jump to navigation

Berpuasalah demi satu perjuangan yang tulus. Mei 28, 2009

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , , , ,
trackback

Puasa adalah satu cara yang amat berkesan untuk memantapkan semangat perjuangan. Sudah terbukti, bukan setakat dalam perjuangan Islam, terdapat ramai lagi tokoh-tokoh hebat yang berpuasa demi membuktikan kesungguhan mereka, dan juga meminta bantuan dari Tuhan yang mereka sembah untuk memberkati perjuangan yang dilalui.

Gambaran dari buku Riwayat Nabi Muhammad S.A.W tentang Perang Badar.

Gambaran dari buku Riwayat Nabi Muhammad S.A.W tentang Perang Badar.

Dalam peperangan Badar, tentera Islam pimpinan Rasulullah S.A.W dengan bala tentera hanya seramai 313 orang berjaya menumpaskan tentera musyrikin seramai 1000 orang, dalam bulan Ramadhan, bulan diwajibkan berpuasa bagi umat Islam. Itulah peperangan pertama yang disertai oleh umat Islam yang berpusat di Madinah, kerana sebelum itu secara tentangan kepada negara Islam Madinah telah cuba ditangkis dengan cara diplomatik.

Tambahan pula, sebelum itu Rasulullah S.A.W tidak membenarkan umat Islam bertelagah dan berperang, namun ancaman ofensif yang diberikan oleh Musyrikin Makkah tidak dapat ditangkis lagi dengan cara biasa, lalu disyariatkan peperangan menentang golongan kafir Harbi yang ingin mengancam kerajaan Islam. Lalu tentera Islam pun menyediakan diri untuk berperang menghadapi Musyrikin Makkah dengan kelengkapan yang serba terhad, dan ramai yang tidak sanggup mengorbankan nyawa dan menyertai tentera Islam, dan jumlah tentera yang tinggal hanya 313 orang.

Di India, Mahatma Gandhi telah berpuasa sebanyak dua kali sebagai tanda protes terhadap ketidakadilan layanan antara kasta di India. Beliau begitu bersimpati kepada kasta Dalit, yang telah dipanggilnya sebagai “Harijan” yang bermaksud “anak-anak Tuhan”. Kali pertama beliau berpuasa ialah pada September tahun 1932, iaitu selama 6 hari. Beliau sekali lagi berpuasa sebagai “penyucian diri” untuk membantu pergerakan Harijan, selama 21 hari bermula 8 Mei 1933.

Sebahagian pemimpin Pakatan Rakyat Perak

Sebahagian pemimpin Pakatan Rakyat Perak

Begitulah sedikit sebanyak amalan berpuasa yang terkenal dan berjaya mencapai matlamatnya. Pada Selasa lepas pula, Nizar Jamaluddin bersama pemimpin Pakatan Rakyat Perak juga berpuasa dan mengadakan majlis di pejabat DAP negeri Perak, berdekatan dengan Kompleks Kerajaan Negeri. Namun, mereka yang berpuasa dan juga bermogok lapar, yang tidak membawa ancaman ini sebahagiannya ditahan oleh polis, dalam usaha untuk mencegah perhimpunan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang dikatakan sebagai “perhimpunan haram”.

Polis sudah menguasai khemah majlis di luar bagunan DAP Negeri Perak.

Polis sudah menguasai khemah majlis di luar bagunan DAP Negeri Perak.

Cara mereka untuk berpuasa mudah sahaja, sesiapa yang mahu berpuasa boleh memberikan sebarang niat atau doa, namun jika hal ini melibatkan Pakatan Rakyat Perak, pastinya apa yang didoakan adalah supaya DUN Perak dibubarkan untuk memberi pilihan kepada rakyat untuk memberikan semula mandat kepada parti pilihan mereka. Seperti di negara lain, pilihanraya semula akan diadakan jika pemimpin sedia ada yang masih berkuasa merasa tidak selamat di tampuk kuasa, dan mahu akan mandat baru daripada rakyat. Seharusnya tiada sebab untuk permintaan ini dinafikan, memandangkan rakyat adalah teraju utama demokrasi. Bukannya Pakatan Rakyat, Barisan Nasional, Mahkamah, Polis, tetapi rakyat!

Speaker DUN Perak, V. Sivakumar ditahan oleh polis dalam majlis mogok lapar 26 Mei lalu

Speaker DUN Perak, V. Sivakumar ditahan oleh polis dalam majlis mogok lapar 26 Mei lalu

Namun, Sultan Perak, Sultan Azlan Shah menafikan permintaan Nizar itu, dan pastinya tidak menjangka bahawa isu Perak ini telah menjadi sebegini teruk. Kini, nampaknya tiada jalan penyelesaian yang lebih baik, selain daripada pembubaran DUN. Hal ini kerana terdapatnya perbezaan pendapat yang ketara, malah antara mahkamah sendiri, di mana Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah menetapkan Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak, manakala Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan itu dan menetapkan Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Dengan perbezaan pendapat sebegitu, sebarang penyelesaian, walaupun ianya memihak kepada Pakatan Rakyat dan Nizar, pastinya turut tidak akan disenangi oleh kelompok yang berlainan, iaitu yang menyokong Barisan Nasional dan Zambry. Jadi, marilah kita terus berpuasa lagi, bukan setakat orang Perak, malah seluruh rakyat Malaysia, jika untuk orang Islam setiap hari Isnin dan Khamis yang disunatkan, dan yang beragama lain pada hari-hari yang digalakkan oleh agama mereka.

Semoga penyelesaian yang terbaik akan diberikan buat rakyat negeri Perak yang sudah muak dengan perselisihan politik yang tak sudah-sudah, iaitu pilihanraya seluruh negeri untuk memberikan mandat baru buat parti yang disukai rakyat di negeri Perak.

Komen-komen»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: