jump to navigation

Mommy! Daddy! Jun 4, 2009

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , , , ,
trackback

Hahaha..macam pernah ku dengar ayat itu. Sebenarnya baru sahaja menonton satu drama dari Indonesia, Upik Abu dan Laura. Sehinggakan saya sendiri terpengaruh dengan dialog manja pelakon utama drama tersebut, Cinta Laura. Walaupun dikatakan “gedik”, lakonannya tetap saya gemari walaupun drama tersebut tidak saya ikuti pun. Sudahlah berlakon bagus, wajah juga ayu dan cantik.

Saya sengaja meletakkan maklumat ini, untuk memudahkan sesiapa kerabat diraja untuk mencari isteri baru. Mungkin juga dapat membantu Tengku Temenggung Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry untuk mencari isteri baru, gara-gara kehilangan cinta Manohara Odelia. Mungkin si Tough Lane, kawan baik Tengku Temenggung  juga dapat membantu dengan merisik Cinta Laura untuk dijadikan Cik Puan Temenggung yang baharu??

Cinta Laura Kiehl seorang aktres Indonesia yang berketurunan campur Indonesia dan Jerman. Beliau dilahirkan di Quakenbrück, Jerman pada 17 Ogos 1993 dan baru berumur 15 tahun. Seorang pelakon dan model iklan, beliau pernah membintangi 6 drama (atau “sinetron” dalam Bahasa Indonesia), yang terbaru Air Mata Cinta di saluran RCTI.

Antara iklan yang pernah dibintanginya pula ialah iklan Samsung, dan XL, syarikat telekomunikasi yang dikuasai oleh TM dari Malaysia. Pernah juga berlakon filem, iaitu Oh Baby pada 2008. Untuk perhatian Tengku Temenggung, Tough Lane dan Tengku-Tengku lainnya, ibu bapa Cinta Laura bernama Michael Kiehl dan Herdiana. Jadi, berurusanlah dengan mereka jika ingin melamar Cinta Laura.

___________________________________________________________

Pemandangan Gunung Jerai dari Pantai Merdeka

Pemandangan Gunung Jerai dari Pantai Merdeka

Okey, okey. Cukup Firdaus. Sebenarnya tulisan ini saya sengaja tulis untuk menggambarkan kerinduan saya kepada kampung halaman di Yan sana, dan juga keindahan alam semulajadi yang semakin susah untuk diperolehi kebelakangan ini.

Mendengar cara si Cinta Laura memanggil ibu bapanya, buat saya juga rasa terpanggil untuk bertemu ibu bapa sendiri. Pelik betul saya ni. Saya tidak pernah pun memanggil ibu dan bapa saya dengan panggilan “Mommy!”, “Daddy!” seperti Cinta Laura. Panggilan yang saya gunakan sama seperti anak-anak biasa, iaitu “mak” dan “ayah”.

Saya ingin pulang untuk merapatkan hubungan saya dengan ibu bapa dan adik-adik. Kebelakangan ini, kami kelihatan kucar-kacir sedikit kerana pelbagai masalah peribadi yang timbul. Saya berharap kepulangan saya ke sana akan menjadi sesuatu yang akan menggembirakan, bukan sahaja buat adik-adik saya dan ibu bapa, malah juga kepada diri saya sendiri.

Selepas cuti ini, saya akan mendapat pengalaman baru yang pasti menarik, menjadi fasilitator untuk program orientasi, juga menjadi pengerusi majlis dan digandingkan dengan seorang pengerusi majlis yang berpengalaman dan bagus. Saya tidak sabar untuk mendapat peluang sebegitu hebat.

Komen-komen»

1. cacinster - Jun 7, 2009

dik..
mesti ingat dalam hati ‘family 1st’..
masalah dalam keluarga memang takkan hilang tapi sentiasa ada..

2. hemart - Jun 9, 2009

artikelnya cukup menarik,perkenalkan saya dari indonesia, saya suka blog anda.
ikutilah blog kontes indonesia dengan hadiah-hadiah menarik, jadilah pemenangnya di indonesia blog kontes, daftarkan blog anda info di http://herbamart.blogspot.com


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: