jump to navigation

Kelapa Muda tak sokong pertandingan ratu cantik. Tapi ini untuk promosi rakan sama sekolah. Ogos 3, 2009

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
trackback

Saya ingin meminta para pembaca Kelapa Muda, terutamanya yang selalu membaca majalah Remaja oleh Karangkraf untuk membantu saya dalam 1 perkara.

Untuk pertandingan Dewi Remaja tahun ini, kebetulan ada rakan sekolah lama saya, MRSM Langkawi yang turut serta. Kami sama-sama sebaya, dalam “batch” Dynasty Chi yang sangat gemilang pada SPM 2006, sekolah kedua terbaik di Malaysia. Beliau menjadi penyeri di muka hadapan Remaja edisi Ogos 2009. Berikut maklumat dari laman Facebook Lofa dan laman rasmi majalah Remaja Karangkraf.

Neelofa Mohd Noor (Lofa) – Finalis Ke-15 Dewi Remaja 2009 – Nombor Peserta 291

Tarikh lahir: 10 Februari 1989 (umur 20 tahun)

Asal: Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur

Universiti: Kolej Damansara Utama

Tinggi: 5 kaki 6 inci

Potongan badan: 34-25-36

Secara peribadi, saya beranggapan bahawa beliau seorang yang baik, mesra dan mudah bergaul dengan sesiapa sahaja. Selain itu beliau juga pintar, mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM 2006.

Dengan ciri-ciri itu, saya berharap agar beliau dapat memenangi pertandingan ini agar Dewi Remaja 2009 akan diingati sebagai bukan hanya seorang model iklan yang cantik, malah seorang yang pintar dan mesra, boleh menjadi contoh kepada gadis-gadis yang berminat untuk menyertai edisi seterusnya.

Harap dapat bantu Lofa ya. Daftar di laman web Karangkraf untuk mengundi. Diharapkan Karangkraf dapat menjelaskan cara pengundian secara online untuk kemudahan semua.

————————————————————————————-

Okey, maaf Lofa. Minta laluan. Masa untuk serius.

Memandangkan tulisan hari ini berkenaan sebuah majalah Karangkraf, saya ada pandangan sendiri tentang artikel muka hadapan Sinar Harian pada 2 Ogos 2009. Sinar Harian adalah sebuah akhbar milik Karangkraf.

Tajuknya lebih kurang begini: 95% demonstran Himpunan Mansuhkan ISA 1 Ogos 2009 adalah orang Melayu.

Saya menyanggah dakwaan tersebut. Saya berada di lokasi untuk liputan terkini dan juga berdemonstrasi bersama-sama, saya berganding tangan bersama satu kumpulan akitivis DEMA, salah seorang ahlinya Raymond Lim, yang saya temui ketika dalam tren KTM Komuter ke KL Sentral, antara 83 NGO terlibat bersama Gabungan Mansuhkan ISA. Mereka majoritinya orang Cina. Saya lihat setengah daripada jumlah peserta adalah daripada kaum bukan Melayu.

Ini revolusi demonstrasi. Selama ini orang kata, hanya Melayu yang gigih berdemonstrasi. Hakikat itu sudah berubah, sejak perhimpunan anti-PPSMI yang berjaya mengubah keputusan kerajaan.

Apa yang lebih menarik, ketika saya turut melaungkan takbir “Allahu Akbar!”, mereka juga turut melaungkan yang sama.

Mungkin ada yang berkata, mereka sekadar bermain-main, nak perdayakan orang Islam.

Namun, anda cuba fikirkan keadaan di mana anda risau dengan kepungan Polis FRU. Anda bersama-sama bergerak dalam kumpulan, bimbang ada ahli berpecah. Masihkah ada masa untuk bermain-main lagi ketika itu? Pada saya, mereka telah mendapat sedikit hidayah dari Allah S.W.T. Alhamdulillah.

Mari kita sama-sama mendekatkan masyarakat bukan Islam kepada Islam. Mereka kini lebih yakin, semenjak Pakatan Rakyat mendapat mandat mentadbir 5 negeri. Dengan cara demikianlah, hubungan sesama etnik dapat digalakkan, seiring dengan konsep 1Malaysia. (perlukah saya katakan slogan Najib itu?)

Saya juga ingin menjawab soalan undian di laman Sinar Harian yang memberitahu bahawa 583 daripada 589 orang yang ditahan di demonstrasi ini adalah orang Melayu. Ya benar fakta tersebut, tapi kerana Melayu punya keberanian bersuara yang masih mengatasi kaum lain.

Ini kerana, selama ini, kebanyakan demonstrasi disertai orang Melayu. Kini, bukan Melayu sudah berani, tapi dengan

Gambar sekadar hiasan.

Gambar sekadar hiasan.

lebih berhati-hati. Cara mereka bergerak: Bergandingan tangan. Orang Melayu seperti saya sudah biasa dengan demonstrasi, dan boleh bergerak sendiri. Jadi, apabila bergandingan tangan, logiknya, susah untuk polis “mencekup” mereka. Betulkah fikiran saya ini? Saya yakin, ya, betul.

Jadi, saya minta Sinar Harian lebih bertanggungjawab ke atas laporan. Ini harus seiring dengan slogan Karangkraf: We lead, you read. Kami memimpin, anda membaca. Namun, pemimpin ada tanggungjawab untuk jujur kepada para pembaca. Jangan sampai orang kutuk akhbar ini seteruk Kosmo! kerana laporan yang tidak lengkap mengenai cerita Yasmin Ahmad minggu lalu.

Komen-komen»

1. Raymond lim - Ogos 26, 2009

Bagi saya,himpunan Mansuhkan ISA ini ada himpunan rakyat malaysia,bukan himpunan melayu,cina,india dan lain-lain,kita haruslah berjuang terhadap isu-isu macam ini,kerana kita adalah manusia yang ada hatinya!!!

Firdaus Rosli - Ogos 26, 2009

Kalau diikutkan statistik, tahanan ISA semasa kebanyakannya adalah bangsa Melayu sendiri. Namun masih ada Melayu yang tak makan saman, seperti Ibrahim Ali (2 kali kena ISA tak serik-serik).

Katanya ISA itu penjaga hak Melayu.

Salah sama sekali, kerana perkara berkenaan Melayu dalam Perlembagaan sudah termaktub, dan sukar untuk diubah, kecuali jika setiap orang raja disogokkan wang, dan 2/3 daripada Dewan Rakyat bersetuju.

Rakyat tak kira bangsa pun, harus buang jauh-jauh UMNO dan BN, yang hanya fikirkan keuntungan dan sanggup jual negara kepada pihak asing berfikiran kapitalis yang songsang.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: