jump to navigation

Kenapa tiada terminal bas baru untuk ke Utara? Jun 4, 2009

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , ,
trackback

Saya menonton Edisi 7, jam 7 malam tadi. Ada satu laporan berita, tentang pengakuan kesilapan oleh Menteri di JPM, Nazri Aziz yang menarik balik katanya bahawa terminal bas baru di Bandar Tasik Selatan atau BTS akan digunakan untuk perjalanan bas ekspres ke semua kawasan. Beliau menjelaskan bahawa terminal BTS hanya akan digunakan untuk perjalanan bas ekspres ke selatan Semenanjung, iaitu Johor, Melaka dan Negeri Sembilan.

Terminal bas BTS juga akan dilengkapi 21 ruang untuk perlepasan bas, 18 ruang ketibaan bas, 31 ruang untuk teksi  jarak jauh dan 1372 ruang meletak kereta. Terminal bas BTS ini juga unik kerana terletak berdekatan dengan stesen KTM Komuter, LRT Aliran Ampang, dan KLIA Transit, menjadikannya lokasi yang sangat strategik untuk dibina sebuah stesen bas ekspres.

Apabila terminal baharu BTS itu siap kelak, jumlah bas ke Puduraya akan dikurangkan sebanyak 500 buah bas sehari. Terminal baharu untuk perjalanan ke Pantai Timur pula akan dibina di Gombak, manakala terminal baharu untuk perjalanan bas ke utara masih di peringkat cadangan dan proses melobi sedang dilakukan untuk dibina di Selayang.

Pada saya, perjalanan bas ke Pantai Timur tidak ada banyak masalah. Hentian Putra terletak berdekatan dengan Stesen KTM Komuter Putra, dan stesen LRT PWTC, manakala perjalanan ke Pahang pula di Hentian Pekeliling, yang juga terletak berdekatan stesen LRT dan Monorel Titiwangsa. Hentian Pekeliling tidaklah sesak, cuma jalan Tun Razak disebelahnya yang bermasalah kesesakan setiap hari.

Bagaimana pula dengan perjalanan ke Utara? Perjalanan ke Utara berkemungkinan akan terus menggunakan Hentian Puduraya dan Hentian Duta. Mungkin Puduraya akan kelihatan lebih tenang apabila bas-bas menuju arah selatan dipindahkan ke BTS. Itu merupakan suatu petanda yang baik, namun bas-bas yang kami akan naiki atau turun di Puduraya akan melalui kesesakan teruk sebelum berjaya tiba ke Puduraya. Keluar dari Puduraya pula, bas tetap akan mengharungi kesesakan sebelum dapat keluar dari Kuala Lumpur. Perjalanan untuk ke Utara tetap akan tergendala.

Hentian Duta pula, saya lihat tidak strategik langsung, kecuali kepada orang yang tinggal berdekatan. Saya juga terfikir, mengapakah hentian tersebut dibina di situ, jauh daripada laluan LRT/Komuter mahupun sebarang bas henti-henti? Saya fikir ianya idea yang tersangat tidak bijak ketika itu. Bersorak gembiralah para pemandu teksi dengan terbinanya terminal Hentian Duta ini.

Jika terminal ke Utara dibina di Selayang, diharapkan ianya dapat membantu penumpang bas sampai ke sana dengan mudah, jika boleh menggunakan LRT atau KTM Komuter. Jika ianya suatu lokasi yang jauh dari dua jenis pengangkutan awam ini, lebih baik gunakan saja Hentian Duta yang ada. Kesukaran pihak kerajaan sekarang mencari lokasi sesuai untuk terminal ke Utara amatlah dikesali, kerana ianya gara-gara perancangan tergopoh-gapah kerajaan terdahulu, yang kurang bijak apabila memilih lokasi seperti Hentian Duta untuk dibina perhentian bas.

Kesimpulannya, orang-orang Utara mungkin tidak mendapat terminal baharu, kerana kerajaan sangat lambat dalam menjalankan rundingan ke arah itu.

Plaza Rakyat....Terbengkalai begitu sahaja.

Plaza Rakyat....Terbengkalai begitu sahaja.

Entah sampai kiamat pun Puduraya takkan jadi seperti lukisan iti!

Entah sampai kiamat pun Puduraya takkan jadi seperti lukisan ini!

Jangan kata projek baru, projek lama Plaza Rakyat sebelah Puduraya “dah berjanggut” kita tunggu. Mahu tunggu Pakatan Rakyat berkuasa agaknya??

Komen-komen»

1. Firdaus Rosli - Mac 14, 2010

Sekarang Puduraya akan ditutup selama 4 bulan. Penumpang ke Selatan akan naik dari Hentian Sementara Jalan Hang Tuah, manakala penumpang ke Utara dari Hentian Duta sedia ada. Diharapkan rakan sesama Utara dapat bersabar dan pasrah sahaja dengan nasib yang tidak menyebelahi, dan cuba untuk cari pengangkutan alternatif ke Jalan Duta.

2. sayuri - Mei 2, 2010

salam..nak tanye nie,,lau dari utara..nak p kl..
akan turun kat ner??kat duta ker??alahai..

3. aman - Januari 28, 2011

balik2 org utara juga yg di pingirkan..

4. zaae - April 14, 2011

camana yer kalu nak gi hentian duta kalu kita dari bandar tasek selatan punyer hentian…

pengangkutan apa yang sesuai yer

Firdaus Rosli - April 14, 2011

Untuk ke Hentian Duta, anda boleh mengambil sebarang bas dari Bukit Jalil yang melalui Hentian Duta. Jika anda sudah mempunyai tiket, naikilah bas daripada syarikat bas yang sama (jika ada). Jika tiada, mungkin anda boleh berbincang dengan pemandu bas untuk minta budi bicara.

Hal ini kerana tiada bas henti-henti seperti RapidKL yang melalui Hentian Duta. Pilihan lain, teksi dari KL Sentral (tambang RM10 pada 2007, sekarang mungkin lebih mahal).

5. syamim - Mei 23, 2011

aduii..klaw dari hentian duta nk p hentian putra naek tksi tmbng mhal x??bpe kilomter dri duta ke putra??

6. Ajaduice - Februari 12, 2012

mungkin kerana bas ke selatan lebih banyak dari ke utara, kerana itu mereka mengutamakan selatan,tambahan rakyat singapura yg selalu ulang alik ke negara ini. apa yang saya lihat bas ke johor tidak pernah putus kerana penumpang yang ramai, saya rakyat johor kadang2 tidak dapat membeli tiket pulang kerana cepat habis.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: