jump to navigation

Aktiviti menipu dalam peperiksaan, pernahkah berlaku di tempat anda? Jun 3, 2009

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , ,
trackback

Saya sedang menghadapi peperiksaan akhir semester Mac 2009, dan esok adalah kertas terakhir saya, iaitu subjek Basic Management and Marketing (Asas Pengurusan dan Pemasaran). Mungkin anda semua hairan mengapa pelajar kejuruteraan seperti saya mengambil subjek ini. Jawapannya adalah, kerana ianya disyaratkan oleh kolej untuk graduasi. Lagipun, seorang jurutera awam juga harus tahu aspek-aspek pengurusan kan?

Bukan tentang subjek tersebut yang mahu saya ceritakan, yang saya ingin ceritakan adalah mengenai aktiviti penipuan dalam peperiksaan. Di kolej saya, teramat ramai pelajar yang menggunakan pelbagai helah, semata-mata mahu skor dalam peperiksaan, kuiz, ujian mahupun tugasan atau “assignment”. Hari ini sahaja, para pengawas peperiksaan di kolej saya telah menemui beberapa orang pelajar yang membawa kertas atau disebut “toyol” untuk dijadikan rujukan supaya dapat menjawab soalan dengan tepat.

Di kolej saya ini, aktiviti menipu dalam peperiksaan seolah-olah tidak berkesudahan. Berlaku pada setiap semester, ramai yang sudah menemui padah, namun masih ramai yang tidak serik-serik, mungkin kerana tidak pernah “kantoi” lagi. Orang yang berada dalam kalangan ini selalunya rakyat tempatan, yang saya lihat lebih bijak dalam meniru dan menipu dalam peperiksaan berbanding pelajar asing yang kelihatan agak lurus bendul dan selalu terbongkar penipuan mereka.

Pihak kolej pula, terpaksa menukar peraturan peperiksaan setiap semester untuk menghadapi kerenah pelajar yang senantiasa mencari jalan untuk menipu. Misalnya kali ini, kebenaran keluar tandas hanya selepas 60 minit peperiksaan bermula, dan setiap pelajar hanya dibenarkan keluar ke tandas selama 5 minit. Bagaimana jika ingin membuang air besar? Mereka yang jujur pula akan menjadi mangsa peraturan-peraturan baharu ini.

Saya membayangkan juga, apakah kesan daripada aktiviti meniru, menipu dalam peperiksaan ini. Memanglah mereka seronok, boleh dapat PNGK tinggi, diskaun yuran pengajian daripada kolej dan juga MARA, juga penghargaan dari ibu bapa. Namun, adakah ianya berbaloi? Pastinya tidak, kerana semua yang diperolehi daripada menipu itu tidak berkat dan sah di sisi agama. Dalam agama yang kita anuti, iaitu Islam, dan juga sebarang agama pun, tiada istilah “matlamat menghalalkan cara”.

Lagipun, kita adalah pelajar-pelajar IPT yang bakal diperlukan oleh negara untuk terus maju. Jurutera misalnya, diperlukan untuk membina projek-projek pembangunan yang dibina untuk merancakkan ekonomi negara. Bayangkan sahaja, jika dengan menipu dalam peperiksaan, kita tidak akan dapat memahami konsep sebenar kaedah-kaedah dalam pembinaan, yang pasti akan membuat kita terleka atau terlepas pandang aspek-aspek yang penting untuk keutuhan struktur itu sendiri.

Selain itu, dengan menipu dalam peperiksaan juga, ianya akan berkembang menjadi satu budaya dalam diri seorang pekerja, dan membiarkan tabiat “tidak apa”  berleluasa, dan kelompok pekerja seperti ini pasti mampu menjadi “kambing hitam” yang bagus kepada para kontraktor,konsultan atau perasuah yang gila akan keuntungan dengan mengabaikan keselamatan orang lain. Mereka dengan mudah boleh disuruh, diarahkan atau disuap untuk membiarkan salah laku berterusan dalam satu-satu pekerjaan.

Dengan tabiat seperti ini, di manakah gelaran “juara dunia ketiga” negara kita, yang diagung-agungkan oleh bekas Perdana Menteri kita Tun Mahathir? Dengan menipu dan membiarkan salah laku berterusan, pasti orang luar tidak akan yakin lagi kepada kita suatu hari nanti. Ianya hanya bermula dengan sesuatu yang ringkas, iaitu “seekor toyol kertas” yang dibawa masuk ke dewan peperiksaan.

Oleh kerana saya ingin membantu dalam mengurangkan aktiviti meniru dan menipu dalam peperiksaan di kolej saya, KLIUC, saya ingin akan ulasan atau cadangan, atau mekanisme yang telah digunakan oleh pihak pengurusan IPT yang pernah anda masuki, dalam usaha mereka menghindarkan penipuan dalam peperiksaan. Sebarang komen, amat saya hargai.

Komen-komen»

1. zhuo - April 21, 2012

saya benci org yg menipu dalam kuiz test…tapi x apa walaupun PB mereka tinggi naik bukit..tapi final 23.4.2012 ini akan saya tunjuk kan kepada mereka???? siapa yg menipu x akan kemana?? tengok lah kawan saya dulu time secondary schol.He still dnt have the job or continues his study..padam muka!!!! but at psa i stii hate them totally boys n girls on my cLAS DEU3A STILL CHEATED ON XM QUIZ N TEST….HATE THEMMMMMMMMMMMMMM…..HOPELLY THEIRS, GET THE BERKAT FROM HIS /HER CHEATING…


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: