jump to navigation

Kerajaan perpaduan: Persepakatan dicapai akhirnya Jun 22, 2009

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , ,
trackback

Tuan Guru Haji Hadi Awang juga jemu dengan BN yang suka kecoh soal kerajaan perpaduan...lihat sahaja muka beliau.

Tuan Guru Haji Hadi Awang juga jemu dengan BN yang suka kecoh soal kerajaan perpaduan...lihat sahaja muka beliau.

Sudah jemu dan letih kita mendengar soal kerajaan campuran dibangkitkan di sana sini, kemuncaknya di Muktamar PAS Ke-55 awal bulan ini. Usaha media massa berjaya menimbulkan kecelaruan yang nyata sesama pihak dalam parti PAS, dan juga lebih ketara dalam Pakatan Rakyat.

Tetapi, siapa kata hanya Pakatan yang bergegar? BN sendiri merasa tempias daripada perbuatannya tersebut, apabila parti komponen Cina’nya, MCA dan Gerakan membayangkan seolah-olah mahu keluar daripada BN jika cadangan kerajaan perpaduan itu menjadi kenyataan.

Namun hari ini, kenyataan bersama oleh pemimpin utama Pakatan Rakyat melegakan perasaan rakyat yang ragu-ragu dengan isu kerajaan perpaduan ini. Pakatan Rakyat berpendirian menolak sebarang bentuk kerajaan perpaduan bersama BN, dan bersedia menjadi “kerajaan menunggu” menjelang pilihanraya umum ke-13.

Seeloknya kenyataan ini dapat dilengkapkan dengan usaha-usaha meyakinkan mereka yang belum yakin akan kemampuan Pakatan Rakyat untuk memerintah negara suatu ketika nanti. Apa yang dikatakan sebagai “kabinet bayangan” eloklah dimulakan untuk menguji kemampuan pemimpin di dalam gabungan tersebut untuk memegang portfolio dalam kerajaan baru nanti.

Bagi parti PAS yang jelas kelihatan pergolakannya akibat cadangan ini, pendirian mereka jelas. Kepada mana-mana pemimpin yang masih bersungguh-sungguh mahu akan kerajaan perpaduan, lebih daripada dialog biasa dengan BN, dipersilakan sertai UMNO dengan sukacitanya. PAS sudah kuat dan dihormati, jadi hanya pemimpin yang sebulu dan istiqamah dengan matlamat PAS yang diperlukan untuk menjayakan cita-cita mendaulatkan Islam.

Pendirian PAS sangat jelas. Jika bersama BN dan UMNO, PAS hanya parti kedua di belakang UMNO, dan perkara tersebut tiada

Salah satu projek menipu rakyat, Zon Bebas Pelabuhan Klang. RM12 bilion wang rakyat dirembat.

Salah satu projek menipu rakyat, Zon Bebas Pelabuhan Klang. RM12 bilion wang rakyat di"rembat".

maknanya kepada perkembangan Islam dalam negara. Rasuah pasti berterusan, kebajikan rakyat terus diabaikan, aspirasi perubahan yang dikehendaki rakyat tidak dapat menjadi kenyataan.

Bersama Pakatan, PAS mampu mendaulatkan Islam dalam segala segi. Rakyat dapat memahami agama Islam yang bukan sahaja suatu agama, malah satu cara hidup yang sederhana dan adil. Perubahan yang diingini oleh rakyat dapat dijadikan realiti, bersama agama Islam yang sudah terbukti selama ribuan tahun lamanya sebagai satu amalan pemerintahan yang efektif.

Dengan persepakatan yang terjalin erat, pasti pihak lawan akan terus cemburu dan cuba sedaya upaya dengan segenap cara untuk menghancurkannya. Saya membayangkan akan terdapatnya usaha meruntuhkan perpaduan, dan seterusnya menjatuhkan kerajaan-kerajaan negeri yang diperintah oleh Pakatan.

Paling bahaya sekarang, Selangor. Semakin banyak program yang diusahakan untuk meraih hati masyarakat Melayu yang mampu menjadi “penyelamat” kepada BN sekarang. Yang bukan Melayu, yang profesional, ramai sudah “reject” Barisan ini. Yang tinggal hanyalah orang-orang Melayu yang tinggal di kawasan luar bandar.

Program di DUN Sementa, salah satu kawasan luar bandar di Selangor.

Program bantuan kemiskinan bandar di DUN Sementa, salah satu kawasan di Selangor oleh ICU Jabatan Perdana Menteri.

Kerajaan Persekutuan sudah lama mewujudkan Pejabat Pembangunan Negeri Selangor, untuk melaksanakan projek-projek Persekutuan di Selangor. Laman webnya boleh dilihat di sini, namun saya tidak pasti adakah laman web ini dikemaskini. Namun, program mereka harus kita perhatikan dan propaganda mereka perlulah ditangani.

Presiden UMNO juga telah mengambil alih Badan Perhubungan di Selangor, pasti beliau bersemangat meneruskan misi rampasan kuasa terbarunya selepas kejayaan di Perak pada awal tahun ini. Diharapkan Pakatan sentiasa “alert” dan berhati-hati dengan percubaan terdesak oleh mereka, dan terus yakin kerana ramai sudah menyokong Pakatan untuk merubah masa depan negara.

Untuk kesimpulan, saya saja cuba untuk berpantun, uji bakat sendiri. Bosan pula menulis esei panjang2 belaka.

Siapa mahu beli, belilah mahal-mahal okey…

Pergi mencari kuli batak,

Untuk bantu kenduri kendara;

Biar teruk dibasuh otak,

Pakatan tetap di hati semua.

Komen-komen»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: