jump to navigation

Tragedi pembinaan, semakin kerap nampaknya. Jun 3, 2009

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , , ,
trackback

Dua tragedi dalam 2 minggu. Itulah yang berlaku, apabila minggu lalu, bangunan lama Jaya Supermarket runtuh, membunuh pekerja-pekerja yang terlibat dalam proses meruntuhkannya. Pada 2 Jun pula, bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak, Kuala Terengganu pula runtuh, merosakkan banyak kenderaan yang diletakkan. Mujurlah ketika itu tiada acara diadakan, jika tidak tragedi ini pasti akan jadi berita panas seluruh negara.

Di Petaling Jaya, Pasaraya Jaya adalah antara pusat aktiviti pertama yang dibina, dan menjadi tempat kegemaran ramai, sebelum pelbagai pusat membeli-belah yang baru dibuka di sekitar Petaling Jaya. Tambahan tingkat tanpa kebenaran, untuk dijadikan tempat letak kereta pernah menjadi isu pada tahun 90-an, namun kemudian senyap tanpa bicara. Lalu apabila bangunan tersebut diruntuhkan untuk membina pusat komersial baru, runtuhan berlaku dan menyebabkan penduduk berdekatan terpaksa berpindah.

Cara syarikat dilantik meruntuhkan bangunan juga dipertikaikan, kerana terdapatnya banyak jentera berat di atas bangunan, yang pastinya memberikan beban yang besar kepada struktur, dan menjadikannya lubuk maut buat pekerja yang bertugas dalam proses meruntuhkan bangunan. Saya terfikir, mengapakah tidak digunakan sahaja kaedah letupan untuk meruntuhkan bangunan Jaya Supermarket itu? Seperti yang kita lihat di saluran Discovery Channel, rancangan The Detonators yang memaparkan kaedah-kaedah yang digunakan untuk meruntuhkan bangunan tanpa menjejaskan keselamatan kawasan sekeliling.

Ketika proses meruntuhkan Flet Pekeliling di Kuala Lumpur, cara yang digunakan adalah meruntuhkan tingkat-demi-tingkat juga. Jadi, adakah para kontraktor ini mahu menjimatkan kos meruntuhkan bangunan, lalu meruntuhkannya tingkat-demi-tingkat? Jika begitu, jelas lagi bersuluh bahawa kontraktor ini hanya mahu membuat kerja mudah, tanpa memikirkan keselamatan penduduk sekitar yang lalu lalang atau mendiami kawasan berhampiran. Mungkin untuk membeli bom terlalu mahal, namun kita dapat lihat pembunuh Altantuya Shaaribuu dengan mudah sahaja mendapat bekalan bom C4 daripada Kementerian Pertahanan. Mungkin sikap bermurah hati Kementerian Pertahanan itu boleh diteruskan kepada para kontraktor yang bertanggungjawab dalam meruntuhkan bangunan.

Jadi, pada saya, kaedah letupan lebih patut untuk digunakan dalam meruntuhkan bangunan, untuk memastikan keselamatan sekeliling daripada runtuhan di luar jangkaan. Namun, kaedah ini boleh dikaji lagi, untuk memastikan struktur bangunan sekeliling tidak terjejas dan lemah. Dalam kes Jaya Supermarket, terdapatnya beberapa buah rumah di tepi bangunan yang runtuh itu, yang memerlukan penelitian sebelum kaedah letupan boleh digunakan.

Untuk kes Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, kita sendiri tidak mengetahui apakah yang menyebabkan bumbung runtuh, walaupun stadium tersebut baru sahaja siap kurang setahun lalu.  Pastinya pihak konsultan, kontraktor, dan sub-sub kontraktor mereka perlu bertanggungjawab memberikan penjelasan. Sebenarnya terdapat kerisauan mengenai struktur bumbung bangunan oleh jurutera terlibat, kerana bumbung yang dipesan dari luar negeri tidak tiba tepat pada masanya, menyebabkan pelan kecemasan perlu disediakan demi memastikan bangunan tersebut siap sejurus sebelum acara Sukan Malaysia 2008 yang lalu.

Walau apa pun alasan yang diberi, pasti kisah mengenai stadium ini

Struktur bumbung yang bengkok sudah merisaukan pihak JKR daripada stadium mula dibuka lagi.
Struktur bumbung yang bengkok sudah merisaukan pihak JKR daripada stadium mula dibuka lagi.

akan diperkatakan oleh pihak industri pembinaan, kerana tragedi yang berlaku tersangatlah awal berbanding masa bangunan tersebut siap dibina, iaitu kurang setahun. Saya juga bakal menjadi jurutera awam suatu hari nanti, pastinya saya akan dapat mengetahui sendiri punca-punca yang menyebabkan tragedi seperti ini, mungkin penjimatan kos yang melampau, keperluan untuk menyiapkan bangunan dengan cepat, atau kelekaan jurutera sendiri dalam memantau proses dalam pembinaan dan kekuatan struktur yang dibina.

Bumbung stadium yang kelihatan tidak kemas, telah mencurigakan penulis blog ~S.e.v.e.n~
Bumbung stadium yang kelihatan tidak kemas, telah mencurigakan penulis blog ~S.e.v.e.n~

Menurut laman blog MAMPAT.blogspot.com, terdapatnya kelemahan struktur bumbung di stadium tersebut, yang pasti sudah disedari oleh pihak Jabatan Kerja Raya. Bahagian bumbung walaupun sudah dikimpal, masih nampak bengkok pada pandangan kamera. Blog azlindajamalia.blogspot.com pula melaporkan, abangnya sendiri telah melaksanakan kerja rekabentuk stadium. Gambar yang beliau ambil  juga menunjukkan perkara serupa, bumbung yang kelihatan tidak kemas. Mungkin ini yang menjelaskan mengapa bumbung stadium ini runtuh, walaupun usia stadium ini sangatlah muda.

Semoga tiada lagi tragedi sebegini yang timbul selepas ini, walaupun hati saya berkata bahawa lebih banyak akan menyusul.

Komen-komen»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: