jump to navigation

Intimidasi berterusan! Julai 14, 2009

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , , , , , , ,
trackback

Memetik laporan The Sun hari ini, 14 Julai.  “Fail 7 Wakil Rakyat PR Selangor Dirampas SPRM”.

Wakil Rakyat terlibat adalah:-

  • Teresa Kok, Kinrara, DAP
  • Elizabeth Wong, Bukit Lanjan, PKR
  • Edward Lee, Bukit Gasing, DAP
  • Hannah Yeoh Tseow Suan, Subang Jaya, DAP
  • Dr. Cheah Wing Yin, Damansara Utama, DAP
  • Ean Yong Hian Wah, Seri Kembangan, DAP
  • Lau Weng San, Kampung Tunku, DAP

Ketujuh-tujuh mereka adalah ADUN yang sangat popular di kawasan masing-masing, kerana khidmat bakti yang dijalankan secara aktif. Tak percaya, tanya masyarakat di tempat-tempat ini.

Fail yang dirampas SPRM adalah fail peruntukan perbelanjaan bagi setiap kawasan yang diwakili mereka, dirampas di Pejabat Daerah Petaling.

Wakil-wakil rakyat yang terlibat telah meluahkan mengenai hal ini dalam sidang Dewan Negeri Selangor semalam. Salah seorang daripadanya adalah Teresa Kok, yang telah mendermakan RM10,000 untuk sistem siaraya untuk sebuah masjid di kawasan beliau.

Beliau memberitahu bahawa ahli-ahli jawatankuasa masjid telah disoal siasat secara terperinci oleh SPRM tentang pemberian sistem siaraya tersebut, lebih daripada sekali.

Teresa mempersoalkan motif tindakan SPRM, yang seolah-olah cuba mempertikaikan segala yang dilakukan beliau, hatta dalam hal membantu rakyat di kawasan sendiri.

Pada saya, pemberian bantuan kepada rakyat adalah satu perkara biasa, malah lebih kerap dilakukan oleh kerajaan BN sekarang lagi. Jangan ceritalah tentang RM1 juta untuk sekolah Cina yang sudah maju di Bukit Gantang, janji jambatan Manik Urai, dan pelbagai lagi janji yang menggunakan wang secara yang lebih melampau.

Mengapa tidak disiasat kes rumah istana Khir Toyo? Mungkin harganya tidak sampai RM24 juta pun. Tapi jika seorang bekas MB dengan gaji hakiki yang telah diperolehi, mampukah membayar RM3.5 juta untuk rumah yang beliau miliki itu, sehinggakan mendapat pinjaman dari luar negara?

SPRM, memang dah melampau dan bertindak secara berpilih. Sangat mengecewakan, dan memalukan.

Sudahlah sebelum ini menyiasat kes lembu MB Khalid Ibrahim, kini tiba-tiba menyiasat peruntukan wakil-wakil rakyat PR Selangor.

Dunia, dunia. Yang terang-terang rasuah, jenayah, tak pandang pun. Orang buat baik pula dipandang serong dan dihukum.

Sudahlah SPRM, tiada yang yakin dengan anda sekarang. Anda mungkin senjata pembunuh ciptaan BN untuk membunuh karier wakil-wakil rakyat PR.

Tapi ingatlah, senjata inilah yang akan memakan penciptanya sendiri, iaitu BN yang tidak bertanggungjawab!

Komen-komen»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: