jump to navigation

Perbandingan pekerjaan: PM Malaysia dan Civil Engineer warga Malaysia Ogos 5, 2009

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
trackback

Gambar Hiasan. Terima Kasih Pak Lah, kerana bekerja keras untuk kami selama 5 tahun!

Gambar Hiasan. Terima Kasih Pak Lah, kerana bekerja keras untuk kami selama 5 tahun!

Ramai rakan-rakan saya yang membayangkan, bahawa menjadi Perdana Menteri Malaysia adalah satu pekerjaan yang sangat susah.

Kata mereka, PM bekerja sangat keras, tak cukup tidur untuk memastikan kebahagiaan rakyat dan pembangunan negara berjalan dengan teratur dan lancar. PM berhempas pulas, bangun dari awal sebelum Subuh, dan tidur selepas solat Tahajud.

Jadi untuk membandingkan pekerjaan dengan PM Malaysia, berkemungkinan seorang jurutera awam atau civil engineer sesuai untuk dijadikan contoh perbandingan. Masing-masing berpelajaran tinggi dan profesional.

1)Beban kerja

PM: Memantau dan memastikan Jemaah Menteri dan Parti politik diwakili berada dalam keadaan teratur, bagi mendapatkan sokongan rakyat yang lebih mantap. Untuk memberikan setiap ucapan, ada penulis ucapan untuk memberikan impak ucapan yang lebih hebat untuk imej lebih gempak. (Contoh Dr. Munawwar Anees, penulis ucapan untuk Anwar Ibrahim, walaupun beliau belum lagi jadi PM pun…)

Civil Engineer: Perlu memantau dengan teliti setiap projek yang ditugaskan, agar perlaksanaan projek berjalan seperti dijadualkan. Selain itu, juga perlu melakukan pengukuran teliti menggunakan theodolite untuk memastikan struktur dibina tepat pada kedudukan seperti dirancang, agar struktur dapat bertahan lama. Misalnya salah satu menara daripada Menara Berkembar Petronas punya kadar kesilapan 0.01mm, terpaksa dibuat pengubahsuaian pada tingkat-tingkat terakhir untuk mengurangkan kesan kesilapan tersebut.

2) Ekonomi

PM: Mempunyai sepasukan pakar ekonomi, dari Unit Perancang Ekonomi JPM untuk memikirkan strategi dan perancangan masa hadapan ekonomi. Di samping itu, mereka akan melakukan pelbagai kajian keberkesanan dan kemunasabahan kos untuk sesuatu projek kerajaan.

KDNK tinggi ketika ekonomi bagus, sumber cukai yang berterusan, kutipan hasil keuntungan daripada Petronas dalam jualan minyak dan gas asli menjadi sumber-sumber pendapatan untuk digunakan bagi menjana ekonomi negara dan menjalankan projek-projek untuk rakyat.

Civil Engineer: Untuk meningkatkan sumber ekonomi, beliau sendiri perlu melakukan inisiatif tersendiri, antaranya mendapatkan projek yang lebih banyak untuk diuruskan, meningkatkan pengalaman dan mempunyai kenalan-kenalan yang berpengaruh dalam bidang pembinaan. Walaupun ini dilakukan, tidak banyak tambahan pendapatan yang diperolehi, kecuali increment sebanyak dalam beberapa peratus setiap setahun atau setengah tahun.

Jika seorang Civil Engineer adalah sebuah negara, beliau adalah sebuah negara dengan peningkatan pendapatan/KDNK yang sangat sedikit, misalnya hanya 2% ke 5% berbanding negara Malaysia yang mendapat KDNK yang lebih gempak di kala ekonomi bagus.

3) Tanggungjawab

Mesyuarat Jemaah Menteri

Mesyuarat Jemaah Menteri

PM: Bertanggungjawab kepada setiap rakyat, dan juga ahli-ahli parti politik diwakili. Harus mendengar rintihan dan keluhan daripada rakyat, dan memanggil ketua-ketua jabatan/Jemaah Menteri untuk duduk berbincang untuk menyelesaikan masalah tersebut dalam masa singkat. Kemudian, orang-orang bawahan akan melaksanakan perubahan atau tuntutan yang dibuat dengan kelulusan diberi.

Jika peruntukan sudah habis, boleh sediakan pakej rangsangan ekonomi bernilai berbilion-bilion ringgit menggunakan wang rakyat yang tidak perlu dibayar menggunakan kocek sendiri, mahupun menjadi penjamin kepada pinjaman tersebut yang diperoleh dari Bank Negara atau Petronas.

Civil Engineer: Bertanggungjawab kepada majikan dan bakal penghuni atau pemilik struktur dibina. Misalnya jika membina jambatan, beliau bertanggungjawab besar agar pemandu kenderaan dapat menggunakan jambatan tersebut dengan selesa dan tenang, tanpa ancaman kepada keselamatan diri dan keluarga. Selain itu, turut bertanggungjawab kepada anak isteri dan ibu bapa di kampung, untuk membantu setakat termampu.

Jika perlu meminjam, misalnya mahu membeli sebuah kereta untuk memuatkan empat orang anak dan seorang SAHAJA isteri, harus mencari kereta yang sesuai seperti Proton Exora atau Mitsubishi Grandis dengan kadar faedah yang berpatutan. Pinjaman harus dibayar sendiri, dan penjamin juga harus dicari agar kita dapat melangsaikan hutang tersebut dengan bertanggungjawab.

Sekian sahaja perbandingan. Kini penjelasan.

Namun di kubur nanti, fahamilah sendiri siapa yang harus menjawab soal siasat daripada Polis yang lebih kejam berbanding dalam video ini.

“Polis” tersebut adalah malaikat Munkar dan Nakir yang akan mempersoalkan perbuatan kita sepanjang di dunia. Sebagai Civil Engineer, beliau perlulah bersih daripada sumber-sumber kewangan yang tidak halal, misalnya rasuah daripada syarikat pembinaan untuk mengurangkan kos pada cara yang boleh membahayakan pengguna infrastruktur dibina, misalnya Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Terengganu.

Walaupun wang rasuah tersebut digunakan untuk membayar wang pendahuluan Mitsubishi Grandis, bukankah lebih berkat apabila menggunakan hanya Proton Exora tanpa mengambil rasuah daripada sesiapa? Pesanan untuk diri saya juga, bakal Civil Engineer pada tahun 2012 nanti, Insya Allah.

Perdana Menteri pula, harus sangat berhati-hati. Jika di dunia ini anda berkata bahawa anda gigih membuat kerja, walaupun hasil tidak sehebat mana, semua itu akan dipersoal dengan teliti, lebih teliti dari SPRM menyoal siasat Teoh Beng Hock sehingga jam 3 pagi, sehingga orang macam saya mungkin tersangat lapar dan terus menyambar hidangan sarapan pagi KFC di Drive Thru Kajang dari jam 4 pagi.

Teoh Beng Hock baru disoal siasat sehebat itu kerana peruntukan bernilai hanya RM10,000 kepada wakil rakyat DAP,

Takziah kepada keluarga dan bakal isteri Teoh Beng Hock.

Takziah kepada keluarga dan bakal isteri Teoh Beng Hock.

misalnya Teresa Kok yang menggunakannya untuk membeli pembesar suara untuk Masjid di Kinrara, walaupun dituduh sebahagian rakyat “penagih tegar Utusan Malaysia” bahawa beliau menghalang laungan azan.

Bayangkan sahaja bagaimana seorang yang pernah menjadi Perdana Menteri di dunia, disoal siasat oleh dua malaikat tersebut di akhirat? Lihat sahaja pengeluaran wang yang dibuat: Pakej rangsangan ekonomi bernilai berbilion, Pembinaan sebuah bandar yang sangat mahal sehingga tidak digunakan sebaiknya sehingga sekarang dan cuma jadi simbol kehebatan kejuruteraan, Projek hentian bas moden untuk rakyat, namanya gempak Plaza Rakyat (ini Anwar Ibrahim kena jawab, dia Menteri Kewangan ketika itu) dan pelbagai lagi perkara-perkara yang boleh dipertikaikan terutama di Terengganu.

Semoga artikel ini dapat menjawab persoalan dari ramai, dan ramai memahami isu yang saya keluarkan ini. Sesungguhnya menjadi Perdana Menteri yang tidak bertanggungjawab, memang mudah.

Namun Malaikat Munkar dan Nakir tidak toleran seperti rakyat marhaen yang “memahami beban kerja” Perdana Menteri. Jadi, selepas “main goreng” sahaja jawapan kepada rakyat, cuba “goreng” sehebat itu dengan Malaikat Munkar dan Nakir. Lihat sahaja berapa hasta anda akan dipukul jatuh.

Komen-komen»

1. eidrag - Ogos 5, 2009

Alhamdulillah. Tanggungjawab saudara untuk mengingatkan telahpun selesai. Kini, hanya tinggal soal untuk menilai benar atau salah seseorang itu. Tapi itu bukanlah kerja kita. Kita hanya dapat berusaha memperbaiki dan menegur kesilapan.

2. shafifah - Ogos 5, 2009

Majlis Sambutan Malam Nisfu Sya’aban
Tarikh : 5 ogos, 2009 (Rabu)
Masa : Selepas Solat Maghrib
Tempat : Masjid Taman TAR, Ampang.
Tentatif Program:
1.Bacaan Yassin & Doa
2.Solat Sunat Tasbih
3.Pengijazahan Kitab Pancaran Nur Zikir % Doa Ahli Akhyar
Semua di jemput hadir.
http://pondokhabib.wordpress. com

3. Firdaus Rosli - Ogos 5, 2009

Benar, apa yang kita lihat tidak kena atau tidak tepat, harus kita beri teguran, tidak kira siapakah orang tersebut, se”daulat” mana pun mereka.

Hal ini kerana, ianya memang tanggungjawab kita untuk berpesan-pesan sesama insan agar kita sama-sama mendapat keberkatan.

Yang penting, seorang pemimpin itu “accountable” bukan sahaja kepada rakyat, malah kepada Allah, di mana semuanya harus di jawab di alam yang seterusnya.

4. hamba allah - Ogos 5, 2009

perbandingan yang tidak wajar.. dari segi deskripsi tugas pun sudah tentunyer berbeza!! manakan boleh perbandingan dibuat antara civil engineer (pekerja yang makan gaji) dgn PM (seorang pemimpin).. lebih afdal jika saudara bandingkan tugas ketua keluarga dengan ketua negara (PM) contohnyer ayah kita sendiri..atau diri saudara sendiri sekiranya saudara sudah pun mendirikan rumah tangga.. perbandingan dari segi percapaian dan kualiti yang diperlukan oleh seorang pemimpin..
buka lah minda anda wahai saudara.. sesungguh nyer kita hanya akan nampak baik pada benda yg kita suka..segalanya tidak akan nampak baik kepada benda/perkara yang kita tidak suka… cuba selami dari sudut sebaliknyer.. contoh, cuba cari pekara2 yang baik pada benda yang kita tidak suka..dan cari perkara yang tidak baik dalam benda yang kita suka.. dan buat lah penilaian yang wajar..janganlah jadi manusia yang hipokrit..
sensugguhnya yang baik datang dari ALLAH dan yang buruk datang dari kita sendiri.. sesungguhnya ALLAH lebih mengetahui.. bagaimana kah seorang manusia/rakyat seperti Pak Lah, Mahathir, Najib boleh jadi PM.. siapa kah yang menentukannya.. adakah rakyat semata2.. bukan kah semua itu pun dengan kebenaran dariNYA juga..kenapa kah tokoh2 PAS sampai sekarang tak berjaya menjadi PM..tidakkah mereka sentiasa memanjatkan doa kepadaNYA membuat solat hajat setiap kali perhimpunan..masih belum termakbul mungkin doa2mereka..mungkinkah ada hikmah disebaliknyer..dari itu fahamilah..sesungguhnyer DIA lebih mengetahui..siapakah saudara untuk menentukan seseorang itu tidak bertanggungjawab..

Firdaus Rosli - Ogos 5, 2009

Dalam soal memilih pemimpin, kita haruslah mendedahkan kelemahan setiap seorang untuk mendapatkan yang terbaik untuk memimpin kita.

Saudari mungkin boleh terima penjelasan daripada pak-pak menteri apabila sesuatu perancangan itu gagal. Ya, saudara memang toleran dan jadi kegemaran kepada mereka untuk mendodoikan lagu-lagu berunsur “kesetiaan kepada pemimpin”.

Sedangkan, saudari tahukah apa yang akan dihadapi oleh pak-pak menteri ini nanti? Nikmat Allah ada beberapa jenis, salah satunya istidraj.

Apa itu istidraj? Ianya adalah nikmat yang dikurniakan Allah agar insan tersebut terus terleka dan tidak terlintas untuk bertaubat. Itu menjawab soalan saudari mengapakah mereka boleh jadi PM, terus memerintah selama 50 tahun, walaupun hasilnya sangat mengecewakan.

Firdaus Rosli - Ogos 5, 2009

Saudari sila baca semula dengan hati terbuka. Civil Engineer yang saya maksudkan tersebut adalah seorang ketua keluarga dengan SEORANG isteri dan 4 orang anak.

Tidakkah saudara perasan tentang dilema Civil Engineer tersebut yang mahu beli kereta baru untuk keluarganya? Sama ada Mistubishi Grandis atau Proton Exora?

Seorang Civil Engineer ini juga seorang pemimpin kepada keluarga, dan juga di tapak projek. Maaf jika saudari rasa perbandingan saya ini tersangat bias sehingga menyimpang dari perspektif saudari.

5. shahkang - Ogos 5, 2009

hmm..

Firdaus Rosli - Ogos 5, 2009

Kenapa Shah? Panjang termenung…


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: