jump to navigation

Cerita Dari “Tanah Serba Boleh”, Malaysia. Ogos 19, 2009

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
trackback

James Chin, Ketua Sekolah Seni dan Sains Sosial, Monash University, Bandar Sunway. Rasa menyesal terlepas peluang untuk masuk Monash University.

James Chin, Ketua Sekolah Seni dan Sains Sosial, Monash University, Bandar Sunway. Rasa menyesal terlepas peluang untuk masuk Monash University.

(karya asal James Chin di The Malaysian Insider, terjemahan Bahasa Melayu oleh Firdaus Rosli)

18 OGOS – Sesekali, anda perlu ketawa dan menangis, pada ketika tertentu, pada sesetengah perkara yang berlaku di Malaysia.

Ini adalah transkripsi soal-balas daripada perbicaraan kes hasutan Karpal Singh. Orang yang dipanggil untuk menjawab ialah seorang wartawan dari RTM, media rasmi kerajaan. (Pada zaman dahulu yang teruk, ianya pernah dipanggil “Radio Televisyen Mahathir”.)

Jagdeep Singh Deo (Peguam Pembela): Tahukah anda Karpal Singh berasal dari parti politik mana?

Eliana Mazlan (saksi kedua pihak pendakwa) : Saya tidak pasti.

Semua yang hadir: [perasaan tidak percaya]

Karpal Singh (tertuduh): [senyum terhibur]

Jagdeep: Adakah anda seorang pengundi?

Eliani: Ya.

Jagdeep: [menghadap ke arah mahkamah] Saya berharap anda bukan berasal dari Pulau Pinang.

Semua yang hadir: [ketawa]

Okey, mari kita berikan kelebihan keraguan kepada beliau (benefit of the doubt). Apa pun, orang selau merungut bahawa anak muda Malaysia tidak berminat soal politik, atau sistem pendidikan kita menemui kegagalan. Untuk saya, itu masih tidak mengapa.

RTM, Teman Setia Anda.

Soalan ringkas saya, bagaimanakah RTM boleh melantik seorang wartawan yang tidak tahu ehwal semasa atau personaliti politik utama negara ini?

Cara lain untuk memikirkan hal ini adalah jabatan-jabatan kerajaan, seperti RTM, mengambil orang-orang yang tidak akan diambil bekerja oleh sesiapapun. Dalam kata lain, ada jawatan kerajaan yang menarik menanti jika anda tidak kenal siapa itu Najib Razak.

Adakah ianya satu kegemparan bahawa perkhidmatan awam dilihat sebagai “tapak perlupusan” untuk orang “buta huruf” yang masih berfungsi?

Pembela nasib kakitangan kerajaan, yang sudah terlampau dimanjakan, sehingga ada yang terhutang budi.

Ini mungkin dapat menjelaskan mengapa CUEPACS amat berjaya mendapatkan kenaikan gaji, cuti tambahan dan kini meminta bonus lebih daripada kerajaan. Tidak mengapa walaupun kita dalam krisis ekonomi – maaf, saya terlupa, mereka tidak tahu pun apa itu krisis ekonomi.

Boleh anda bayangkan bahana yang akan berlaku jika perkhidmatan awam memutuskan untuk bekerja dalam erti kata sebenar selama sehari? Ya, lebih baik bayar mereka untuk duduk diam dan tidak menyusahkan dengan terus datang dan kutip gaji buta.

Episod kedua “Dumb and Dumber” (Bodoh dan Lebih Bodoh) adalah MCA, parti kedua paling berkuasa dalam kerajaan. Menurut bendaharinya, “tiada rekod” RM10 juta “derma” daripada ketua Kelab Penyokong Barisan Nasional, Tiong King Sing tahun lalu.

Bolehkah saya bertanya: Siapa cerdik pandai yang merekodkan transaksi sebegini. Parti politik manakah dalam BN yang “merekodkan” sumbangan derma politik? MCA pasti membayangkan rakyat Malaysia begitu bodoh dan percaya bahawa “tiada rekod” bermaksud tiada wang bertukar tangan. Ahli perniagaan “menderma” kepada parti politik sepanjang masa, terutama ketika pilihanraya, tiada resit dan rekod yang pernah disimpan untuk transaksi sedemikian.

Oleh kerana MCA berkata “tiada rekod”, ini juga bermakna MCA menyimpan rekod dengan baik. Jadi, bolehkah kami lihat senarai derma politik MCA untuk tahun 2009?

Orang yang sudah kaya, tidak perlukan resit rasmi, campak saja.

Orang yang sudah kaya, tidak perlukan resit rasmi, campak saja.

Jika MCA boleh menunjukkan bahawa merekodkan setiap derma tunai, saya dengan rendah diri minta maaf kepada parti tersebut kerana mentertawakan mereka. Paling penting, ini adalah parti milik taukeh-taukeh dan mereka pandai mencari wang – untuk perhatian, semuanya tunai.

Episod Finale “Dumb and Dumber” (Bodoh dan Lebih Bodoh – semuanya dalam tempoh kurang seminggu) milik sebuah parti politik yang meningkatkan had usia “pemuda” mereka kepada 45, daripada 40 sebelumnya.

Wah, di Malaysia, seorang berusia 45 masih “pemuda”. Ini bermakna orang berusia 30 di Malaysia adalah remaja, dan sesiapa di bawah usia 20 adalah bayi. Saya kenal beberapa orang berusia 45 dengan anak-anak yang sudah berkahwin tetapi dalam MIC, mereka adalah “Pemuda”.

Kesimpulannya jelas: jangan dengar sesiapa yang berkata bahawa anda perlu mendapatkan kerja apabila tamat sekolah atau berusia 30. Anda masih terlalu muda.

Sakit kan? Tak payah hadapi semua ini, masuk saja MIC!

Tak perlu pergi ke spa mahal, atau membayar untuk jamu dan “facial”, lupakan Botox. Untuk kelihatan lebih muda, sertailah MIC dan kembalikan keremajaan anda segera. Tawaran terhad, daftar sekarang.

Ringkasnya, jika anda tidak mengenali siapa Karpal Singh (atau Kit Siang), sila pohon kerja sebagai wartawan di RTM; jika anda memberikan wang kepada parti politik, sila minta resit rasmi; dan jika anda ingin rasa kembali muda, sila sertai Pemuda MIC.

Komen-komen»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: