jump to navigation

Reputasi istana tergugat lagi! Jun 1, 2009

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , ,
trackback

Seorang bekas model muda yang berkahwin dengan kerabat diraja negeri Kelantan telah melarikan diri ke Jakarta

Cik Puan Temenggung Kelantan

Cik Puan Temenggung Kelantan

melalui Singapura, untuk kembali ke pangkuan keluarga tercinta. Manohara Odelia Pinot, telah membuat pengakuan bahawa suaminya, Tengku Muhammad Fakhry Petra telah menyiksa beliau dengan teruk. Terdapatnya kesan seterika di dahi beliau, dan juga kesan luka di bahagian dada.

Wanita berusia 17 tahun itu berjaya tiba ke Jakarta dengan selamat walaupun tanpa dokumen, oleh kerana mendapat bantuan daripada imigresen Singapura dan kedutaan Indonesia dan Amerika Syarikat di Singapura. Selain itu, NGO Indonesia, dikenali Laskar Merah Putih juga turut dikatakan berperanan membantu Manohara melarikan diri daripada keluarga diraja negeri Kelantan.

Manohara turut mendakwa, telah membuat laporan kepada pihak berkuasa istana, dan juga PDRM, namun tiada tindakan yang diambil. Maklumat-maklumat ini baru diperolehi tengah malam semalam, dan seorang penulis blog yang rapat dengan istana Kelantan memberitahu bahawa semua tuduhan Manohara adalah satu pembohongan.

Kini, isu Manohara akan terus menjadi perbualan hangat, kerana sudah menjadi isu antara negara. Lebih malang lagi, sudah terdapatnya sentimen anti-Malaysia di Indonesia, dan pastinya cerita ini akan terus menimbulkan kemarahan para aktivis anti-Malaysia di sana. Isu ini juga turut mendedahkan realiti kehidupan di istana yang tidaklah seindah disangka, malah segalanya terlindung di dalam pagar.

Lalu apabila terjadi sebegini, siapa lagi mahu menyanyi, “Laju buaiku laju, aku mahu kahwin dengan anak raja”???

Saya baru sahaja menemui sebuah video di Youtube, temubual eksklusif antara media Indonesia dengan Manohara dan ibunya Daisy. Manohara dalam keadaan sangat tertekan, dan baru sahaja berjaya melepaskan diri ke Singapura.

Eksklusif! Kesaksian Manohara Odelia Pinot

Nilailah sendiri dan bandingkan maklumatnya dengan info di laman blog Truth Appeared, yang pemiliknya rapat dengan keluarga diraja Kelantan. Dalam blog ini, Daisy, ibu Manohara dilihat sebagai seorang yang berniat jahat untuk merosakkan hubungan perkahwinan antara Manohara dan kerabat Kelantan tersebut.

Komen-komen»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: