jump to navigation

PAS Menuju Putrajaya! Mei 20, 2009

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , ,
trackback

Selepas kegagalan projek Anwar Ibrahim ke Putrajaya, nampaknya PAS kini cuba mengorak langkah

Anwar Ibrahim gagal dalam misi Putrajayanya (setakat ini)

Anwar Ibrahim gagal dalam misi Putrajaya'nya (setakat ini)

menghampiri Putrajaya, pusat pentadbiran persekutuan. Semalam, di Palace of the Golden Horses, Presiden PAS, Abdul Hadi Awang telah mengumumkan tentang projek kompleks PAS bernilai RM27 juta yang akan dibina di Sungai Merab, 5 minit perjalanan dari Putrajaya. Sungai Merab juga terletak berdekatan dengan Bangi, Dengkil, Sepang, Kajang dan Serdang.

Nampaknya lokasi kompleks ini sangatlah strategik, pada pandangan saya, dan juga menggalakkan lagi penglibatan pelajar dalam PAS, dari institusi seperti UKM, UPM, UNITEN (dan KLIUC?). Selain itu, para kakitangan kerajaan di Putrajaya juga dapat mendekatkan diri dengan PAS apabila kompleks ini siap kelak.

Gambaran Dewan Persidangan Kompleks PAS Putrajaya, dijangka siap dalam masa 2 tahun dari sekarang.

Gambaran Dewan Persidangan Kompleks PAS Putrajaya, dijangka siap dalam masa 2 tahun dari sekarang. Gambar Siasah Daily.

Kawasan tersebut dikelilingi oleh tasik dan sungai yang mengalir di sebelah tapak berkeluasan 17-ekar. Selain itu, sebuah dewan persidangan yang mampu memuatkan 8,000 orang, pusat latihan moden, juga kawasan perniagaan dan perumahan.

Menurut Haji Hadi lagi, pihak PAS baru sahaja mendapat tanah yang sesuai untuk membina kompleks ini yang sebenarnya sudah lama dirancang pembinaannya sebelum ini, namun tertangguh atas pelbagai sebab.

Projek ini akan dipengerusikan oleh Naib Presiden PAS, Husam Musa. Namun, sebarang ulasan daripada beliau tidak dapat saya perolehi setakat ini.

Butiran selanjutnya akan saya berikan, misalnya nombor akaun untuk para pembaca menghulurkan sumbangan masing-masing. Marilah kita sama-sama membantu mereka.

Komen-komen»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: