jump to navigation

Ingin kuruskan badan? Berita gembira buat anda. Julai 29, 2009

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , , ,
trackback

Apabila membaca tajuk di atas, ianya seolah-olah saya ingin mempromosikan satu produk pelangsingan badan pula.

Jangan risau, blog Kelapa Muda akan terus kekal sebagai satu blog bukan komersial, hanya semata-mata tulisan ilmiah yang ringan untuk dibaca.

Sebenarnya, ada sebuah rancangan realiti baru yang akan muncul, iaitu The Biggest Loser Asia.

Format rancangan ini berasal dari Amerika Syarikat, seperti biasa, dan telah lama ditayangkan di saluran Hallmark, Astro 702.

Sarimah Ibrahim, pengacara The Biggest Loser Asia. Sangat cantik.

Seramai 30 peserta akan dipilih dari seluruh rantau Asia, kecuali Jepun, New Zealand dan Australia. Program ini akan dihoskan oleh seorang pengacara terkenal Malaysia, Sarimah Ibrahim.

Peserta dengan berat badan berlebihan akan dilengkapkan dengan skil dan peralatan untuk mengurangkan berat badan bagi menjalani perubahan fizikal dan bersaing untuk mengurangkan berat badan untuk memenangi hadiah utama 100,000 Dolar Amerika.

Dalam setiap episod selama 1 jam, peserta terpilih akan menghadapi dugaan di dunia sebenar, dan melalui latihan fizikal yang mencabar. Mereka juga akan diberi tunjuk ajar oleh sepasukan jurulatih peribadi untuk menjayakan matlamat perubahan diri mereka.

Berminat untuk menyertainya?

Jika anda berumur dalam lingkungan 18 ke 55 tahun, boleh berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris, dan bersaiz besar, sertailah pencarian peserta The Biggest Loser Asia, di The Curve, Mutiara Damansara. Sabtu, 1 Ogos 2009, 10 pagi hingga 4 petang.

——————————————————————-

Saya tidak ada di sana, kerana berat badan saya sudah pulih dari tahap obesiti =), dan akan menyertai Himpunan Mansuhkan ISA pada waktu yang sama.

Komen-komen»

1. basuhbaju - Julai 29, 2009

baik gi demo..dpt kuruskan badan..haha

Firdaus Rosli - Julai 29, 2009

Betul juga, tapi kalau pergi The Curve, mungkin dapat ushar Sarimah bersama bakal-bakal peserta yang bersemangat waja untuk menguruskan badan mereka =P

Saya pun tak pasti lagi mahu pergi atau tidak demo tersebut. Ketar lutut pula dengar kumpulan katak Ibrahim Ali yang nak kacau daun.
Kamu join ke Sabtu ni?

2. Aki - Julai 31, 2009

Sarimah memang sangat cantik! Dari dulu Aki minat.. alih2 laki omputeh jugak yang menambat hati nye… hehe….

Firdaus Rosli - Ogos 5, 2009

Haha..macam sedih je ayat tu…
Tapi dia dah cerai, maybe Aki ada peluang ke..
Promote2 la dia sikit…hehe..

3. suhaimi - Julai 31, 2009

aku yg gemuk gilo ni bleh lg ke kurus / weh pdot sma2 kita memeriahkan blog masing2

Firdaus Rosli - Ogos 5, 2009

Yes, for sure, cuma tukar la section nombor telefon tu…tak dapat la aku nak contact. Ko dah tukar nombor ke?


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: