jump to navigation

Menyanggah Utusan, Maklumat acara kolej tercinta KLIUC dan Perihal “buah hati” baru. Ogos 1, 2009

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
trackback

Laporan Utusan Online, yang wajib untuk saya sanggah.

Batal perhimpunan, perarakan ISA

Oleh TAN MING WAI
tan.mingwai@utusan.com.my
Ada jugak Cina yang “sengal” pergi kerja dengan Utusan nih??

KUALA LUMPUR 30 Julai – Polis hari ini sekali lagi mengingatkan semua pihak yang merancang menyertai perhimpunan dan perarakan besar-besaran di ibu negara Sabtu ini, supaya membatalkan hasrat masing-masing.

Habis tu, buat apa yang boleh wahai PDRM yang telah memberi gaji kepada bapa saya?

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, ini kerana perhimpunan tersebut yang dianjurkan oleh dua kumpulan tertentu boleh menggugat keamanan dan ketenteraman awam.

Siapa kata? Kalau begitu, bagaimana dengan konsert-konsert mega yang banyaknya akan dibuat di KL? Tak ganggu ketenteraman? “Gedik” betul TKPN ni.

Beliau berkata, malah siasatan pihaknya mengenal pasti wujud unsur-unsur provokasi antara dua kumpulan terbabit yang mempunyai agenda berbeza.

Kalau ada, buktikannya. Takkan tak biasa dengan provokasi, itu tanggungjawab PDRM untuk tangkap siapa pencetusnya.

Tegasnya, perhimpunan itu juga bercanggah dengan undang-undang negara kerana sehingga kini polis tidak menerima sebarang permohonan.

“Hebat betul” Akta Polis ya, sehingga tahap lebih tinggi dari Perlembagaan Malaysia yang memberikan hak berhimpun kepada rakyat!

“Walaupun penganjur kedua-duanya menyatakan perhimpunan dan perarakan diadakan secara aman, tetapi boleh menggugat ketenteraman.

Berikan ayat sama kepada Farid Ridzuan, CEO Media Prima, penganjur Jom Heboh. Ada “beran”?

“Jika hasrat berhimpun dan berarak diteruskan, polis bimbang keadaan akan menjadi tegang kerana melibatkan jumlah peserta yang begitu ramai,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jangan buat perarakan kemerdekaan 31 Ogos, kalau nak beri alasan bodoh sebegini.

Beliau berkata, perhimpunan itu juga bakal mengundang kesulitan kepada semua pihak terutamanya warga kota kerana kesesakan lalu lintas.

Tiap-tiap hari jalan sesak, tanggungjawab Polis Trafik untuk kawal lalu lintas. Polis lain kena berikan back-up, bukan ganggu kerja orang lain. Ini tidak, Unit Amal pulak terpaksa tolong Polis Trafik. Baik betul PAS ni.

Rezeki para peniaga akan terjejas selain membawa imej negatif kepada pelancong di negara kita,” ujar beliau.

Bila demonstrasi, peniaga dapat buat macam-macam aktiviti. Jual majalah, air, top up misalnya.

Bila rakyat bersuara, orang asing pandang kita ni negara hebat. Tak adalah anak dara kita diperlakukan sesuka hati mereka, bawa masuk keluar hotel.

Perhimpunan itu melibatkan Gabungan Mansuhkan ISA (GMI), yang membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tetapi Majlis Permuafakatan Ummah (Perwaris) dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mahu ISA dikekalkan.

GMI telah menyeru orang ramai menghadiri perhimpunan dikenali sebagai Perhimpunan 100,000 rakyat.

Antara lokasinya ialah Masjid Jamek, Kompleks Sogo dan Masjid Negara sebelum berarak ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong mendesak supaya ISA dihapuskan.

Pada masa yang sama, Perwaris dan Perkasa pula merancang mengadakan perhimpunan di Padang Merbok, Pasar Seni dan Masjid Negara bagi menyokong agar ISA dikekalkan.

Aduhh…malas betul nak layan Cina “sengal” yang kerja Utusan ni. Tolonglah cari majikan lain yang lebih beretika.

————————————————————————

Siapa yang selepas baca jawapan saya kepada Utusan, yang beranggapan saya anti-sosial dan terlalu rigid?

Jika ada, tahniah kerana anda sangat salah. Kerana saya juga menggemari konsert, muzik dan kumpulan “indie.

Tak percaya?

DSC00035

Lihatlah tiket saya ini. Kenapa dua keping?

1) Untuk membantu Kelab Seni Persembahan dan Kebudayaan KLIUC/ KLIUC Performing Arts and Culture Club (KPACC). Rakan serumah saya kehabisan idea untuk mengutip dana, jadi mereka meletakkan harga tiket yang sama untuk jualan tiket pra-konsert dan semasa konsert, iaitu RM15 sahaja.

2) Untuk memastikan saya sudah memiliki tiket, risau kehabisan. Maklumlah, Dewan Serbaguna kami ini agak sempit, risau ruang penuh. Jadi, tiket kedua adalah untuk keadaan seperti kehilangan, atau membantu rakan yang baru ingin mula berminat, tidak mampu dan tidak sempat membeli tiket.

3) Suka hati sayalah..hehe=P Apa-apa pun, sila hubungi Wild Chicks (nama di Facebook) di talian +6017 678 7286 untuk tiket.

Jadi, siapa yang mahu kata saya rigid lagi?

——————————————————————–

G705_see_the_product_large_1Saya kini sudah memiliki buah hati yang terbaru, pengarang jantung, pengubat duka lara nestapa.

Ianya adalah telefon baharu saya, Sony Ericsson G705. Telefon berbentuk “gelongsor”/slide ini semakin mendapat perhatian peminat telefon bimbit Malaysia.

Saya bertuah kerana mendapat pakej naik taraf kad memori kepada 2GB, muat turun percuma penghias skrin, lagu, dan tema, pemasangan pelindung skrin, dan penyelenggaraan menyeluruh, jaminan sehingga 15 bulan.

Semuanya, terima kasih kepada DiGi. Saya sudah melanggan DiGi hampir setahun, dan cerita telefon ini membuatkan saya tambah bahagia menggunakannya.

Berapa harga? Mana boleh saya cakap, kesian towkey kedai tersebut nanti. Senang cerita, ianya harga istimewa untuk pelanggan DiGi sahaja. Cari sendiri Kedai Bertauliah DiGi/DiGi Specialized Store di tingkat LG, Plaza Sungei Wang, Bukit Bintang.

Selepas membeli telefon, saya pergi ke kedai poket simpanan telefon, Naughty Boy. Saya dapat membeli poket simpanan telefon daripada kulit, bernilai hanya RM60. Namun, kena berusaha sedikit, lihat sahaja gambar di bawah sebagai panduan.

Agak sukar untuk ambil gambar menggunakan poket simpanan ini, jadi saya harus kreatif dalam menyelesaikan masalah ini.

Akhir kata, saya mendoakan “buah hati” baru saya ini sebuah telefon bimbit yang setia dan tidak menghampakan tuan empunyanya.

Komen-komen»

1. suhaimi - Ogos 1, 2009

enset baru nampak beb…enset aku nokia n86..try la promote kat blog ko..promote skali link aku..latest enset yang firmware x update lg satu malaysia menyebabkan video xbleh tgk…

2. Firdaus Rosli - Ogos 1, 2009

Hurm..ingin publisiti ke ni?
Hahaha..takde hal…aku masukkan dalam “blog sekeliling” okay?

Tapi, aku perlukan publisiti dan support dari ko untuk konsert KPACC ni. Aku bukan ahlinya, tapi aku menyokong aktiviti seni and performing arts macam ni.

KPACC Charity Musical Concert 2009/Konsert Muzikal Amal KPACC 2009
12 Ogos, Rabu, 8 Malam HINGGA TAMAT!
Multi-Purpose Hall/ Dewan Serbaguna, KLIUC, Kajang.
Artis undangan: Caprice & Hayad, Shila from OIAM, Bittersweet, Frasa, Love Me Butch, Bunkface (Siapa yang tak minat?), The Otherside Orchestra, Skudap Skudip

Bantu aku dengan membuat hebahan menyeluruh di kawasan UKM, dan JANGAN LUPA DATANG SEKALI.
Aku dah beli tiket ni kot, huhuhu..

3. Firdaus Rosli - Ogos 1, 2009

Maaf kerana malas sedikit untuk menulis semalam, dan telah menggabungkan tiga topik dalam satu tulisan.

Jika suka gaya ini, boleh beritahu dan “rate” pada bawah tulisan tersebut agar saya dapat mengetahuinya.

Sebarang komen dan maklum balas untuk setiap tulisan saya, boleh terus hantar di ruangan-ruangan komen yang ada, termasuk Twitter dan Facebook Firdaus Rosli.

Semalam saya sangat letih, namun ghairah dengan demonstrasi hari ini. Khamis saya ke Bukit Bintang, beli Sony G705. Jumaat saya turut ke Bukit Bintang, tonton filem SETEM dan membantu buah hati saya memperbaiki Samsung i780’nya. Hari ini pula, sekali lagi saya ke Bukit Bintang untuk mengambil telefon tersebut dan kemudian baru demo di Sogo.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: