jump to navigation

Tutup premis, selesai masalah? Ianya tak sebegitu mudah. Ogos 10, 2009

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
trackback

Semakin banyak cawangan pejabat, sekolah dan IPT yang ditutup akibat wabak Influenza A H1N1 yang makin menggila. Dikatakan tujuan penutupan adalah untuk mengekang wabak ganas ini daripada terus menular.

UiTM misalnya, diberikan amaran oleh penguasa kesihatan bahawa jika jumlah pelajar positif H1N1 melebihi 20 orang, semua kampus UiTM akan ditutup dan para pelajar perlu sambung semester depan.

Selamatkan UiTM dari H1N1!

Membazir setengah tahun. Belajar tak dapat. Bagaimana dengan Hak Melayu?

Benar, tak kiralah apa pun yang pelajar UiTM fikirkan dan demo-kan tahun lalu (walaupun fikiran saya tidak sebulu), paling penting mereka pastinya tidak mahu sambung semester, kerana sudah membazir masa pengajian.

Mungkin inilah yang difikirkan oleh Tun Mahathir ketika membina Koridor Raya Multimedia dahulu. Dah lupa tentang “Virtual Learning”? Kelas dalam rumah, guna sidang video.

Namun, Internet di negara kita ini, guna webcam pun imej tersekat-sekat, bagaimana mahu belajar dari rumah? Jangan ceritalah tentang jalur lebar atau saya sebut “Beruk-Band”, semuanya tidak berjaya membawa manfaat kepada rakyat kebanyakan.

Sebagai tambahan, virus H1N1 sudah jadi gejala yang melanda 1 Malaysia. Adik saya, pelajar MRSM PDRM Kulim yang berjaya dengan projek “Wireless Electric Supply” juga terpaksa bercuti di rumah gara-gara virus ini, namun seperti pelajar MRSM lainnya, timbunan tugasan dan kerja rumah diberikan untuk skor semaksimumnya pada SPM tahun hadapan.

Adakah adik saya dijamin selamat daripada virus ini jika tinggal di rumah keluarga di Yan? Pastinya tidak.

Nampaknya kerajaan seolah ambil jalan mudah untuk kawal kerosakan. Harus kita akui, H1N1 adalah wabak global yang kita tidak dapat lari, namun harus dihadapi dengan bertanggungjawab dan berhemah, bukan dengan tindakan melulu.

Langkah yang seharusnya diambil, ini mungkin akan memakan kos yang agak banyak, boleh jadi sehingga Najib PM terpaksa mengumumkan pakej rangsangan ekonomi ke-3.

  • Wajibkan pemakaian topeng muka di tempat sensitif seperti stesen keretapi, lapangan terbang, sekolah dan IPT.
    Ini bukan Adawiyah rakan saya. Tapi, alangkah cantiknya...

    Ini bukan Adawiyah rakan saya. Tapi, alangkah cantiknya...

    Adawiyah, anda sudah pakai hijab, tak perlu topeng muka. =)

  • Janganlah lokek untuk beramal jariah, terutama ketika bulan Ramadhan menjelma ini. Janganlah melampau sehingga topeng muka berharga 80 sen dinaikkan harga menjadi RM1.50, seperti dilakukan sebuah IPT di Kajang. Jual pada harga munasabah, harga kos jika boleh. H1N1 perlu dihadapi dengan bertanggungjawab, bukan dengan mengambil kesempatan.
  • Kurangkan penggunaan penyaman udara, sediakan lebih banyak kipas di tempat-tempat berpotensi kepanasan seperti bilik kelas di IPT untuk ganti penyaman udara. Persekitaran dingin memudahkan penyebaran virus H1N1.
  • Berikan amaran kepada pelancong asing untuk mematuhi langkah pencegahan, agar mereka tidak menyebarkan virus kepada kita mahupun kembali ke negara asal.
  • Tingkatkan kekerapan perkhidmatan bas dan rel untuk mengurangkan kesesakan yang berpotensi menyebarkan virus H1N1. RapidKL, KTM, Metrobus, jangan pentingkan keuntungan semata-mata.
  • Galakkan jualan Hari Raya secara online dari laman web seperti Lelong.com.my atau EBay.com.my untuk mengurangkan kesesakan di pusat-pusat beli belah, dan juga untuk boikot peniaga Masjid India dan Jalan TAR yang tuntut sampai RM200 juta dari GMI.
  • Solat. Tiang agama yang runtuh jika kita abaikannya.

    Solat. Tiang agama yang runtuh jika kita abaikannya.

    “Divine Intervention” adalah diharapkan, jadi minta dibuat solat hajat setiap kali selepas solat terawih di surau-surau dan masjid di bulan Ramadhan, berdoa agar Allah ampunkan dosa seluruh umat dan hentikan wabak H1N1. Penganut agama lain juga diminta untuk berdoa dengan cara masing-masing.

  • Untuk keseluruhan tahun, perhimpunan yang tidak penting boleh kita tunda (mungkin sambutan Merdeka ke-52), seperti konsert-konsert mega, untuk kita beri waktu bertenang untuk kurangkan penyebaran wabak H1N1.
  • GSC, Cathay dan TGV Cinemas boleh galakkan jualan DVD untuk kurangkan kekerapan menonton wayang, salah satu cara untuk kurangkan risiko jangkitan.
  • Promosi lebih agresif dari MangkukTingkat.com untuk jualan hidangan berbuka puasa secara online, kurangkan kunjungan ke Bazaar Ramadhan. (Pasti YDP PMI KLIUC akan marah saya, sebab kami akan buat Bazaar Ramadhan di kolej sana tahun ini)
  • Kuatkuasakan Car-Pooling untuk kurangkan kepadatan
    Janganlah sampai jadi begini...

    Janganlah sampai jadi begini...

    tren-tren LRT, Komuter dan bas-bas RapidKL di waktu puncak. Diskaun tol 50% untuk kereta yang dipenuhi penumpang, macam sempoi juga kan?

Langkah-langkah di atas akan berkesan hanya untuk jangka pendek. Ini langkah jangka panjang.

  • Tingkatkan infrastruktur jalur lebar negara, kenakan harga berpatutan untuk menggalakkan “virtual classroom” yang membolehkan pelajar dikuarantin terus mengikuti kelas. Seminar juga boleh diikuti secara video call. Transaksi dalam talian juga menjadi lebih pantas, tak perlu ke MidValley atau 1Utama untuk beli-belah.
  • Percepatkan penghantaran tren-tren baharu LRT Kelana Jaya Line dan KTM Komuter, jika boleh awal tahun 2010 untuk bantu tingkatkan kekerapan tren, memastikan tren tidak terlalu sesak. Sekarang zaman kegawatan ekonomi, syarikat yang membina gerabak keretapi pastinya perlukan kontrak-kontrak baru dengan segera. Inilah peluangnya.
  • Latih lebih ramai pemandu bas untuk RapidKL dan syarikat bas henti-henti, supaya kekerapan dapat ditingkatkan di waktu puncak, kurangkan kesesakan dalam bas. Scomi perlu lebih pantas bina bas. Jika tidak, beli bas Higer secara terus dari China, jangan benarkan Scomi ambil untung atas angin.
  • Kuatkuasakan peraturan dan polisi kekang jualan kereta, seperti ditulis oleh Basuh Baju, untuk galakkan perkongsian kereta ke tempat kerja. Misalnya dengan naikkan kadar faedah untuk pinjaman (dengan syarat langkah secukupnya sudah diambil untuk mantapkan pengangkutan awam). Tentang Proton dan Perodua, jangan risau kerana pasaran baru sedang diteroka dengan cukup agresif, mereka tidak akan rugi.
  • Kesian budak-budak ni, terlena mendengar ucapan Pengetua.

    Kesian budak-budak ni, terlena mendengar ucapan Pengetua.

    Kurangkan perhimpunan yang membosankan dan tidak bererti seperti setiap hari Isnin di sekolah, atau perhimpunan pekerja sektor awam mendengar ucapan ketua jabatan yang suka meleret-leret. Buang masa dan berpotensi sebarkan virus. Gunakan video, YouTube untuk sampaikan ucapan. Cuba lihat betapa sedikitnya views yang akan diperolehi ketua-ketua jabatan ini.

Diharapkan perbincangan ini dapat semarakkan pertukaran pendapat, dan dapat menyedarkan orang-orang yang berkuasa untuk lebih bertanggungjawab ke atas rakyat. H1N1 semakin menular, kita harus berani dan bijak menghadapinya.

Bulan Ramadhan bulan berkat, diharap kita mendapat rahmat, dan diselamatkan dari wabak H1N1.

Komen-komen»

1. Adam - Ogos 10, 2009

Terima kasih. Banyak idea bernas yang boleh digunapakai untuk membendung gejala ini.

2. Firdaus Rosli - Ogos 10, 2009

Sama-sama. Harap mereka yang di atas, dan yang di bawah seperti kita dapat mengambil idea-idea ini dalam usaha bersama untuk cegah wabak ini.

3. Adawiyah Juzailah - Ogos 11, 2009

Mari kita ramai-ramai pakai purdah haha. =p

Tapi yang penting, topeng kesihatan tu boleh guna sekali je. Kena selalu tukar supaya kebersihan maintain. Jangan bersin ke dalam tangan tapi bersinlah ke dalam sapu tangan/tisu. Kalau tak sempat capai sapu tangan/tisu, bersinla kat bahagian belakang tangan… Ok la tu kot… Adah pulak selalu je guna balik purdah yang sama. Basuh sekali seminggu haha… =)

Psl perhimpunan skolah tu, cancel je perhimpunan tu. Buang masa je buat perhimpunan. Not a productive way to start off the day anyway.

4. THE EMPEROR OF CACINSTER - Ogos 11, 2009

menarik..
idea bernas..

psstt..akak suka pic untuk statement “Kuatkuasakan Car-Pooling untuk kurangkan kepadatan….”
sangat menarik..kat malaysia takde view mcm tu..huhuu

5. shafifah - Ogos 13, 2009

E -Book terbaru percuma Meniti Kesempurnaan Iman oleh Habib Munzir al-Musawa – Majelis Rasulullah

Klik untuk download : http://pondokhabib.files.wordpress.com/2009/08/meniti_kesempurnaan_iman.pdf


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: