jump to navigation

Peraturan itu, peraturan ini. Ke mana pelaksanaan? Ogos 14, 2009

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
trackback

Sudah berminggu isu rampasan arak di Shah Alam, Selangor menjadi bualan dan perdebatan ramai. Namun, apa yang saya lakukan ketika itu adalah untuk melihat dan mengkaji pandangan orang ramai dan peraturan-peraturan yang dilaksanakan, sebelum saya memberikan pandangan peribadi.

Sebagai pengenalan, negara kita Malaysia terkenal dengan pelbagai peraturan. Cakap saja, semuanya ada, kompaun ada, hukuman ada, dengan tujuan mendisiplinkan masyarakat.

Persoalan timbul, berkesankah semua peraturan itu? Mari kita perhatikan peraturan yang sudah sedia terlaksana sebelum ini.

1) Pengharaman jualan rokok kuantiti kurang 14-batang.

Siapa yang hirau dengan undang-undang ini? Pergi saja mana-mana, pasti ada kedai dan gerai yang akan menjual Dunhill pada harga RM2.00 untuk 3 batang. Mampukah untuk dikawal semuanya? Tak larat.

2) Pengharaman jualan rokok kepada individu bawah umur 18-tahun.

Pernahkah anda diperiksa kad pengenalan oleh towkay kedai ketika mahu membeli rokok? Macam pak cik tersebut dah tak ada kerja saja. Banyak lagi yang beliau boleh buat selain dari periksa MyKad orang. Kalau perempuan cantik, tak mengapalah juga…

3) Pengharaman merokok di tempat awam.

Rokok bang?

Rokok bang?

Ini antara peraturan paling merepek. Siapa yang mahu hirau? Pegawai kesihatan sekarang lebih sibuk bekerja mengelilingi jam (around-the-clock) untuk membanteras virus H1N1 yang bakal menemui pesakit ke 2000-nya sedikit masa lagi. Buang masa pergi minta MyKad orang yang tengah layan rokok di kaki lima pusat beli-belah.

Kenapa asyik rokok saja ni? Okey, okey. Saya berikan contoh lain pula ya.

4) Peraturan tali pinggang keledar tempat duduk belakang kereta.

Siapa yang rajin benar mahu pakai tali pinggang keledar? Yang depan pun malas pakai, yang belakang apatah lagi kan? Lebih-lebih lagi bila bersama-sama buah hati di bahagian belakang kereta. (Jangan buat macam tu ya!)

5) Pengharaman pembelian arak oleh bawah 18-tahun.

Yang ini pun, ramai yang tak ikut. Malang sekali, sudah ramai anak muda kita yang dah teguk air yang memudaratkan ini. Penjaga kedai 7-Eleven pun banyak pelanggan lain untuk dilayan, selain perlu jaga mesin ATM AmBank yang sudah makin banyak wujud di 7-Eleven sekarang.

Saya rasa, cukup sekadar lima.

Kalau ada yang mahukan lebih banyak contoh jika tidak berpuas hati, boleh luahkan di ruangan komen di bawah.

Jadi, perlukah lebih banyak peraturan yang nyata retorik dan “hangat-hangat tahi ayam”? Peraturan yang menambah koleksi buku undang-undang International Law Book Services?

Pada saya, memang buang masa betul kalau kita tunduk pada tekanan daripada sekelompok pihak yang hanya pandai buat peraturan itu dan ini yang tidak membawa makna pun untuk membanteras masalah.

Apa yang mereka mahu lihat, hanya perpecahan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum yang boleh menguntungkan pihak mereka.

Kita kembali kepada isu arak tadi. Penyelesaian yang akan dterima ramai adalah peraturan kendiri, di mana semua pihak akan memainkan peranan bukan sahaja mengekang, malah memastikan tiada permintaan kepada minuman keras dan arak. Hukum kapitalis, akan wujudnya penawaran dengan permintaan.

Apa yang saya bayangkan, peranan ibu bapa yang akan memantau pergerakan anak mereka, memastikan mereka tidak terjebak dengan gejala minum arak. Masyarakat sekeliling pula, melaporkan kepada pihak berwajib, atau menasihati pada peringkat awal golongan yang masih tak makan saman minum arak sesuka hati.Jangan buat “don’t know” saja.

Kita masyarakat di Internet, akan terus mendedahkan gambar-gambar orang terkenal yang telah “kantoi” minum arak.

Sharifah Jasmine Soraya, peserta rancangan Gadis Melayu TV9. Diharap beliau berubah sikap selepas pendedahan oleh banyak media alternatif.

Sharifah Jasmine Soraya, peserta rancangan Gadis Melayu TV9. Diharap beliau berubah sikap selepas pendedahan oleh banyak media alternatif.

Termasuk para pemimpin dan juga artis. Paling penting, majikan di kedai-kedai serbaneka harus lebih peka kepada sensitiviti masyarakat sekeliling terhadap minuman keras.

Untuk lebih mudah bercerita, peraturan yang menekan tidak akan membantu, malah akan mencambahkan lagi pengambilan arak secara sembunyi, dan menggiatkan lagi aktiviti para sindiket yang bergantung hidup kepada produk-produk yang dijual di pasaran gelap.

Sebagai pelengkap untuk tulisan kali ini, kita lihat apakah yang akan berlaku akibat daripada minum arak.

Dipetik dari portal MyHealth.gov.my,

Kesan pengambilan alkohol merangkumi berbagai aspek kehidupan seseorang. Implikasi sosial termasuk :

  • Kurang konsentrasi yang boleh mengakibatkan kemerosotan prestasi pelajaran
  • Ponteng sekolah yang boleh mempengaruhi pencapaian akademik
  • Kelakuan Delinkuen/salah laku
  • Penglibatan remaja dalam jenayah untuk membiayai tabiat ketagihan alkohol

Kesan fizikal alkohol adalah:

  • Keadaan mabuk (seseorang itu berjalan terhuyung hayang, pertuturan yang tidak betul atau jelas, bingung dan bercelaru).
  • Keracunan (gejala-gejala termasuk mengantuk yang teramat, tidak sedar diri, sukar bernafas, paras gula yang rendah, sawan dan juga boleh menyebabkan kematian).

Gangguan kesihatan termasuk:

  • Kerosakan otak yang kekal
  • Penyakit hepar ( radang hepar, sirosis, kanser)
  • Penyakit jantung (peningkatan tekanan darah, angin ahmar/strok)
  • Ulser pada perut (ulser gastrik dan peptik)
  • Kanser usus
  • Penurunan naluri seks dan mati pucuk (lelaki sekalian, doakan ini tidak berlaku kepada kita!)
  • Keguguran spontan
  • Bayi yang tidak normal
  • Anaemia (kandungan darah rendah)

Masalah Psikososial juga mungkin timbul. Antaranya, perubahan personaliti, kemurungan, bunuh diri dan kelakuan agresif.

Dengan kerjasama semua pihak dan pemahaman mereka tentang bahaya minuman keras ini, pasti gejala minum arak ini dapat dicegah dengan lebih berkesan, lebih mantap daripada peraturan-peraturan merepek dan retorik yang membuang masa.

Marilah kita bersama-sama menjauhinya untuk kebaikan bersama.

Komen-komen»

1. pakcikli00 - Ogos 14, 2009

Asalamualaikum

Kalau sudah berteraburan susah nak diatur, memberi anak anak makanan dari hasil dan sumber yang haram, samalah seperti menyuapkan anak makanan dengan api neraka , hasil kepanasannya dapat dirasai mereka yang mengalami kepanasan hasil daripada genjala sosial anak anak mereka, seperti penagih dadah, arak dan sebagainya.

terima kaseh salam hormat

Firdaus Rosli - Ogos 19, 2009

Di situ beratnya tanggungjawab sebagai ibu bapa.
Peraturan itu ini tidak akan berkesan tanpa sokongan daripada mereka.
Justeru, sesiapa yang bergelar ibu bapa harus melakukan post-mortem yang mendalam, mengapakah anak-anak mereka bermasalah.
Mungkin ada cacat cela yang kita lakukan sepanjang bekerja, sumber-sumber pendapatan yang tidak sah di sisi undang-undang dunia dan akhirat.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: