jump to navigation

Patutlah ragut terus berleluasa…. Mei 20, 2009

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , , , , , , , , ,
trackback
Vigil oleh DAP. Adakah ianya begitu merbahaya kepada keselamatan negara?

"Vigil" oleh DAP. Adakah ianya begitu merbahaya kepada keselamatan negara?

Malam ini, telah diadakan satu nyalaan lilin di Seri Kembangan oleh pihak parti DAP, dengan wakil-wakil rakyat mereka turut menyertai sama. Namun, nyalaan lilin atau dikenali sebagai “vigil” itu telah disuraikan oleh para anggota polis seramai 40 orang untuk menyuraikan para peserta yang hanya berjumlah 50 orang, itu pun hanya 20 orang yang menyalakan lilin.

Tujuan “vigil” diadakan adalah sebagai tanda berkabung untuk “berakhirnya demokrasi di negeri Perak” dengan “rampasan kuasa” yang telah dilaksanakan oleh pihak BN. Namun, nampaknya polis tidak membenarkan perhimpunan sekecil ini diadakan di mana-mana pun di ceruk negara ini.

Pihak polis, dengan disertai oleh Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Zainal Rashid yang turut sama turun padang semata-mata mahu menyuraikan para peserta.

Pada masa yang sama, tadi saya menonton rancangan 360 di TV3, edisi kali ini menceritakan mengenai kes ragut yang

Gambar hiasan - Ihsan akhbar Kosmo!

Gambar hiasan - Ihsan akhbar Kosmo!

semakin berleluasa seiring kegawatan ekonomi yang semakin meruncing.

Seorang wanita telah mati dilanggar kereta setelah mengejar peragut yang meragut beg tangannya di Kuala Terengganu. Seluruh keluarga bersedih atas kehilangan ahli keluarga yang disayanginya ini.

Ketika berbicara tentang Kuala Terengganu, saya teringat tentang limpahan Markas Taktikal atau dikenali sebagai

MARTEK seperti ini adalah penyelesaian yang baik kepada masalah jenayah yang berleluasa.

MARTEK seperti ini adalah penyelesaian yang baik kepada masalah jenayah yang berleluasa.

MARTEK di seluruh kawasan Kuala Terengganu ketika pilihanraya kecil pada awal tahun ini. Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, kadar jenayah ragut untuk 4 bulan pertama 2009 telah menurun dengan mendadak, kata beliau hasil daripada kesedaran masyarakat tentang jenayah ragut.

Saya yakin, sebenarnya pengurangan jenayah ragut ini adalah hasil daripada kewujudan MARTEK yang dibina untuk menjaga keselamatan Kuala Terengganu sepanjang pilihanraya kecil tersebut. Bayangkan ketika itu, sekatan jalan raya tersangat banyak, dan berjaya menyukarkan pergerakan sesiapa yang berminat untuk melakukan jenayah.

Tahniah kepada pasukan polis yang berjaya mengawal jenayah dengan kewujudan MARTEK, dan membantu menjaga maruah BN dengan mengurangkan majoriti kemenangan diperoleh PAS melalui undi-undi pos yang anda berikan.

Saya turut datang dengan cadangan. Apa kata, pihak polis teruskan dan tingkatkan kewujudan MARTEK ini di kawasan-kawasan yang terdedah dengan jenayah antaranya segitiga emas Kuala Lumpur, sekitar Puduraya, dan pelbagai lagi kawasan “hotspot” jenayah di seluruh negara.

Pada masa yang sama, ketua-ketua polis balai, daerah, atau negeri haruslah turun padang dengan kerap, dan merasai pengalaman “hands-on” dalam tugas pencegahan jenayah, dan melihat sendiri dengan mata kasar betapa bahayanya jenayah berbahaya seperti ragut, lumba motosikal haram, aktiviti pengemis jalanan, penjualan dadah secara berleluasa, penjualan VCD haram dan lucah, dan pelbagai lagi, jauh mengatasi “vigil” yang diadakan oleh orang-orang DAP, yang mungkin cuma akan mencetuskan sedikit kebakaran kecil!

Pondok Polis sebegini pasti menakutkan para penjenayah untuk melakukan perbuatan jahat mereka.

Pondok Polis sebegini pasti menakutkan para penjenayah untuk melakukan perbuatan jahat mereka.

Jadi, saya harap agar pihak berwajib dapatlah mengambil pendekatan MARTEK ini untuk digunakan lebih kerap di tempat-tempat lain lagi, bukan setakat semasa pilihanraya sahaja. Pencegahan jenayah adalah satu usaha berterusan yang tidak boleh dijalankan secara bermusim.

Komen-komen»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: