jump to navigation

Krisis air menanti, mari kita sama-sama berjimat! Jun 12, 2009

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , ,
trackback

Di antara perkara yang paling menggusarkan rakyat Malaysia sekarang adalah kegawatan ekonomi, virus influenza A, insiden bangunan runtuh, dan yang terbaharu adalah krisis air yang bakal melanda banyak bahagian di negara ini jika iklim panas berterusan.

Pihak Jabatan Meteorologi Malaysia melaporkan bahawa Malaysia sedang menghadapi fenomena El Nino, di mana kemarau yang agak panjang akan berlaku, dan keadaan ini juga mampu mencetuskan jerebu, terutama di kawasan ibu negara Kuala Lumpur.

Jadi, sebagai langkah untuk mengurangkan kesan daripada krisis air ini, saya ingin berkongsi langkah-langkah yang saya gunakan atau yang pernah digunakan untuk menjimatkan penggunaan air.

1) Kurangkan mandi, hanya basahkan badan menggunakan tuala basah di waktu malam.

Saya sudah lama menggunakan kaedah ini, kerana bilik di rumah saya memang panas di waktu malam, jadi tidak berbaloi untuk mandi pada waktu malam. Sebaliknya hanya basahkan sedikit daripada badan untuk mendapatkan rasa yang nyaman.

2) Tadah air hujan untuk kegunaan mencuci kenderaan.

Memandangkan air hujan di negara kita tidak cukup selamat untuk digunakan untuk minum dan membasuh pakaian, apa kata air hujan (jika ada) digunakan untuk mencuci kenderaan. Kaedah ini juga dapat memanfaatkan hujan yang ada, dan menjimatkan belanja untuk mencuci kenderaan di tempat-tempat seperti “snow wash” dan sebagainya.

3) Kurangkan penggunaan mesin basuh dengan memenuhkan muatan setiap cucian.

Walaupun tinggal di rumah sewa dengan rakan-rakan, apa salahnya berkongsi menggunakan mesin basuh untuk mencuci pakaian. Lagipun, bukan sahaja air dapat dijimatkan, elektrik juga dapat dijimatkan, dan hubungan sesama ahli rumah dapat dirapatkan.

4) Lapik pinggan mangkuk dengan tisu atau plastik setiap kali makan.

Cara ini sudah lama digunakan oleh peniaga rojak atau pasembor di tepi-tepi jalan, untuk mengurangkan penggunaan air mereka. Plastik yang dijadikan lapik akan dibuang, dan pinggan mangkuk akan kekal bersih walaupun selepas digunakan banyak kali, tak perlulah untuk dibasuh.

5) Sentiasa pastikan diri berwudhuk (untuk orang Islam).

Setiap kali sembahyang, kita akan menggunakan paip untuk mengambil wudhuk, jadi kita akan menggunakan air paip untuk tujuan tersebut sebanyak 5 kali sehari, jika kita rajin sembahyang waktu. Apa kata kita ubah tabiat itu dengan memastikan diri sentiasa berwudhuk, dan hanya memperbaharui wudhuk selepas kecemasan, seperti membuang air besar atau kecil, atau terkentut, atau tersentuh staf berlainan jantina (Nauzubillah!). Jadi, kita juga dapat pahala besar, di samping membantu usaha menjimatkan bekalan air.

6) Sasarkan bil air sifar (bagi yang tinggal di Selangor)

Memandangkan Pakatan Rakyat telah memberikan anda 20 meter padu air percuma sebulan, apa kata kita bantu mereka dengan menggunakan jumlah air bulanan lebih rendah daripada itu. Lagipun, dengan membiasakan diri begitu, kita dapat menghukum Syabas yang ingin menaikkan tarif air, dan mungkin juga boleh membangkrapkan mereka, siapa tahu? Rumah saya misalnya, dengan 3 orang ahli, hanya menggunakan 7 meter padu air sebulan. Dari situ kami dapat menjimatkan perbelanjaan, biarpun sedikit. Jadi, semua boleh menjimatkan air sekarang dan selamanya kan?

Komen-komen»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: