jump to navigation

Ekonomi kita tiada masalah, JANGAN RISAU! Mei 28, 2009

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , ,
trackback

Semalam, Bank Negara Malaysia melaporkan keadaan ekonomi untuk suku pertama tahun 2009. Keputusannya:-

Logo Bank Negara Malaysia

Sebenarnya graf -6.2% itu dikecilkan untuk menjimatkan ruang dalam akhbar The Star. Sebenarnya graf untuk Q1 2009 sama panjang dengan Q2 2008, cuma negatif.

ekonomi Malaysia MENGUNCUP 6.2%, hanya pada suku pertama.

Jadi, bagimanakah jika penguncupan ini berterusan untuk suku-suku seterusnya? Ianya bermaksud ekonomi kita tahun ini berpotensi untuk menguncup sehingga 10% akhir tahun ini. Itu hanya jangkaan saya sahaja, pastinya ada ramai yang lebih mengetahui realiti sebenar ekonomi Malaysia sekarang.

Tambahan pula, dua pakej rangsangan yang diumumkan, tahun ini dan penghujung tahun lalu yang bernilai RM67 bilion belum berhasil untuk mempertingkatkan ekonomi untuk suku pertama. Pengagihan peruntukan dalam pakej tersebut dikatakan sangat perlahan, mungkin untuk memastikan pengagihan yang mencukupi dan benar-benar membawa kesan positif kepada ekonomi.

Perdana Menteri telah mengumumkan unjuran pertumbuhan ekonomi negara, yang dijangkakan negatif buat keseluruhan tahun ini. Pastinya jika itu berlaku, kita akan merasa kecewa, kerana tahun lalu kita ditenangkan oleh kenyataan para pentadbir ekonomi tahun lalu, bahawa ekonomi kita tenang sahaja, dan akan BERTUMBUH 3.5% TAHUN INI.

Persoalannya, adakah mereka tidak menyedari bahana kegawatan ekonomi ini, atau memandang remeh ancaman yang melanda ekonomi negara kita? Sebelum kegawatan, para pentadbir berkata bahawa ekonomi kita dinamik, punya asas yang kukuh, berbeza daripada negara-negara lain di dunia atau di rantau ini.

Kini, kenyataan mereka telah menyerlahkan bahawa ekonomi kita amatlah bergantung kepada keadaan global, di mana jika keadaan global negatif, maka negatiflah juga ekonomi negara keseluruhannya. Namun, para pentadbir ini masih yakin dengan pertumbuhan positif di suku keempat, iaitu penghujung tahun ini. Kita lihatlah sahaja apa yang akan mereka lakukan untuk memastikan rakyat biasa seperti kita selamat, walaupun saya tidak yakin yang itu akan berlaku.

Komen-komen»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: