jump to navigation

Penanti: Calon Bebas hilang deposit, UMNO bersuka ria. Jun 1, 2009

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , , , , , ,
trackback

Pada pilihanraya kecil Penanti semalam, telah diumumkan bahawa calon PKR, Dr. Mansor Othman telah memenangi

Gambar Malaysiakini

Gambar Malaysiakini

pilihanraya kecil tersebut dengan unti 6052, majoriti sebanyak 5558 undi. Walaupun begitu, jumlah keseluruhan pengundi yang keluar mengundi hanyalah lebih kurang 7100 atau 46%.

Dengan peratusan yang rendah ini, UMNO boleh bergelak ketawa kerana mereka berjaya membuktikan bahawa mereka masih punya populariti yang tinggi dalam kalangan penduduk Penanti. Hal ini kerana pada PRU-12, bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Fairus Khairuddin menerima jumlah undi sebanyak 7346. Hal ini bermakna, seramai 1294 undi telah hilang daripada PKR dalam pilihanraya kecil ini. Harus diingat, DUN Penanti berada di bawah Parlimen Permatang Pauh, kubu kuat Anwar Ibrahim sendiri!

Diharapkan PKR tidak mempersalahkan calon-calon bebas kerana menyebabkan kehilangan undi, lagipun mereka semuanya sudah hilang deposit, janganlah ditambah kesedihan mereka dengan tuduhan-tuduhan liar. PKR harus memikirkan bagaimana untuk mengelakkan kehilangan undi ini berterusan. Pihak UMNO juga tidak harus dipersalahkan oleh PKR atas perbuatan mereka membawa ahli-ahli bersiar-siar pada hari mengundi, kerana jika mereka membenarkan ahli mengundi, UMNO pula akan dituduh menaja calon Bebas, Aminah Abdullah. Jadi, mahu buat apa pun, rasa serba salah dibuatnya mereka.

PKR harus meneruskan transformasi dalam parti, wujudkan budaya undur diri bila salah, seperti di negara-negara

Gambar China Press

Gambar China Press

maju. Elizabeth Wong telah menunjukkan caranya. Walaupun beliau tidak bersalah, dan teraniaya dalam gambar separuh bogel yang disebarkan meluas, beliau tetap mahu berundur bagi menjaga nama baik PKR yang beliau amat sayangi. Semoga Elizabeth dapat kembali semula menuntut maruah yang tercalar, dengan semangat baru. Begitu juga dengan wakil-wakil rakyat PKR yang lain yang tidak diyakini kredibiliti, bukan saya kata kesemuanya begitu, malah ramai wakil rakyat PKR yang menunjukkan prestasi baik dalam kerajaan negeri apabila diberikan tugas.

Perubahan sebegini harus dilakukan dengan segera, jika tidak PKR akan menjadi duri dalam daging kepada Pakatan Rakyat, dan berpotensi mengalami zaman kejatuhannya semula. Lupakah para ahli PKR dan wakil rakyat PKR zaman selepas PRU-11 tahun 2004. PKR hanya tinggal satu kerusi terakhir, iaitu di Permatang Pauh, itu pun dimenangi dengan majoriti sangat kecil sehingga kiraan semula terpaksa dibuat sepanjang malam. Saya kenang semula masa itu, sebagai igauan ngeri buat PKR yang pasti tidak mahu diulangi.

Berubahlah demi rakyat, dan memberikan imej bersih kepada rakyat. Bukankah dahulu PKR yang mengadakan pelbagai

Gambar Malaysiakini

Gambar Malaysiakini

demonstrasi untuk membersihkan kekotoran dalam negara? Bermula dengan Reformasi, di mana rakyat berarak di jalanan menggesa Mahathir melepaskan jawatan atas pelbagai kesalahan pecah amanah kepada negara. Kemudiannya Black 14, meminta keadilan diberikan kepada Anwar Ibrahim yang diseksa di dalam penjara. Selepas itu Bersih pada 2007, lautan kuning rakyat meminta keadilan dalam pilihanraya, dan akhir sekali perhimpunan anti-PPSMI yang memartabatkan bahasa ibunda etnik dalam Malaysia.

PKR merupakan parti yang telah menghadapi pelbagai dugaan sejak penubuhannya, dan seharusnya mampu menghadapi dugaan yang mendatang dengan lebih baik dan lebih kuat. Jadi, seharusnya PKR lebih “demand” dalam menerima ahli baru, bukan sekadar terima siapa-siapapun yang mahu menyertai tanpa banyak soal. Ahli-ahli mi segera ini yang mampu menggugat perpaduan dan keutuhan parti di masa akan datang. Janganlah kerana mahu akan manfaat jangka pendek, keutuhan parti digadaikan, lalu segala demonstrasi, kepedihan mata akibat terkena gas, siksaan di lokap polis, semuanya menjadi tidak berbaloi kerana parti sudah tidak dipercayai rakyat lagi.

Komen-komen»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: