jump to navigation

Akhirnya terlerai sudah pertikaian. Ogos 17, 2009

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , , , , , , ,
trackback

Setelah lebih sebulan diburu pertanyaan, Akhil Hayy Rawa akhirnya menamatkan spekulasi tentang status rumah tangga beliau dengan melangsungkan perkahwinan dengan seorang yang juga penyanyi nasyid iaitu Waheeda atau nama sebenar Norwahidah binti Abdul Wahab. Seharusnya majils ini disiarkan secara langsung oleh saluran Astro Oasis 106, memandangkan kedua-dua mereka telah memberi komitmen yang tinggi untuk saluran Islamik tersebut.

Mereka telah berlakon dan keluar bersama-sama sebelum perceraian beliau dengan bekas isterinya, menonton filem Cina, Ip Man bersama-sama di GSC Alamanda Putrajaya (tempat kegemaran saya menonton wayang). Gambar mereka berada di tepi pantai untuk menjalankan rakaman drama bersama rakan-rakan juga telah diketahui ramai.

Adakah perkahwinan ini meleraikan segala persoalan? Mungkin belum lagi, kerana bekas isterinya, Maizawati Zakaria memperlihatkan perasaan terkejut kerana bekas suaminya terlalu cepat berkahwin dengan orang lain. Mungkin itu hanya sekadar perasaan beliau yang dihebahkan oleh media massa.

Jadi, cukuplah segala pertikaian, hentikanlah, biarkan yang sudah berkahwin melayari bahtera rumah tangga dengan tenang dan bahagia. Manakala bagi yang kehilangan suami tempat bergantung harap, kita bantulah sebaiknya.

Lagipun saya sendiri kagum dengan ketabahan dan kesungguhan Maizawati dalam meneruskan tugas sebagai seorang ibu kepada anak yang berderet ramainya.

Kini beliau mengadakan perniagaan jualan tudung secara online, dan di sinilah peluang kita untuk menunjukkan sokongan, memandangkan musim perayaan semakin dekat. Mereka mencari pengedar dan akan memulakan jualan koleksi tudung Myza esok, 18 Ogos 2009.

Saya pun teringin mahu beli untuk adik kesayangan saya, Siti Rahmah yang semakin pandai menggayakan fesyen tudung kepala. =) Semoga perniagaan ini menjadi satu kejayaan kepada Maizawati.

Silakan ke laman web ini untuk melihat koleksi tudung yang cantik-cantik dari Maizawati Zakaria.

Ini pula blog Maizawati yang baru saya temui.

Sokonglah beliau, kerana dengan setiap sokongan kita, kita sendiri yang akan mendapat ganjaran pahala dari Allah S.W.T, dan beliau juga dapat membantu anak-anak meneruskan pelajaran ke tahap setinggi mungkin, agar dapat menjadi tokoh yang lebih berwibawa daripada bapa mereka suatu hari nanti. Insya-Allah.

Komen-komen»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: