jump to navigation

Pelan pascabayar DiGi terbaru, tak cukup hebat lagi.. Mei 25, 2009

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , ,
trackback

Hari ini, saya mendengar satu iklan di radio Hot FM, mengenai satu pakej pascabayar terbaru DiGi, iaitu DG30. Setakat yang saya baca di dalam laman web DiGi, terdapatnya perbandingan yang telah mereka buat antara pakej RM30 antara ketiga-tiga penyedia perkhidmatan telekomunikasi.

Apa yang saya lihat dalam pakej ini, adalah tiadanya talian tambahan dibenarkan untuk pakej DG30. Ini merupakan satu kekurangan yang sangat ketara, dan mungkin tidak ramai yang akan tertarik dengan pakej ini, berbanding Celcom Exec 20 yang membenarkan talian tambahan dibuat selepas 6 bulan langganan.

Selain itu, saya lihat bahawa DiGi mampu meraih untung yang banyak jika membenarkan pelanggan DG30 membuat talian tambahan, kerana pakej talian tambahan mereka sangat menarik walaupun kelihatan mahal. Pakej talian tambahan yang ada adalah 1Family dan Family Basic. 1Family menggunakan sistem yuran komitmen, manakala Family Basic menggunakan sistem yuran akses.

(Untuk perhatian, pelan 1Family ini sudah lama ada, sebelum 1Malaysia diperkenalkan lagi!)

Saya menggunakan pelan DG50 bersama dengan satu talian tambahan 1 Family. Setiap talian 1 Family mengenakan yuran komitmen RM30, di mana bermaksud tiada yuran untuk talian tambahan. Selain itu tidak ada had panggilan dan SMS antara talian utama dan talian-talian tambahan.

Untuk penggunaan pelan-pelan pascabayar DiGi ini sahaja, mereka telah mendapat sekurang-kurangnya RM80 daripada saya setiap bulan (RM50 dari talian saya, RM30 dari talian tambahan). Walaupun ini kelihatan banyak, namun ianya berbaloi kerana tiada had panggilan dan SMS dikenakan sesama talian tambahan dan talian utama.

Mengapakah saya menggunakan DiGi, adalah kerana tidak berpuas hati dengan cara Celcom memungut untung daripada pelanggan pelan talian tambahan mereka, dengan mengenakan had panggilan sebanyak 40 jam, dan SMS/MMS sebanyak 2000 mesej antara talian utama dengan talian-talian tambahan. Pada sesetengah orang, jumlah ini tidak mencukupi. Pada yang rela menerima keadaan ini pula, tidak berpuas hati kerana tidak akan diberitahu apabila kuota panggilan dan mesej sudah digunakan sepenuhnya. Bila lihat di bil, rupa-rupanya terlebih sudah guna, terpaksalah bayar bil yang mahal.

Jadi, saya beralih ke DiGi, satu lagi kerana mereka memberi opsyen E-Billing, di mana jika menggunakan E-Billing, caj bil terperinci RM3 dikecualikan, dan butir terperinci panggilan boleh dilihat menggunakan portal Perkhidmatan Pelanggan Online (OCS), dan boleh dimuat turun dalam bentuk fail Adobe PDF. Inovasi ini bukan setakat menjimatkan perbelanjaan telefon pelanggan, malah menjaga alam sekitar dengan pengurangan penggunaan kertas.

Selain itu, dengan portal OCS DiGi juga, pelanggan dapat melaporkan masalah yang dihadapi dengan ruang “feedback” yang disediakan, atau secara terus kepada Pegawai Perkhidmatan Pelanggan DiGi, melalui D’Chat, 24 jam sehari.

Okey Firdaus, cukup, cukup. Jika mahu tukar ke DiGi, anda juga boleh lakukannya sekarang di www.digi.com.my/switch

Ketua Pegawai Komersial DiGi, Tom Schnitker bersama maskot comel DiGi.

Ketua Pegawai Komersial DiGi, Tom Schnitker bersama maskot comel DiGi.

Kesimpulan saya, berdasarkan pengalaman yang sangat seronok menggunakan DiGi, saya berharap agar DiGi dapat pertimbangkan semula pelan DG30 tersebut, agar ianya menjadi lebih menarik, dan menggalakkan lagi persaingan antara syarikat-syarikat “telco”. Apa yang saya harapkan adalah supaya talian tambahan dibenarkan untuk DG30, dan juga kadar panggilan menurun automatik untuk pelan DG30 berdasarkan penggunaan semasa, dan pengurangan mata untuk penebusan ganjaran-ganjaran DiGi Rewards.

Kepada sesiapa yang ingin mencari pakej talian pascabayar, pilihlah dengan bijak, dan gunakanlah talian telefon anda dengan berhemah untuk mengelakkan penggunaan berlebihan.

Jika ada soalan berkenaan pelan-pelan pascabayar atau jalur lebar, dipersilakan bertanya di ruangan komentar di bawah. Saya akan cuba menjawab soalan anda sekalian sebaiknya.

Komen-komen»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: