nampaknya menunjukkan seperti Mahathir tidak ada kuasa dalam penentuan

Mahathir pasti bersedih melihat nasib BN yang kini semakin dibelenggu ketakutan untuk bertanding.

Mahathir pasti bersedih melihat nasib BN yang kini semakin dibelenggu ketakutan untuk bertanding.

keputusan Najib dalam kepimpinannya. Hal ini kerana Mahathir beriya-iya mahu BN bertanding, kerana maruah dan keperluan BN sebagai sebuah parti memerintah. Tidak pernah mungkin, dalam sejarah pembentukan BN, mereka tidak bertanding pilihanraya, kecil atau besar. Pastinya Mahathir akan kecewa dengan keputusan ini. Mungkin tiba-tiba Mahathir akan menjadi calon bebas?? Kita harap ianya tidak berlaku..kasihan beliau kerana pastinya beliau akan kepenatan mengharungi usia lanjut.

Ketiga, keputusan ini juga menunjukkan sedikit ketakutan dalam pihak BN kerana alasan “masalah dalaman pakatan pembangkang” digunakan untuk tidak bertanding. Jika alasan tersebut boleh dipakai, mengapakah BN turut bertanding di Bukit Selambau baru-baru ini, dan di Permatang Pauh untuk mementang Anwar Ibrahim? Diharapkan sesiapa yang lebih mengerti dapat menjawabnya untuk membolehkan saya memahami keputusan terbaru ini.

Komen-komen»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: