jump to navigation

Saya dah kata, Exora memang boleh jadi gempak! Julai 19, 2009

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , , , ,
trackback

Bagi menarik para eksekutif muda, agar tidak berasa malu memandu sebuah kereta “besar gedabak” seperti Proton Exora, para jurutera dan pereka Proton dalam proses untuk menyediakan satu versi Exora, iaitu Proton Exora Prestige.

Apa yang lebih menarik, Proton Exora Prestige juga mempunyai enjin turbo yang memastikan prestasi dan pecutan maksimum serta respons lebih pantas.

Untuk mendapatkan maklum balas daripada masyarakat, mereka telah mendedahkan versi Exora ini dalam seminar “Di Sebalik Tabir Proton Exora” di Universiti Putra Malaysia. Gambar di bawah, terima kasih kepada blog-blog berikut:-

Dari PaulTan.org:

Nampak berkilau semacam je kan? Teringin pulak nak tengok dalam enjin.

Masih menggunakan enjin CamPro 1.6, ditambah dengan turbo, memang nampak hebat luar dan dalam.

Tak nak tengok ruang dalam kereta ke?

Cantik kan? Kerusi kulit, dan juga sistem GPS.

Okey, ini gambar dari HitzCity.com

Kerusi di bahagian belakang juga selesa, seronok anak-anak atau rakan-rakan naik.

Tak lupa, sebuah TV untuk hiburan penumpang belakang. Sedap layan filem-filem terbaru ni…

Sebelum cerita panjang, ini dia bahagian belakangnya yang “stylo”, kata orang-orang muda…

Okey, kita pergi ke butir-butir teperinci.

Perkara-perkara yang ditambah di kereta konsep Proton Exora Prestige.
Luaran:

  • Gril bumper depan dengan sayap berkembar
  • Lampu kabus krom keliling (wrap around)
  • Bibir depan direka khas dengan “splinner” lebih rendah (maksud “splinner” tidak ditemui di kamus Wordpower Oxford)
  • skirting” depan direka khas dengan lampu bawah LED
  • apron belakang yang direka khas dengan empat paip ekzos bersepadu
  • spoiler bumbung belakang rekaan khas
  • acuan pelindung tepi krom yang dibuat khas
  • potongan cermin krom buatan khas
  • lampu belakang yang jelas dengan kesan pengasapan khas
  • cermin gelap keliling
  • rim 18 inci dengan tayar siri 225/40

Dalaman :

  • Pemain DVD dengan sistem navigasi satelit bersepadu untuk pemandu
  • Cermin pandang belakang dengan LCD kamera undur bagi pemandu
  • Kerusi VIP direka khas dengan pengalihan menggunakan elektrik, sistem mesej dan meja bekerja
  • Lampu membaca digantung di bumbung dengan cermin untuk wanita
  • Ruangan peribadi di tengah dengan TV LCD 19 inci, ruang penyejuk, tempat merehatkan kaki, pemain DVD dengan dekoder 5.1 saluran, speaker yang mantap dan subwoofer kembar 8 inci
  • Interkom terus dari pemandu ke pemumpang belakang

Jika difikirkan, agak melampau juga spesifikasi Exora Prestige ini, harganya boleh dibayangkan sahaja. Boleh jadi RM200,000, hanya golongan Exco negeri BN dan pegawai-pegawai Persekutuan yang berkemampuan memilikinya.

Diharapkan Proton dapat menyediakan Exora Prestige ini dengan spesifikasi lebih munasabah untuk membantu eksekutif muda membelinya, dan pastikan harganya berada di antara aras RM90,000 hingga RM115,000 sahaja agar ianya mampu-milik.

Spesifikasi yang telah dibuat ini, bolehlah digunapakai untuk kereta milik VIP, atau sesiapa yang berasa dirinya mampu.

Tak sabar untuk menempah? Sabarlah, kerana Exora Prestige hanya dijangka berada di pasaran pada penghujung tahun 2010 hingga pertengahan tahun 2011. Hal ini mungkin kerana Proton perlu menguji dengan lebih kerap enjin turbo untuk kereta ini, di mana ianya satu perkara pertama dalam sejarah Proton sebagai pengeluar kereta.

Proton Exora Prestige ini telah dijual kepada VIP terpilih yang telah menempahnya. Jadi, untuk kita semua, melepaslah lagi ya….

Komen-komen»

1. Adawiyah Juzailah - Julai 20, 2009

Kalau beli kereta ni, rupanya ia Transformers… Haha.
Tapi Proton bagus juga. Berani manufacture enjinnya tersendiri. Ada usaha untuk memantapkan industri automobil di Malaysia. Lepas ni cubalah buat kereta yang tidak perlukan petrol pula. Kata nak elakkan pencemaran alam, huhu.

2. easybank - Julai 26, 2009

Tak sabar nak tengok proton prestige ni. Tapi kalau Proton buat RnD untuk cc lagi besar pun ok gak. Turbo minyak dia mencanak-canak…

3. Aki - Julai 31, 2009

Cun memang cun! Jual lah versi ni tapi bwh Rm100K.. pasti ramai berebut nak beli!

Firdaus Rosli - Ogos 5, 2009

Hurm..permintaan tu perlu diajukan pada proton.
Namun, personal opinion, RM110,000 harga yang sesuai.
Enjin pun turbo kan..takkan la kita nak Proton kesayangan yang dah buat kete gempak ni bankrap..

4. mat lee - September 16, 2009

aku tak paham apasal proton sanggup kompromi dengan mutu dashboard/bahan palstik dalaman exora.cuba test scratch sikit plastik kat pintu atau lapik bawah tepi pintu..
aku dah test 3-4 biji exora dah..mutunya..??
tak ubah macam keropok garing……..dek sbb tu je aku kensel nak beli.kalu stakat pakai sebulan dua mgkin aku tak kisah..tapi kalau 7-8 tahun nak pakai..buat sakit mata je…c’mmon proton..guna le plastik yg ada gred skit…jenis2 gred tupperware pun ok le….

5. jin - Mei 10, 2010

seken row electric seat tu….

6. KaKA - Januari 25, 2012

aku bkn benci proton,,tapi pengalaman lalu wat aku jauh dari prton..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: