jump to navigation

Siapa mahu cuba burukkan nama UiTM pula? Mei 30, 2009

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , , , ,
trackback

Berita Harian semalam melaporkan berita mengenai saman daripada seorang pelajar UiTM berusia 21 tahun, yang

Kolej Seroja, UiTM Shah Alam

Kolej Seroja, UiTM Shah Alam

mengambil jurusan Pengurusan Hotel dan Pelancongan yang kini trauma kerana dicabul di dalam bilik air asramanya di Kolej Seroja, UiTM Shah Alam.

Menurut gadis terbabit, seorang lelaki yang menyamar sebagai seorang perempuan telah memecah masuk ke kawasan asrama, kemudiannya cuba membuka pintu bilik mandi mangsa untuk merogolnya. Pelajar tersebut jatuh ketika cuba mengelak daripada pintu bilik mandinya dibuka, kemudiannya diterkam oleh penceroboh terbabit. Lelaki terbabit kemudiannya mengugut pelajar ini supaya berdiam diri.

Namun, pelajar yang cekal ini berusaha untuk melepaskan diri daripada lelaki tersebut, dan berjaya melepaskan diri sebelum terjatuh di koridor. Akhirnya suspek yang ketakutan terus berlari menggunakan tangga, dan ada saksi yang nampak lelaki tersebut berpakaian seluar pendek dan coli hitam.

Kini pelajar itu menyaman pengurusan UiTM kerana kecuaian mereka yang telah menyebabkan kejadian seumpama ini berlaku. Tuntutan kerugian bernilai RM500,000 difailkan di Mahkamah Sesyen Shah Alam oleh peguam Hanipa Maidin.

"Pelajar terbabit telah cuba mengaibkan nama baik UiTM" - Prof Datuk Seri Ibrahim Abu Shah

Sebagai respon kepada saman berikut, Naib Canselor UiTM, Profesor Datuk Seri Ibrahim Abu Shah berkata UiTM sedia ke mahkamah untuk perbicaraan, namun turut berkata bahawa tindakan pelajar terbabit MEMBURUKKAN NAMA BAIK UNIVERSITI.

Ujar beliau lagi, pelajar terbabit tidak seharusnya melibatkan media massa dan ahli politik dalam saman beliau ini.

Jadi Profesor, berapakah jumlah yang sepatutnya dituntut oleh pelajar ini? RM100,000 sahaja, atau lebih rendah? Sebagai seorang profesor, pasti Profesor tahu betapa tertekannya jiwa apabila perkara sebegini berlaku. Bagaimanakah pula tentang tempoh pengajian yang ditangguhkan, dan kesan tragedi ke atas psikologi mangsa, tidak pula difikirkan.

Pengurusan UiTM harus menitikberatkan keselamatan pelajar, bukan hanya sibuk membasuh minda pelajar dengan iklan sebegini.

Pengurusan UiTM harus menitikberatkan keselamatan pelajar, bukan hanya sibuk membasuh minda pelajar dengan iklan sebegini.

Lokasi Kolej Seroja di Kampus Induk UiTM Shah Alam

Lokasi Kolej Seroja di Kampus Induk UiTM Shah Alam, boleh muat turun dan simpan supaya boleh zoom lagi. Diambil dari laman Kolej Seroja.

Saya pernah ke UiTM Shah Alam beberapa kali, ketika itu untuk menghantar dan mengambil bekas kekasih saya yang menyertai kejohanan Sukan Universiti ASEAN sebagai sukarelawan kejohanan antara November ke Disember 2008. Namun, di sepanjang tempoh di sana beliau sudah selingkuh dengan seorang calon wakil pelajar yang tewas dalam pemilihan. (Cukuplah Firdaus, lupakan saja tentang itu!)

Ketika itu saya kagum melihat kawalan keselamatan di kawasan kampus UiTM Shah Alam di mana ada dua lapis kawalan keselamatan yang perlu dilalui sebelum seseorang pelajar memasuki kolej kediaman mereka. Mula-mula sekali, di pintu utama. Ada 2 pintu utama, iaitu berdekatan Bulatan Bistari Seksyen 2 dan satu lagi berhampiran Padang Jawa.

Kemudiannya, untuk memasuki kawasan kolej kediaman, ada satu lapis pagar, iaitu berasingan bagi setiap kolej kediaman iaitu kolej Anggerik, Delima, Perindu, Cempaka, Seroja dan pelbagai nama lain lagi mungkin. Untuk memasuki kawasan kolej kediaman ini, selalunya kad pelajar perlu ditunjukkan, dan kenderaan jarang sekali dibenarkan masuk, untuk memastikan tahap keselamatan tinggi.

Begitu juga ketatnya kawalan keselamatan di UiTM kampus lain yang saya pernah pergi antaranya Kampus Johor, Kampus Kedah, Kampus Pulau Pinang dan Kampus Melaka. Kesemua kampus dan kolej ini dikawal dengan rapi oleh pengawal yang berpakaian seumpama polis yang kadangkala kerenah mereka lebih merimaskan daripada kebanyakan anggota polis sendiri.

Dengan kawalan keselamatan sebegini ketat, tiada sesiapa yang menyangka ada penceroboh boleh memecah masuk dan mengganggu para pelajar yang tekun belajar untuk peperiksaan akhir semester ketika itu. Seharusnya Profesor Datuk Seri perlu mengakui kecuaian tersebut dan sedia memberikan ganti rugi dan sokongan moral kepada pelajar terbabit, bukannya lepas tangan dan tidak mengaku kesilapan.

Ahli Parlimen Shah Alam

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad

Tindakan sedemikian oleh Naib Canselor UiTM telah menyebabkan mangsa ini tiada pilihan selain daripada pergi mengadu perkara ini kepada Ahli Parlimen Shah Alam yang kebetulan dari Pakatan Rakyat, Khalid Abdul Samad. Peguam yang selalu berkhidmat kepada Pakatan Rakyat, Hanipa Maidin telah menghulurkan bantuan kepada mangsa ini dan membantu setiap prosedur mahkamah, walaupun menyedari terdapat pelbagai kes mahkamah dan kes polis lain yang sedang menanti para pemimpin dari Pakatan Rakyat.

Tindakan lepas tangan dan ego oleh Profesor Datuk Seri Naib Canselor juga mungkin akan menyebabkan Pakatan Rakyat menggunakan isu ini dalam pilihanraya kecil yang bakal menyusul nanti, hanya kerana beliau tidak mengakui kesilapan dan kelekaan pengurusan UiTM, terutamanya Kolej Seroja yang telah menyebabkan kejadian ini berlaku.

Namun, masih belum terlewat. Pihak pengurusan UiTM yang diketuai Profesor Datuk Seri Naib Canselor masih boleh berbincang dan mendapat kata sepakat dengan pelajar yang menjadi mangsa, kerana mangsa masih seorang pelajar UiTM berdaftar. Berikanlah ganti rugi yang setimpal, dan jadikanlah peristiwa ini satu pengajaran kepada pengurusan UiTM supaya lebih berwaspada dan berhati-hati, serta peka terhadap sebarang ancaman keselamatan.

Tiada sesiapa yang mahu memburukkan UiTM, hatta daripada Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional atau rakyat atas

Istiadat Konvokesyen UiTM Ke-70

Istiadat Konvokesyen UiTM Ke-70

pagar. Cuma rakyat Malaysia seluruhnya mahu melihat UiTM menjadi seperti yang dititahkan DYMM Yang Di-Pertuan Agong yang juga Canselor UiTM pada Istiadat Konvokesyen UiTM Ke-70, “pembentuk utama keseimbangan sosial dalam kalangan masyarakat di negara ini.” Keseimbangan sosial haruslah diterapkan dan dimulakan kepada para pelajar dan juga warga kerja organisasi UiTM itu sendiri.

Komen-komen»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: