jump to navigation

Astro Kirana, ke mana hilangnya? Mei 21, 2009

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: ,
trackback

Ramai penonton televisyen Malaysia yang mengenali saluran Astro Kirana, saluran nombor 122 yang kini telah ditutup

dan dimasukkan dalam pakej langganan terbaru Astro. Sebelum ini, saluran Kirana adalah saluran untuk tontonan percuma, di mana para penonton boleh menonton pelbagai filem menarik terutamanya filem tempatan dan sebahagian filem antarabangsa melalui saluran ini.

Seharusnya, saluran ini dikekalkan untuk memastikan wujudnya sambutan kepada filem-filem tempatan, lebih-lebih lagi karya para pengarah baru yang berpotensi. Dengan adanya saluran ini, akan wujud minat daripada masyarakat untuk pergi ke panggung wayang dan menonton filem seterusnya oleh pengarah yang sama, jika filem yang dipaparkan di Kirana itu menarik perhatian mereka.

Selain itu, saluran Kirana ini sebenarnya berpotensi menjadi saluran perkongsian budaya melalui filem. Melalui pemahaman budaya, akan wujudnya persefahaman dan kurangnya sikap prejudis antara budaya yang berbeza. Lihatlah senarai pelbagai filem-filem asing yang ada di saluran Kirana, semuanya daripada negara-negara yang asing bagi kita dalam soal populariti filem.

Saya kecewa dengan ketiadaan saluran Kirana ini, dan pastinya kebanyakan pengkarya filem akan merasakan perasaan yang sama, melihat hilangnya tempat untuk hasil kerja mereka dipaparkan di Kirana dan dapat ditonton secara percuma. Harus diingat, jika Astro ingin memperkenalkan pakej langganan baru, sekarang pasti bukan masa yang sesuai, melihat kepada situasi ekonomi sedia ada. Mungkin Astro hanya mampu mendapat perolehan yang sedikit daripada pakej langganan baru tersebut, sedangkan jika mengekalkan saluran Kirana secara percuma, Astro dapat melaksanakan satu tanggungjawab sosial yang sangat hebat, iaitu memupuk budaya.

Mungkin pihak Astro akan memandang cadangan saya ini sebelah mata sahaja, seperti ketika AF7 sedang berlangsung sebelum ini. Sedangkan, cadangan-cadangan daripada masyarakat, jika dipertimbangkan mampu memberikan pulangan yang amat berbaloi. Kita sekarang hanya mampu melihat, adakah Astro mampu pergi jauh dengan membelakangkan kehendak dan permintaan para pelanggannya.

Sekarang mungkin masih mampu bernafas, gara-gara monopoli. Namun, harus kita ingat, hidup tidak selalu indah, langit tidak selalu cerah. Pastinya Astro akan tersungkur suatu hari nanti apabila kehendak penonton setia tidak ditepati dan dipandang remeh, dek mengejar untung yang tidak pasti.

Jadi, terimalah sahaja hakikat, bahawa Astro tidak mahu lagi kita menonton filem-filem di Kirana, dan ingin mengaut untung lebih dengan saluran baru ini. Terpulanglah kepada kita sama ada mahu tunduk kepada strategi mereka ini, atau dengan tegas mengelakkan diri daripada terjerat dengan mainan pakej mereka.

Komen-komen»

1. gerektua - Mei 21, 2009

tak perasan lak dah tak ada… lama tak tgk tv

2. Kotaro - Mei 24, 2009

Astro bodoh! Dasar kapitalis keparat. Itu je channel movie free yg tinggal

3. Firdaus Rosli - Mei 24, 2009

Saya pun turut kecewa, kerana pakej Mustika terbaru mereka terlampau mahal. RM12.95 sebulan! Namun terdapatnya 3 saluran, satu untuk filem Melayu terbaru, satu saluran komedi, dan satu lagi saluran filem Bollywood. Terpulang kepada penilaian masing-masing, sama ada untuk melanggan pakej ini, namun untuk menunjukkan perpaduan kita selalu penonton Astro, seeloknya kita boikot pakej ini saja.

4. barlier - Ogos 5, 2009

dah lah astro dah naik harga lagi 12ringgit…alasan sbb EPL..
kalau tahun dpn pun ada FIFA msti naik lagi..
tapi nak buat camne yerk..
mmg kna ikut jer la monopoli dier..
kalo nak tggu malaysia pasang HSBB pun mmg lmbt lg..
perancangan dalam 2010..
tapi kalo disember pun stiil 2010 kan..

Firdaus Rosli - Ogos 5, 2009

Hurm…kalau perkara ini, boleh jadi modal mantap untuk demonstrasi di depan Stadium Nasional Bukit Jalil, kemudian berarak ke Astro =P

Tapi kita sendiri tak larat untuk berdemonstrasi dengan kerap. Susah nak lawan Polis yang bersungguh-sungguh mahu sembur air dan gas pedih mata.

Jadi, sabarlah menanti peralihan kuasa kepada Pakatan, diharap industri penyiaran kita dapat dibuka, penggunaan parabola dibenarkan dan lebih banyak penyedia perkhidmatan TV satelit dapat diwujudkan.

Untuk masa sekarang, mari kita berdemonstrasi kecil-kecilan di kedai-kedai Mamak setiap kali selepas menonton EPL =)


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: