jump to navigation

Keganasan Xinjiang, apakah yang kita boleh lakukan di Malaysia? Julai 14, 2009

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , , , , , , , , , ,
trackback

Peta wilayah Xinjiang. Lokasinya agak merbahaya, berdekatan dengan negara bergolak seperti Afghanistan dan Pakistan.

Minggu lalu, siri rusuhan kaum yang sangat teruk telah berlaku di bandaraya Urumqi, wilayah Xinjiang, China. Apa yang dikatakan sebagai perebutan kepentingan ekonomi antara kaum Cina Han dan minoriti Uighur, telah merebak menjadi satu rusuhan kaum yang sangat mengerikan.

Polis dan Tentera China dikatakan bertindak secara kejam kepada para perusuh.

40 tahun lalu, ianya berlaku di sini, di negara kita tercinta, pada tarikh 13 Mei.

Seorang rakyat dari etnik Han yang cedera, dan mendapat rawatan dari seorang doktor dari minoriti Uighur.

Menurut laporan-laporan berita yang saya baca, minoriti Uighur berada dalam keadaan ketidakadilan dari sudut peluang ekonomi. Keadaan ini sangatlah bertentangan dengan konsep ekonomi sosialis yang diamalkan oleh negara China.

Berdasarkan model ekonomi sosialis, setiap yang bergelar rakyat mendapat peluang sama rata untuk maju, di mana yang lemah dibantu dan pihak yang kuat dipertanggungjawabkan untuk membantu yang lemah agar wujudnya keadaan kesepaduan di dalam negara.

Saya yakin, bahawa yang silap dalam perkara ini bukannya etnik Cina Han mahupun minoriti Uighur. Yang silapnya adalah kerajaan komunis China yang sibuk melaung-laungkan ungkapan sosialis, namun tidak diamalkan dalam erti kata sebenar.

Perusuh bertindak merosakkan kenderaan polis.

Seluruh rakyat China pasti dapat merasakan ketidakadilan wujud dalam urusan mereka dengan kerajaan. Dalam krisis di Xinjiang ini, kerajaan China telah melakukan silap besar dengan menyekat akses dan penyebaran maklumat dari kawasan kejadian rusuhan. Malah, solat Jumaat juga tidak dibenarkan minggu lalu! Apakah yang mereka takutkan?

Mayat mangsa pergeseran kaum bergelimpangan.

Alhamdulillah, rusuhan telah selesai dan tamat, walaupun kadar kematian tersangatlah tinggi dari kedua-dua pihak yang bertelagah. Sekarang, tinggal kerajaan China pimpinan Hu Jintao yang perlu bertanggungjawab menstabilkan keadaan dengan kembali kepada dasar sosialis mereka bagi membangunkan masyarakat tanpa mengira etnik.

Di kala keganasan tercetus di China, apakah yang dilakukan oleh rakyat Malaysia?

Apa kata PM kita tentang isu ini?

Pemimpin kita membisu seribu bahasa, seolah-olah begitu takut dengan negara komunis tersebut, bagai pijak semut tak mati.

Di negara kita, berani pula mereka menjerit-jerit

Saya mahu cari buku ini untuk lebih faham tentang pergerakan PKM. Di mana ada jual?

Saya mahu cari buku ini untuk lebih faham tentang pergerakan PKM. Di mana ada jual?

bahawa Chin Peng itu pengkhianat negara! Dasar talam dua muka!

Apabila mereka berkata negara kita sebuah negara Islam, seharusnya Malaysia menunjukkan contoh baik dalam penyelesaian masalah antara masyarakat Islam dengan masyarakat agama lain di seluruh dunia. Benar, dasar satu China itu masih boleh diterima di Xinjiang, asalkan keadilan ekonomi dan sosial diberikan kepada semua.

Bukankah sejarah membuktikan tamadun China memberi peluang kepada semua rakyatnya untuk maju ribuan tahun dahulu?

Najib Razak yang memulakan karier PM dengan melawat China, turut senyap dalam kekecohan ini. Di Malaysia, sibuk berbaik dengan PAS untuk kerajaan perpaduan, demi kepentingan Melayu, Islam. Pergilah tengok dulu apa yang berlaku di China yang dikatakan sahabat baik kita itu, baru fokus perpaduan di negara sendiri.

Komen-komen»

1. Satu Malaysia - Julai 19, 2009

Nak cari buku Chin Peng, carilah di MPH Books.

2. Firdaus Rosli - Julai 19, 2009

Terima kasih atas jawapan.
Insya Allah saya akan cari bila dapat elaun hujung bulan ni.
MPH cawangan mana yang awak pernah lihat?
Gempak juga blog Satu Malaysia eh..;-)

3. zabri mokhtar - Ogos 31, 2010

Salam Firdaus,
Berita menarik..
tq


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: