jump to navigation

Amboi, marah ke?? Julai 29, 2009

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , , , , , , , , , ,
trackback

Nampaknya pemimpin UMNO sedang membuak-buak marah kepada seorang tua yang telah menghina parti mereka dalam ucapannya.

Orang tua tersebut, tak lain tak bukan, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat. Beliau telah menyatakan “Pergi jahanam UMNO”, satu ungkapan yang dianggap kurang ajar oleh para pemimpin UMNO, dan tidak sopan dari seorang bergelar “Tuan Guru”.

Nampaknya, saya perlu ucapkan tahniah kepada para pemimpin UMNO, kerana sudah mengerti falsafah Budi Bahasa Budaya Kita, yang mana kempennya sudah dijalankan sejak sekian lama lagi.

Antara insan yang saya perlu ucapkan tahniah:-

Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda UMNO
Adnan Yaakob, Menteri Besar Pahang

Mereka adalah contoh ulung kesopanan para pemimpin UMNO masa kini. Semoga kesopanan mereka menjadi contoh kepada anak-anak muda yang masih mencari arah dalam persimpangan dilema ketika ini.

Saya bukan bertujuan untuk menghina kembali para pemimpin UMNO, mahupun melindungi Mursyidul Am PAS walau apa pun yang diucapkannya.

Jangan sangka Nik Aziz itu seorang tua yang mudah dipijak dan ditipu.

Jangan sangka Nik Aziz itu seorang tua yang mudah dipijak dan ditipu.

Cuma dalam soal ini, kita kena faham isu. Media telah memutar belit kenyataan Nik Aziz berkenaan kerjasama antara negeri Kelantan dan Kerajaan Pusat, dengan melaporkan seolah-olah Nik Aziz bersetuju dengan konsep “Kerajaan Perpaduan” yang ditolaknya selama ini.

Itu yang membuatkan sesiapa, malah orang setaraf “Tuan Guru” untuk menegaskan pendirian dengan ayat yang keras seperti “Pergi Jahanam” tersebut. Jadi jika para pemimpin UMNO mahu Nik Aziz menggunakan ayat yang lebih sopan, berikanlah cadangan-cadangan perkataan yang lebih sopan, namun difahami oleh media agar tidak diputar belit lagi.

Takkan ungkapan “Pergi Jahanam” pun sudah menjadi hak milik eksklusif, hak cipta terpelihara UMNO 2009 (Copyright Reserved)?? Saya tidak rasa begitu.

Komen-komen»

1. Adawiyah Juzailah - Julai 29, 2009

Wah censored betul la gambar Adnan Yaakub tu hehe. Walaupun media mungkin telah memutarbelitkan kata-katan Tuan Guru Nik Aziz sehingga beliau marah, namun saya rasa ungkapan “Pergi jahannam UMNO!” agak kasar. Mesti beliau dah sangat stress pada ketika itu huhu.

Nampaknya keadaan politik di Malaysia semakin tegang. Harap-harap semuanya boleh berdamai. UMNO perlu memuhasabah diri apakah sebenarnya perjuangannya dan PAS pula hendaklah berlapang dada dan jangan mudah melenting.

Sebenarnya saya tak sentuh pun surat khabar jadi saya tak tahu apa yang sebenarnya telah berlaku haha. Cuma saya harap politik di negara ini damai supaya rakyat sejahtera. =D


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: