jump to navigation

H1N1, apa lagi selepas ini? Jun 25, 2009

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , , , , , , , , ,
trackback

Sebanyak 80 kes telah dilaporkan yang disyaki dijangkiti virus H1N1 influenza A di seluruh negara. Peningkatan kes pada minggu ini adalah sebanyak 400% berbanding minggu lalu. Justeru, kerajaan telah menggerakkan semua agensi berkaitan untuk bekerja semaksimanya untuk mengekang penularan virus berbahaya ini.

Sebanyak 4 sekolah telah ditutup untuk seminggu, dengan beberapa pertubuhan telah mula menunjukkan muka dengan sumbangan topeng muka, yang jumlahnya tidak seberapa pun kepada pelajar-pelajar sekolah.

Pengesan haba selalunya sukar untuk berkesan, kerana virus H1N1 mengambil masa untuk kesannya kelihatan.

Berita-berita utama melaporkan butir teperinci tentang pesakit, antaranya pesawat yang dinaiki dan nombor tempat duduk. Di setiap pintu masuk utama negara, pengesan haba dipasang agar pesakit yang mengalami suhu badan yang panas dapat dikesan dan diuji jangkitan H1N1.

Poster filem Transformers: Revenge of The Fallen, mula tayangan 24 Jun.

Proses kuarantin pesakit diadakan secara cukup terperinci, dengan mereka tidak dibenarkan melakukan aktiviti seharian seperti membeli belah, menonton filem Transformers: Revenge of The Fallen yang baharu saja muncul di pawagam, ataupun pergi ke kelas tuisyen untuk cuba mendapat 21 1A pada peperiksaaan SPM yang terakhir diadakan dengan sistem terbuka.

Dalam keadaan seperti ini, virus H1N1 mudah untuk tersebar.

Keadaan bas ini sangatlah sesak, amat berbahaya dari segi penularan penyakit.

Kementerian Kesihatan meminta agar sesiapa yang mempunyai kaitan dengan pesakit H1N1, seperti berada dalam satu kapal terbang, rakan sekelas, atau sama-sama berhimpit dalam bas RapidKL U40 ke Kajang, agar tampil ke hadapan untuk diuji jangkitan virus H1N1.

Pasti, tiada siapa pun yang sanggup untuk tampil ke hadapan, kerana tidak sanggup duduk diam dalam kuarantin tanpa melakukan aktiviti seharian.

Untuk menghadapi mereka yang mementingkan diri sendiri ini, Kementerian Kesihatan mengeluarkan amaran keras kepada sesiapa yang tidak bertindak mengelakkan orang lain daripada dijangkiti virus H1N1 yang berbahaya ini.

Semestinya amaran sebegini tidak akan berkesan.

Langkah yang lebih efektif perlulah dilakukan, selain daripada mengugut rakyat tak sudah-sudah.

Mahu berdemo, diugut.

Nak nyalakan lilin, pun diugut.

Mahu cipta rekod 21 1A dalam SPM pun diugut juga. Macam mana mahu hidup?

Cadangan saya begini:

  • Elaun harian diberikan kepada pesakit H1N1 yang dikuarantin, selain daripada makanan percuma dalam hospital. RM100 seharusnya okey.
  • Calon peperiksaan yang terpaksa dikuarantin ketika tahun perperiksaan mendapat sedikit keistimewaan pemarkahan dalam peperiksaan seperti UPSR, PMR, SPM dan STPM.

    Kasihanilah pelajar yang sudah terbeban dengan PPSMI, lalu H1N1 pula mengganggu tumpuan.

  • Sepanjang kuarantin, pesakit perlu diberikan akses kepada kemudahan hiburan yang mencukupi. Antaranya konsol Playstation 3 atau Nintendo Wii, DVD filem terbaru yang boleh diperolehi dari peniaga DVD haram, siaran Astro (semua saluran) dan bahan bacaan/tontonan khas bagi yang sudah dewasa (faham sendiri).
  • Telefon dengan penggunaan tanpa had bagi pesakit menghubungi orang tersayang dan juga untuk mengganggu orang yang dibenci.
  • Akses internet supaya pesakit yang bekerja dapat berkerja dari dalam sel kuarantin tanpa menjejaskan punca pendapatan mereka.

Jika ada cadangan tambahan, boleh kemukakan kepada saya.

10 cadangan terbaik, saya akan hantarkan e-mel kepada Menteri Kesihatan, Liow Tiong Lai.

Itu pun, jika dapat komen-komen mencukupi dari anda sekalian, para pembaca.

Komen-komen»

1. mademoiselle tq - Jun 25, 2009

wah.. kalau macam tu orang bukannya takut virus tu, lagi diorang nak kena penyakit tu adalah.. hahaha.. tapi cadangan2 tu bagus jugak bunyinya..

2. mademoiselle tq - Jun 25, 2009

tapi kn, kalau pesakit2 tu tengah demam, xde tenaga nak brgerak, mcm mane diorang nk gunakn dgn baik sume kemudahan2 tu? (itu pn kalau dpt)..
so cm rugi lak duit kerajaan..:-)

3. Firdaus Rosli - Jun 25, 2009

Betul juga kan, sebab kita sendiri pun tak tahu bagaimana keadaan pesakit ketika dikuarantin.

Tapi, berdasarkan berita, virus ini setakat ini masih boleh diubati kerana kita punya bekalan anti-viral yang mencukupi.

Ramai yang dikuarantin, dan kemudiannya dibenarkan bebas dari kuarantin tersebut. Jadi, masa kuarantin ini seharusnya boleh gunakan dengan sebaiknya sebelum dikeluarkan.

Lagipun, kadar kematian kerana virus ini masih rendah berbanding jumlah pesakit yang telah dijangkiti.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: