jump to navigation

Lagi pilihan raya kecil. Seronoknya! Mei 22, 2009

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , , , , , , , , ,
trackback

Mula-mula sekali, seharusnya takziah diberikan kepada Ismail Yaakob, ADUN Manik Urai, Kelantan yang telah pergi ke

Ismail Yaakob, ADUN Manek Urai sejak 1986

Ismail Yaakob, ADUN Manek Urai sejak 1986

rahmatullah hari ini, 22 Mei 2009 akibat sakit jantung. Semoga kepergian saudara ke rahmatullah menjadi pembakar semangat para pejuang Islam dalam PAS untuk mengejar matlamat mendaulatkan agama Islam di negara kita yang tercinta ini.

Seperti biasa, apabila seorang wakil rakyat meninggal dunia, kerusinya kosong dan pilihanraya kecil perlu diadakan dalam jangka masa 60 hari dari sekarang. SPR akan bersidang pada 28 Mei ini untuk menentukan tarikh-tarikh penting dalam pilihanraya kecil DUN Manik Urai yang akan diadakan nanti.

Keputusan pilihanraya DUN Manek Urai bagi PRU11 dan PRU12.

Keputusan pilihanraya DUN Manek Urai bagi PRU11 dan PRU12.

Di Singapura pula, Perdana Menteri telah menunjukkan minat partinya, BN untuk bertanding di dalam pilihanraya kecil tersebut. Manakala timbalannya berkata bahawa BN tidak akan memberi laluan percuma buat PAS untuk memenangi kerusi DUN Manik Urai, kerana majoriti yang dimenangi PAS pada pilihanraya umum ke-12 lalu HANYALAH lebih kurang 1000 undi.

Jadi, kita hormati pendirian BN itu, silakanlah untuk bertanding pilihanraya kecil Manik Urai, kita semarakkan amalan demokrasi di negara ini.

——————————————————————–

Panel 3 hakim sebulat suara memutuskan Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Panel 3 hakim sebulat suara memutuskan Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Pukul 3.30 petang tadi, Mahkamah Rayuan memutuskan untuk membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, di mana Zambry Abdul Kadir diputuskan oleh mereka sebagai Menteri Besar Perak yang sah. Dengan luahan daripada sebilangan parti komponen BN, antaranya MCA, Gerakan, supaya DUN Perak dibubarkan, pucuk pimpinan BN pasti sedang memikirkan langkah seterusnya bagi menghadapi cabaran yang akan timbul di hadapan.

Dengan pengambilalihan kuasa yang agak kelam kabut daripada Pakatan Rakyat Februari lalu, keputusan daripada Mahkamah Rayuan tidak akan dipandang tinggi oleh kebanyakan pemerhati dan rakyat Perak. Begitulah yang berlaku apabila sistem kehakiman tidak dipercayai dan dirosakkan oleh kelompok tertentu. Sekarang, lakukanlah apa sahaja di mahkamah, pasti ada suara yang menyatakan ketidakpercayaan dan kekecewaan terhadap keputusan mereka.

Apa yang kita sangat pasti, ketidakpuasan hati ini akan terus meluap-luap di hati golongan ini yang akan menterjemahkannya di kertas undi, sama ada cepat atau lambat. Jadi, penyelesaian di mahkamah tidak akan berkesan kepada golongan ini yang sudah hilang kepercayaan.

Sebelum kekecewaan berubah kepada kebencian, raihlah hati rakyat semula dengan memberi peluang kepada mereka untuk memilih semula wakil rakyat, dan seterusnya kerajaan negeri mereka.

—————————————————————————–

Akhir sekali, Malaysiakini melaporkan tentang cadangan SPR untuk menggunakan sistem biometrik untuk mengelakkan

Sistem biometrik menelan belanja RM40 juta. Jika tidak berkesan, kemarahan rakyat kepada kerajaan pasti meluap-luap dengan lebih dahsyat.

Sistem biometrik menelan belanja RM40 juta. Jika tidak berkesan, kemarahan rakyat kepada kerajaan pasti meluap-luap dengan lebih dahsyat.

kewujudan pengundi hantu. Mungkin ini cadangan yang bagus untuk pembersihan sistem pilihanraya, dan dikatakan lebih baik daripada sistem dakwat kekal, namun belanjanya adalah sebanyak RM40 juta, berbanding hanya RM3 juta yang dibazirkan oleh SPR untuk membeli dakwat kekal yang tidak pernah digunakan sepanjang pilihanraya di negara ini.

Pada saya, sistem dakwat kekal jauh lebih baik kerana tidak akan ada masalah dengan sistem dalam talian. Bayangkan pada hari mengundi, terdapat kerosakan sistem atau “technical glitch”. Apakah yang akan dilakukan oleh SPR ketika itu? Kembali menggunakan sistem biasa yang tidak terjamin dari “pengundi hantu”? Harus diingat bahawa sistem dalam talian di Malaysia selalu menghadapi masalah kesesakan. Antaranya sistem MEPS, Touch N’Go, dan pelbagai lagi yang kononnya canggih, sofistikated dan mengikut peredaran zaman.

Dakwat kekal terbukti berkesan, walaupun ianya kaedah lama dan murah.

Dakwat kekal terbukti berkesan, walaupun ianya kaedah lama dan murah.

Kemungkinan besar, sistem data pengundi atau sistem biometrik ini juga akan menghadapi nasib yang sama. Jadi, kepada SPR, hentikanlah cadangan merepek ini sebelum ramai lagi yang meneruskan kritikan. Lebih-lebih lagi jika membandingkan sistem dakwat kekal dengan biometrik. Lebih ramai yang mempercayai sistem yang kelihatan kolot, lama tetapi dijamin berkesan dan bebas daripada kesilapan teknikal, berbanding dengan sistem-sistem terkini yang dikatakan “canggih” ini.

Komen-komen»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: