jump to navigation

Perang harga MPV akan bermula. Jun 24, 2009

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , , , ,
trackback

Beberapa hari lalu, banyak gambar tersebar mengenai varian baru Proton Exora, iaitu B-Line atau “base line”. Ini strategi yang digunakan Proton untuk mengekalkan dominasi dalam segmen MPV tahun ini. Gambar-gambar di bawah diambil melalui telefon bimbit, ketika jurugambarnya sedang beratur untuk membayar tol di Jambatan Pulau Pinang.

exora-b-line-spy-1exora-b-line-spy-2

exora-b-line-spy-3exora-b-line-spy-4

Harga Proton Exora versi automatik, iaitu M-Line sekarang adalah RM69,888. Akan datang, akan muncul versi manual yang pasti lebih murah. Lagipun, ada yang berasakan bahawa Exora ini lebih mudah untuk dipandu melalui jalan yang sesak jika versi manual diperkenalkan. Harga MPV ini akan menjadi lebih murah jika varian B-Line ditawarkan nanti. Saya jangkakan harga Exora B-Line akan diletakkan sekitar RM60,000 hingga RM65,000.

exora-b-line-spy-5Kalau kita lihat pada rupa MPV versi asas ini, reka bentuknya kelihatan sangat ringkas dan kurang cantik dengan bumper berwarna hitam. Jika betul pun mahu kurangkan kos, gunakanlah warna bumper yang serupa demi memastikan MPV ini dapat mengekalkan gayanya. Rim pula, seperti yang terdapat pada Persona B-Line juga. Itu tiada masalah sangat.

Tujuan varian asas ini diperkenalkan adalah untuk menghadapi persaingan daripada Perodua yang bakal mengeluarkan juga model MPV mereka berdasarkan Daihatsu Boon Luminas/Toyota Passo Sette. Model MPV Perodua dijangkakan dalam lingkungan harga RM60,000 hingga RM70,000, dan pasti akan menjadi pencabar yang hebat kepada Proton Exora.

Selain daripada MPV daripada dua pengeluar tempatan ini, model-model dari pengeluar lain tidak mendapat sebegitu banyak perhatian, kecuali jika langkah-langkah dilakukan bagi menjadikan MPV keluaran mereka lebih baik dari segi harga.  Saya berharap kita ada pilihan ketiga untuk MPV, selain daripada keluaran Proton dan Perodua, supaya kita tidak bosan dengan persaingan antara dua syarikat kereta nasional ini. Mungkin Chery Eastar boleh menjadi pilihan ketiga?

Pada saya, pengenalan model-model MPV ini dapat mempertingkatkan hubungan keluarga dalam masyarakat Malaysia. Hal ini kerana kenderaan MPV telah menjadi kegemaran ramai bukan setakat pasangan berkeluarga, malah para eksekutif muda. Jadi apabila mereka menyedari terdapatnya ruang yang luas untuk membawa penumpang, pastinya lebih mudah untuk membawa saudara-mara atau ahli keluarga berjalan-jalan, terutamanya ketika musim perayaan.

Tidakkah itu suatu yang bagus? Sangat bagus pada saya, mungkin anda punya pendapat berbeza.

Komen-komen»

1. lie - Oktober 2, 2009

aku dah pening dengan 2 mpv ni.exora manual atau naza citra.citra ada semua favorite aku sunroof,2000cc,abs,ebd kecuali auto.hrga depa 2 ni.lebih kurang je.kalau ada sapa2 boleh advise aku.harap sangat ni………

2. Firdaus Rosli - Oktober 3, 2009

Kalau Exora manual, orang kata “underpowered”.
Tapi Citra pulak, dikata “makan minyak”.
Rondo okey tak?


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: