jump to navigation

Satu lagi contoh Menteri yang “sengal”! Mei 24, 2009

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , , , , , , , ,
trackback

Pada 20 Mei, Menteri Wilayah Persekutuan, Raja Nong Chik telah mengadakan “lawatan mengejut” ke Keramat Mall,

Anifah Aman telah memalukan Malaysia di hadapan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton dengan jawapannya yang sangat mengecewakan kepada media di sana.

Anifah Aman telah memalukan Malaysia di hadapan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton dengan jawapannya yang sangat mengecewakan kepada media di sana.

Menteri Wilayah Persekutuan, Raja Nong ChikMenteri Wilayah Persekutuan, Raja Nong Chik

Kuala Lumpur. Berbanding dengan contoh biasa lawatan mengejut yang dibuat secara peribadi, lawatan mengejut kali ini tidak mengejutkan kerana telah dirancang bersama dengan Ketua Setuausaha dan pegawai-pegawai tinggi Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Bandar dan Ketua Pengarah DBKL, tidak lupa para pemimpin Bahagian UMNO Titiwangsa yang langsung tiada kena mengena dengan Kementerian Wilayah Persekutuan.

Nampaknya “lawatan mengejut” ini telah dapat dihidu oleh Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr. Lo’ Lo’ Ghazali yang berasa kesal kerana tidak diundang bersama ke lawatan mengejut tersebut, memandangkan beliau seorang wakil rakyat yang ingin bekerjasama dengan pihak DBKL dan Kementerian Wilayah Persekutuan dalam memastikan kebajikan rakyat di kawasan Parlimen Titiwangsa.

Kemudian, Dr. Lo’ Lo’ bertanya kepada Raja Nong Chik, mengapakah beliau tidak dijemput bersama dalam lawatan ini.

Inilah jawapan “sengal” daripada Raja Nong Chik,

“I turun everywhere takkan nak bagitau you semua. NI SAYA NAK PERGI TANDAS, TAKKAN NAK BAGI TAU YOU, YOU NAK IKUT KE?”

Pada kita orang-orang biasa yang selalu bercanda dan bergurau senda, ini adalah ayat biasa yang kita selalu dengar. Pastinya kita dapat menerimanya sebagai lawak jenaka.

Tapi tidak kepada Dr. Lo’ Lo’, beliau seorang ahli Dewan Muslimah parti PAS. Jadi boleh diandaikan bahawa beliau

Turut dijemput di pelancaran teater Sirah Junjungan oleh pengarahnya Erma Fatima. Jelas sekali beliau sangat dihormati kerana kesopanannya.

Turut dijemput di pelancaran teater Sirah Junjungan oleh pengarahnya Erma Fatima. Jelas sekali beliau dihormati kerana kesopanannya.

Dr. Lo Lo seorang yang sentiasa menjaga kesopanannya di mana beliau berada.

Dr. Lo' Lo' seorang yang sentiasa menjaga kesopanannya di mana beliau berada.

seorang yang begitu menjaga tutur kata, pemakaian, dan pastinya sensitif kepada ayat seperti yang dilontarkan oleh Menteri di atas.

Lagipun, sebagai seorang Menteri, seharusnya Raja Nong Chik menjawab mengikut kehendak soalan, kerana Dr. Lo’ Lo’ hanya mahu akan penjelasan terhadap lawatan mengejut yang diadakan, di mana orang yang tiada kaitan (dari UMNO) dijemput, dan orang yang penting (Ahli Parlimen Titiwangsa) dipinggirkan.

Raja Nong Chik juga harus ingat, beliau kini seorang Menteri Kabinet, bukannya setakat ketua UMNO yang mungkin selalu “bergurau lucah” dengan rakan-rakannya di dalam parti tersebut. Saya hanya katakan, mungkin!

Bekas Ahli Parlimen Jerai, Badruddin Amiruldin

Badruddin Amiruldin, kini pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

Mana terowong yang Tok Bad (Badruddin Amiruldin) ceritakan tu? Tak nampak pun!

Mana "terowong" yang Tok Bad (Badruddin Amiruldin) ceritakan tu? Tak nampak pun! Pak Lebai pun tersenyum berseri-seri.

Mungkin juga, beliau bersahabat baik dengan bekas Ahli Parlimen kawasan kampung halaman saya, Jerai di negeri Kedah, iaitu Baruddin Amiruldin yang pernah juga “bergurau lucah” di Parlimen, dan akhirnya kalah pada PRU12 lalu. Semua orang pasti tahu tentang “terowong” di dalam skirt pramugari AirAsia yang pernah beliau ceritakan!

Raja Nong Chik kini boleh menyertai Anifah Aman (rujuk tulisan sebelumnya) sebagai seorang lagi beban dalam Kabinet Najib Razak. Dengan ketidakpekaan mereka berdua ini, pasti ada lagi Menteri yang akan “memangsakan” diri sendiri lagi selepas ini, dan mempercepatkan penamatan riwayat kekuasaan UMNO di Malaysia.

Komen-komen»

1. zaegg - Jun 1, 2009

hahaha…menteri takder otak…camni lah…


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: