jump to navigation

Apa salahnya ceritakan sejarah hidup Yasmin Ahmad? Julai 28, 2009

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , , , ,
trackback

Takziah diucapkan kepada keluarga Yasmin Ahmad, seorang pengarah terkemuka yang baru sahaja meninggal dunia 25 Julai lalu. Karya-karya beliau, kebanyakannya dalam bentuk filem dan iklan selalu berjaya dalam meruntun perasaan penonton, dan menyemarakkan kemunculan pengarah-pengarah baru dengan idea kreatif yang pelbagai. Beliau telah memenangi pelbagai anugerah daripada festival-festival filem di dalam dan luar negara.

Seperti biasa apabila seseorang tokoh meninggal dunia, akan ada biografi tentang kisah hidup beliau, dan jasa yang beliau telah curahkan sepanjang hidup sebagai seorang insan, khalifah di muka bumi. Begitu juga dengan Yasmin Ahmad. Sebuah akhbar tabloid, Kosmo! telah memaparkan kisah zaman muda Yasmin, yang menggunakan nama Zulkifli Ahmad ketika itu dengan tajuk “Dari striker bola kepada pengarah tersohor”.

Kehebatan beliau ketika itu terserlah, Naib Juara Bintang RTM 1975, dan juga seorang penyerang pasukan bola sepak negeri Melaka. Kemudiannya, selepas beberapa tahun, beliau muncul sebagai Yasmin Ahmad, seorang pengarah iklan dan filem yang sangat terkenal dan diminati oleh seluruh lapisan masyarakat.

Rencana dari Kosmo! itu mendapat kritikan daripada Marina Mahathir, seorang aktivis hak wanita. Marina menyifatkan Kosmo! sebagai “makhluk yang hina” dan telah mengecewakan keluarga Yasmin.

Mungkin sesiapa yang memperjuangkan hak-hak wanita tidak akan bersetuju dengan kata-kata saya selepas ini. Saya mohon maaf kepada sesiapa yang akan tersentuh.

Pada saya, setiap insan yang terkenal boleh dijadikan teladan yang baik dalam kita menempuh kehidupan di dunia yang singkat ini. Apa yang baik daripada beliau, kita boleh ambil dan jadikan contoh sesuai dalam kehidupan. Manakala apa yang buruk daripada beliau, boleh kita jadikan sebagai iktibar supaya kita tidak mengulangi kesilapan serupa.

Kita tidak tahu, apakah motif Kosmo! dalam menulis laporan sebegitu. Namun, kita harap agar mereka ikhlas, kerana Allah, dengan tujuan untuk memotivasikan masyarakat semata-mata. Bukannya untuk memalukan atau mengaibkan si mati yang sudah berjasa menghiburkan dan mendidik nilai-nilai baik kepada masyarakat.

Jika laporan yang dipaparkan Kosmo! itu tidak benar atau tidak berasas sama sekali, pihak keluarga Yasmin pasti tahu apa yang perlu dilakukan. Gunakan saluran yang ada, mahkamah dan media massa untuk menjelaskan keadaan sebenar dan menjernihkan keadaan. Media massa kita pastinya terbuka dalam membicarakan perkara berkenaan personaliti hiburan berbanding soal politik dan isu semasa.

Pasti Yasmin sebagai insan pintar yang pernah menerbitkan pelbagai karya kreatif mengetahui kesan baik buruk daripada setiap perkara yang dilakukannya sepanjang hayat 51 tahun beliau. Sebagai seorang yang berani, selama ini beliau tidak segan silu dalam menghadapi kritikan dan cemuhan daripada pihak-pihak yang tidak senang dengan hasil kerja beliau.

Oleh kerana itu, kita bebas dalam berbicara soal insan hebat ini, dengan mengekalkan dalam ingatan bahawa hasil kerja beliau pernah menghiburkan kita, terutama iklan-iklan di musim perayaan. Jangan berhenti menyiarkan karya beliau, seperti filem iklan, walaupun berulang kali, atau dikatakan bosan kerana tiada karya baharu. Pasti dalam setiap hasil kerja beliau itu, terdapatnya mesej baik yang ingin disampaikan, terutama dari segi perpaduan kaum yang kelihatan semakin rapuh akhir-akhir ini.

Pasti selepas ini, akan bercambahnya pelbagai lagi perbincangan, dialog atau forum berkenaan seorang insan istimewa bernama Yasmin Ahmad. Semoga apa yang beliau lakukan sepanjang jangka hayat 51 tahun dapat dijadikan teladan dan pengajaran oleh setiap insan, bukannya dijadikan bahan ketawa mahupun cemuhan, kerana kita sendiri belum tahu berapa lama lagi hidup setiap seorang daripada kita, yang mana selepas itu, kita pula yang akan dinilai jasa dan perbuatan sepanjang hayat kita.

Komen-komen»

1. Adawiyah Juzailah - Julai 28, 2009

Al-Fatihah buat beliau. Beliau memang berbakat dan sangat mampu menyampaikan mesej-mesej yang amat bermakna dalam filem-filemnya. Ana juga harap bahawa motif Kosmo! juga bukanlah untuk memburukkan beliau tapi hanya ikhlas dalam menerbitkan laporan itu untuk menunjukkan bahawa Yasmin Ahmad bukan sahaja berbakat dalam pengarahan filem tapi juga dalam bidang nyanyian serta bola sepak. =)

Semoga Allah merahmati dan memberkati roh Yasmin Ahmad. Amiin ya rabbal ‘alamin…

2. hawke - Julai 28, 2009

Al-Fatihah buat allahyarham. Semoga cerita sebenar beliau akan menjadi teladan buat yang masih hidup. Siapapun kita, walau apapun kita, kita akan kembali padaNya dan segala-galanya akan dihitung. Allah jua yang maha mengetahuinya.

3. hajirikhusyuk - Julai 28, 2009

salam…

berhati mulialah terhadap sesama insan, jangan kau kira engkau sahaja yang hebat, Allah lah yang lebih hebat…

http://www.hajirikhusyuk.wordpress.com

Adawiyah Juzailah - Julai 29, 2009

Allah Maha Besar dan Allah Maha Mengetahui. Sesungguhnya Allah Maha Penyayang. =D

Marilah kita semua memuhasabah diri dan bersangka baik antara sama lain. Allahuakbar~~~

Semoga Allah merahmati kita semua di dunia mahupun akhirat. Amiin~~~

4. shafifah - Julai 30, 2009

Malam Aspirasi Generasi Salahuddin – Pidato Perdana

Jadual Pengajian Ilmu bagi Bulan Julai-Ogos 2009

5. 4sudut - Julai 31, 2009

salam kenal…saya tunggu kunjungan baliknya
http://sudutp4nd4ng.wordpress.com

6. suhaimi - Julai 31, 2009

aku x setuju dengan ko firdaus rosli hahaha pdot sumpah aku x setuju ngan perspektif ko ni

7. 4sudut - Ogos 1, 2009

nilah..Penulis Blog Bushro yang mengaku Noordin M Top
http://sudutp4nd4ng.wordpress.com

8. hamba Allah - Ogos 2, 2009

bukan jasa dan bakti yang dicurahkan jadi masalah dan pertikaian, cuma….. macammana dgn cara sembahyang jenazah, siapakah yang memandikannya, macammanakah nisan kuburnya???
pandangan ikhlas.

9. Firdaus Rosli - Ogos 2, 2009

Okay, saya tolong jelaskan kepada Hamba Allah, agar kita dapat berkongsi bersama maklumat. Kita anggap sahaja apa yang berlaku sudah berlaku, semuanya ketentuan Allah dan ada balasannya di akhirat kelak.

Tentang penyempurnaan jenazah. Di dalam berita, dan dokumen-dokumen sah, Yasmin Ahmad adalah seorang wanita. Jadi, penyempurnaan jenazah adalah berdasarkan cara penyempurnaan jenazah wanita. Untuk mengetahui tentang nisan kubur, saya terpaksalah pergi ke tanah perkuburan Islam USJ 22 untuk mengetahui jawapannya.

Jadi, tunggulah selepas Hari Raya, saya akan ambil sedikit masa untuk ke sana, dan menyedekahkan bacaan Yaasin ke atas Allahyarhamah, dan untuk menjawab persoalan saudara Hamba Allah. Sekarang saya sibuk dengan tugasan, dan projek untuk Ihya’ Ramadhan. Harap maklum.

10. shafifah - Ogos 3, 2009

Jadual Pengajian Ilmu Syeikh Fuad bula ogos 2009

11. lobo81 - Ogos 6, 2009

semuga kita semua diampuni Allah dunia n akhirat

12. Ali - Ogos 11, 2009

Innalillahhiwainnailaihirajiuun. Dari allah kita datang dan kepada dia juga lah kita kembali. Hanya allah yang maha mengetahui.

13. honey - Ogos 17, 2009

Kosmo berhak beritahu masyarakat. Itu bukan menghina. Orang ramai berhak tahu. Masa dia jadi striker bolasepak atau naik juara bintang RTM 1975 takkan itu jadi perkara hitam? Takkan ramai orang tak tau sejarah itu? Bila seseorang jadi Naik Juara Bintang RTM, mestilah nama dia gah keluar TV, suratkhabar atau radio. Dia jadi striker bolasepak takkan ramai orang tak tau?

Firdaus Rosli - Ogos 18, 2009

Itulah yang mengecewakan.
Kosmo! terus meminta maaf, walaupun tidak jelas siapakah pihak yang salah.

Adakah mereka tunduk kepada tekanan industri hiburan, atau memang mendapat sumber maklumat yang tidak sah?

Seharusnya kebenaran itu perlu didedahkan agar dapat dijadikan teladan kepada masyarakat.

sid - Disember 8, 2009

cubala dulu mak ko jadi pelacur,pas tu dah ok,bila mati ko nk cerita ke sejarah idup dia,engkau pahamlah benda2 aib.kene tutup daa,surat khabar lain tak sanggup nak siar,kosmo nak naik rating konon,dah mula malu sendiri,xde maruah,benda aku x tau jadi aku tau.slalulah bandingkan sesuatu pekara itu dengan keluarga terdekat kau,ape perasaan ko bila terjadi pada anak,mak,adik..
nanti bila kau pergi berkunjung ke rumah orang meninggal kau ceritakanlah keburukan simati itu supaya dapat pengajaran,come on la beb,biarlah sesui ngan keadaan.

14. Hamba Allah - Disember 8, 2009

Allahuakbar.

Yang salah tetap salah. Bukan saja Allah saja tau. kita manusia pun tahu.Menukar apa yang dikurniakan kepada manusia itu kufur nikmat. Jangan kita betulkan benda yang salah disebabkan perkara yang telah dibuat disukai oleh orang ramai ataupun ia disanyangi oleh orang ramai.

Ingat! segala perkara baik yang kita ajarkan kepada manusia apabila diamalkan oleh orang tersebut maka pahala menunggu kita. Begitulah sebaliknya. Bukan semua perkara yang orang suka dan sayang merupakan perkara baik. Yang nyata sekiranya kita mewariskan ilmu yang akhirat pahala menanti kita. sekiranya kita mewariskan ilmu yang melalaikan dan mementingkan keseronokan hidup di dunia maka terimalah akibatnya.

Sekian wassalam.

15. sid - Disember 14, 2009

habis ngapa orang tak tangkap dia sbelum meninggal,kalau betul berlaku pengubahsuaian jantina yang dilarang,bangang benor keorang RTM sampai sorangpun tak ingat akan jantina dia,aku rasa dah ttntula dia dah memenuhi spec utk jadi pompuan,alaa kalau adik atau ayah ko ada dua orgen tu kena la pilih salah satu yg memenuhi spec utk jadi salah satu laki atau pompuan.
dia xle perfect sngat tapi iklan dia jauh menusuk kedalam hati,tersentuh gitu…aww….hi…hi…hi…(releks r jgn salah anggap, gurau.)
macam sheikhul Ustz ashaari,banyak juga benda dia mengajar kita dan banyak juga usaha dakwah dia kat merata dunia ni tapi yang dia sesat tu ko jangan la ikut..

16. Aziel Azhar - Disember 16, 2009

Salam,
Yang kebanyakan kita ni pun, banyak yang mudah menjatuhkan hukum/membuat kesimpulan, padahal sedarlah wahai saudaraku sekalian, kadang-kala ada perkara yang tak terjangkau dek fikiran kita, yang mungkin kita terlupa untuk ambil kira.

Bila kita berkata “yang salah tetap salah…” …”Kenapa mesti tunduk kepada tekanan industri hiburan”, itu bermakna kita sudahpun membuat kesimpulan, sedangkan intipatinya mungkin baru hanya 50% yang kita tahu (itupun daripada media dan pandangan/pendengaran jauh kita), yang selebihnya, hanya ahli keluarganya yang tau, dan yang selebihnya lagi, hanya arwah yang tahu, dan yang lebih dari segala-galanya hanya Allah yang tahu.

Mungkin ada juga baiknya sejarah hidup Yasmin tidak ‘dikongsikan’ secara terbuka kerana kita tidak dapat jangka/harap semua orang mendapat pengajaran yang sepatutnya. Sebaliknya mungkin ada saja yang akan salah faham atau ambil kesempetan untuk putar-belit dan manipulasi fakta. Kesudahannya nanti, kita cuma tinggal membahaskan tentang amal dan dosa seorang hamba Allah yang sudah pun menyambut panggilan Allah, sedangkan amal dan dosa kita sendiri tak terhitung lagi.

Jadi sudah-sudahlah.

17. jadgeschwaeder - Disember 12, 2010

kebenaran tetap kebenaran, kalau macam tu kita tidak boleh bercerita pasal firaun serta abulahab, kaum lut dan kaum a’ad, disini jangan sempitkan pemikiran kita dengan dasar hak kemanusiaan yang sempit, yang salah tetap salah, adakah kita mahu bersekongkol dengan mereka yang melakukan kesalahan,


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: