jump to navigation

UMNO sanggup mencalarkan maruah orang yang tidak bersalah! Jun 4, 2009

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , , , , , , ,
trackback

Pada 2 Jun 2009, ADUN Paloh, Kelantan, Nozula Mat Diah telah membuat satu iklan permohonan maaf secara terbuka kepada calon Timbalan Presiden PAS, Husam Musa yang juga Exco Negeri Kelantan atas tuduhan yang tidak berasas mengenai skandal balak di Kelantan. Permohonan maaf secara terbuka itu, berjaya menyelesaikan kes saman Husam terhadap Nozula sebanyak RM 6 juta.

Walaupun tidak mendapat laba hasil saman yang dikemukakan, Husam tetap tenang dan menerima permohonan maaf daripada Nozula dan Adham Kechik, ADUN Bukit Bunga yang juga sahabat baik Nozula. Kedua-duanya dari parti UMNO-BN.

Bersalaman tanda perdamaian sesama Islam.

Tujuan artikel ini bukanlah untuk menghukum lagi Nozula yang sudah meminta maaf. Yang sudah itu sudah, buang yang keruh, ambil yang jernih. Namun, apa yang saya persoalkan di sini ialah sikap seorang wakil UMNO yang sepatutnya berdebat dengan Husam di rancangan Hujah TV9.

Ezam Mohamad Noor, kini seorang ahli UMNO yang giat mempertahankan pentadbiran kerajaan sekarang, telah menyebut soal kes tuduhan Nozula kepada Husam, iaitu kes rasuah balak di Kelantan, dan beliau menjadikan kes tersebut sebagai contoh untuk mengiyakan dakwaan beliau bahawa PAS yang parti Islam pun turut mengamalkan rasuah.

Jadi, apabila permohonan maaf, sehingga secara terbuka diberikan oleh Nozula, pasti Ezam rasa tercengang dan terkejut. Lebih-lebih lagi, beliau berseorangan di TV9, mengutuk Husam yang protes daripada hadir rancangan tersebut kerana ingin berdebat dengan seorang Menteri Kabinet, Zahid Hamidi, bukannya “katak yang suka bersumpah” yang bernama Ezam Mohamad Noor! Jadi, menggunakan kesempatan yang ada, Ezam secara membuta tuli mengutuk Husam, pastinya dengan niat menidakkan beliau berpeluang untuk memenangi jawatan Timbalan Presiden PAS dalam muktamar esok.

Sebenarnya, ramai yang berusaha menyekat kemaraan Husam dalam parti PAS, di mana mereka yang kerap membaca berita tentang PAS akan tahu siapakah mereka ini. Utusan lebih-lebih lagi, secara tiba-tiba menyokong kepimpinan ulamak dalam PAS, jelas fahaman mereka dangkal, kerana di dalam PAS orang yang profesional juga masih dipanggil Ulama’ jika berkebolehan menghuraikan soal agama dengan tepat dan tuntas. Husam salah seorang daripadanya.

Saya benar-benar menghargai Nozula dan Adhan Kechik yang tampil ke hadapan membersihkan imej seorang pemimpin pejuang Islam. Semoga dosa kalian juga diampunkan, dan diberikan hidayah daripada Allah untuk meninggalkan satu parti pemecah belah umat, iaitu UMNO. Akhirnya, biarlah sahaja “katak” seperti Ezam terus membela parti malang tersebut.

Kepada Husam pula, jadikanlah isu balak tersebut sebagai pengalaman berharga dalam menempuh karier politik anda yang pasti mencabar gara-gara kempen provokasi oleh media arus perdana, terutamanya Utusan Malaysia. Siapa pun pemenang jawatan Timbalan Presiden PAS, sama ada ulama’ atau profesional, semoga pemenang jawatan Timbalan Presiden PAS nanti mampu terus mengangkat martabat PAS kepada parti yang dihormati dan disegani di seluruh negara.

Semoga PAS dapat bertapak kukuh di Sabah di masa akan datang.

P/S: Ada kawan dari Sabah yang belum dapat lihat dengan jelas pengaruh PAS. Semoga PAS dapat menggiatkan kempen di Sabah untuk mengganyang kekuasaan politik adik-beradik Aman di sana.

Komen-komen»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: