jump to navigation

100 hari Najib sebagai PM, bagaimanakah prestasi beliau? Julai 12, 2009

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
trackback

Tahniah Najib Razak, kerana sudah 101 hari berada di tampuk kuasa sebagai Perdana Menteri.

Tujuan tulisan ini, adalah untuk menyorot kembali apakah yang telah dilakukan oleh PM kita ini sepanjang 100 hari pertama pentadbiran. Sedikit analisis juga akan diberikan untuk setiap tindakan beliau tersebut, baik buruk tindakan tersebut kepada negara Malaysia dan hubungannya dengan dunia luar.

1) Pembebasan 14 tahanan ISA

– Tindakan ini dilihat sebagai cuba untuk meraih hati rakyat, terutamanya dari bangsa India dengan pembebasan tahanan-tahanan daripada Hindu Rights Action Force (HINDRAF). Jadi, tidak hairanlah penerimaan masyarakat India kepada beliau melonjak naik selepas tindakan tersebut.

2) Pindaan kepada Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)

– Tindakan ini sesungguhnya langsung tidak mengikut kehendak rakyat yang mahukan ianya dimansuhkan terus. Dalam tempoh 100 hari tersebut, rupanya ada juga tahanan baru ISA, selain dari 14 yang dibebaskan.

3) Pakej rangsangan ekonomi RM60 bilion

– Berbanding dengan negara-negara serantau, pakej ini tidak membawa kesan yang banyak kepada pasaran saham dan unjuran ekonomi Malaysia untuk tahun ini. Hal ini kerana sebahagian besar daripada RM60 bilion ini disediakan untuk jaminan kredit, jadi kesannya minima. Satu lagi yang merbahaya, pakej rangsangan ini menyebabkan defisit belanjawan Malaysia meningkat ke tahap yang lebih merisaukan.

4) Projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB)

– Projek yang diluluskan secara tergesa-gesa ini rupa-rupanya tidak sehebat dijangka. Manfaat yang diberikan hanyalah untuk vendor-vendor, kontraktor-kontraktor.

– Bagaimanakah dengan “Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan”? Seharusnya keutamaan lebih untuk memberikan rakyat, kelajuan capaian internet secara menyeluruh, tidak kira kawasan atau pakej yang dilanggan. Ini tidak, di kawasan Taman Sepakat Indah Kajang, kelajuan Streamyx maksima hanyalah 1Mbps, yang jelas tidak mencukupi untuk pelajar-pelajar di sini. Itu baru contoh satu tempat.

5) Liberalisasi Ekonomi

– Dengarnya macam sedap. Sasarannya adalah untuk menggembirakan bukan Bumiputera. Najib, anda salah! Sebahagian besar bukan bumiputera turut tidak bergembira dengan liberalisasi ini, kerana mereka juga sayang akan negara. Pembukaan pasaran kepada warga asing tidak akan membawa banyak manfaat kepada rakyat, malah lebih banyak syarikat akan mereka kuasai.

– Seharusnya liberalisasi dilakukan secara terkawal, di mana keutamaan perlu diberikan kepada modal tempatan, tak kira dari bangsa apa, supaya syarikat-syarikat penting kita tidak terlepas ke tangan orang asing.

6) Laluan Ketiga Malaysia-Singapura

– Tindakan ini membuka pekung Najib, bahawa beliau ini seorang yang sangat mudah tunduk kepada tekanan asing, terutama Singapura. Laluan ketiga yang dicadangkan, adalah laluan dari Singapura ke bahagian timur Johor. Apakah yang boleh diperolehi daripada laluan sebegini? Yang dirisaukan, kawasan tanah di timur Johor akan turut senasib dengan Iskandar Malaysia, yang dikuasai oleh pelabur Singapura jika cadangan ini direalisasi.

Janji tinggal janji, hanya pada Julai 2009 baru keputusan mengenai PPSMI dibuat.

Janji tinggal janji, hanya pada Julai 2009 baru keputusan mengenai PPSMI dibuat.

7) Pemansuhan PPSMI

– Perkara ini mendapat respons pro dan kontra daripada rakyat. Tambahan pula, pihak pejuang bahasa juga masih belum berpuas hati dengan tempoh pemansuhan dasar ini, iaitu pada 2012 yang dikatakan terlalu lambat. Pada saya, tempoh 3 tahun sebelum 2012 adalah sesuai untuk pelajar dan tenaga pengajar menguasai semula sukatan dalam Bahasa Melayu dan bahasa kaum lain.

– Mungkin ramai membandingkan tindakan Najib ini dengan tindakan Mahathir yang dengan kelam kabut terus memutuskan untuk PPSMI dalam masa hanya setahun. Pandangan saya adalah: Najib bukan Mahathir, he’s lesser among the two evils. Namun, kita harus melihat perkembangan seterusnya, mungkin ada kejutan lagi dalam isu ini selepas ini.

8 ) Kekalahan di Pilihanraya Kecil Bukit Gantang, Bukit Selambau, Penanti, (dan mungkin Manek Urai)

– Kekalahan buruk ini memperbetulkan persepsi orang-orang tertentu seperti Encik Dali dari Putrajaya, bahawa “dengan orang yang lebih berketrampilan dari Pak Lah sebagai PM, pasti BN dapat memenangi semula hati rakyat”. Nampaknya persepsi tersebut jelas menyimpang, apabila kekalahan demi kekalahan membadai BN, malah dengan magnitud lebih teruk. Namun, soal selidik terbaru Merdeka Center perlu diberikan perhatian, kerana sudah 60% responden menerima kepimpinan Najib. Walaupun dikatakan statistik menyimpang, waspada perlu terus ada.

9) Krisis Perak

– Najib mengaku dirinya sebagai mastermind rampasan kuasa Perak, apabila muncul bersama 3 wakil rakyat dari PR yang mengisytiharkan sebagai Bebas dan condong kepada BN. Bapa saya berkata perkara itu sah, dan jika Anwar Ibrahim melakukan serupa, ianya tidak sah.

-Jelas bapa saya terlalu banyak membaca Utusan. Sebenarnya apa yang diminta Anwar ketika krisis 16/9/08, adalah proses pertukaran kerajaan yang lancar, dengan usul tidak percaya di Dewan Rakyat dan dengan persetujuan speaker Dewan Rakyat dan kerjasama dari Perdana Menteri ketika itu, Pak Lah. Kemudiannya, Anwar turut mencadangkan pembubaran Parlimen untuk menstabilkan politik negara. Semua itu tidak dilayan. Dah nampak bezanya dengan krisis Perak?

– Di Perak, 3 ADUN PR di”hilang”kan selama seminggu sebelum muncul bersama Najib. Kemudian, dibawa berjumpa Sultan Azlan Shah. Selepas itu, tanpa undi tidak percaya dari DUN, Zambry ditabalkan sebagai Menteri Besar. 7 Mei pula, Speaker dihalang daripada mempengerusikan sidang, dan dicampak keluar dari Dewan. Mesti Pandikar Amin tak mahu PR buat perkara yang sama kan?

– Sekarang, kesan dari krisis Perak mula muncul satu-persatu. Pertama, krisis pengambilan tanah untuk projek Landasan Berkembar KTMB. Kedua, masalah dalam Persatuan Bolasepak negeri Perak. Siapa yang perlu dipersalahkan dengan rampasan kuasa? Takkan Nizar yang salah? Sidang DUN Perak pun, nampaknya sudah lebih 2 bulan tidak diadakan gara-gara pergolakan politik yang tidak sudah-sudah.

Kesimpulannya, masih banyak yang perlu diselesaikan oleh Najib sebelum beliau mampu berkata “Aku pewaris bapaku, Tun Razak!”.

Tun Razak sangat dihormati dan disanjung rakyat sehingga kini, simbol perpaduan dan semangat rakyat untuk meningkat maju. Dihormati oleh kawan dan lawan, dari seluruh pelosok dunia.

Saya ragu-ragu bahawa Najib boleh melakukan yang serupa.

Komen-komen»

1. Adawiyah Juzailah - Julai 12, 2009

Kenapakah Najib mentadbir negara kita? Adakah kerana terpaksa, ikhlas atau atas dasar kuasa? Wallahua’lam. Atau adakah kerana orang2 bawahannya yang tidak mengenali job scope mereka.

Saya masukkan sedikit unsur MPP dalam pentadbiran negara ya.

Kalau ketua tak bagi arahan, orang bawahan takkan tau apa nak buat. Kalau orang bawahan tak tau nak buat apa, kerja takkan terbuat. Kalau orang bawahan ambil inisiatif, nanti dipanggil gila kuasa pula.

Wallahua’lam~

Anyway, all the best to you all. Saya akan menyokong anda semua dalam pilihanraya kampus nanti.

2. Adawiyah Juzailah - Julai 12, 2009

By the way, saya ada link blog Firdaus dalam blog saya. Nanti Firdaus pun linkkan blog saya dalam blog Firdaus ya. Haha. Thanks.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: