jump to navigation

Selepas Permatang Pasir, sorotan berita sepanjang seminggu. Ogos 25, 2009

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
trackback

Sudah lebih seminggu saya tidak muncul dengan artikel dan tulisan baharu. Idea ada, cuma susah untuk dilaksanakan dan dijelaskan dengan cara yang terbaik. Namun urutan peristiwa sepanjang minggu telah membantu saya untuk mencambahkan idea untuk menulis buat pertama kali sempena Ramadhan.

Salam Ramadhan 1430 Hijrah buat semua pembaca, diharapkan Ramadhan kali ini dapat menyatukan kita bukan atas dasar atau pendirian lain, tetapi hanya atas landasan agama Islam yang suci.

Mari kita semarakkan surau, masjid di tempat kita dengan bukan hanya berterawih, malah sebolehnya solat 5 waktu secara berjemaah supaya kita dapat membiasakan diri dan meneruskan amalan tersebut setelah Ramadhan berakhir.

LOMPAT MASUK, LOMPAT KELUAR

Katak di sana-sini.

Katak di sana-sini.

Parti Keadilan Rakyat memang terkenal dalam soal menerima tokoh-tokoh parti lawan, mahupun kehilangan wakil rakyat di negeri-negeri yang dikuasainya. ADUN Lunas, Kedah yang juga seorang Exco negeri Kedah, Radzhi Salleh mengisytiharkan diri sebagai ADUN Bebas yang nampaknya menyokong kepimpinan BN iaitu Najib Razak.

Pada masa yang sama, seramai lebih 10 ADUN BN Terengganu

Mereka mahu Deris sajalah, Natang! Siapa Natang ni?

Mereka mahu Deris sajalah, Natang! Siapa "Natang" ni?

menimbangkan untuk memasuki PKR semata-mata untuk membolehkan pembubaran Dewan Negeri Terengganu seterusnya melantik Menteri Besar baru. Mereka adalah penyokong kuat Idris Jusoh yang masih tidak berpuas hati dengan penolakan jawatannya oleh Majlis Penasihat Pemangku Raja Terengganu.

Anwar Ibrahim juga telah mengakui hakikat ini, bahawa PKR memiliki ramai pemimpin yang tidak “istiqamah” kepada perjuangan parti, mudah disuap dan digula-gulakan oleh parti lawan. Kita tunggu dan lihat sahaja apa perancangan beliau seterusnya untuk membersihkan imej PKR yang semakin tercalar dalam kalangan Pakatan Rakyat.

TAKUT IMEJ NEGARA TERJEJAS, “MENGHORMATI BULAN RAMADHAN”

Kartika Sari Dewi Shukarno, anda memang berhak mendapat pujian saya. Kesanggupan beliau untuk menerima hukuman rotan sebangak 6 kali, dan kebenaran daripada keluarga begitu mengagumkan kita.

Lihat sahaja di sekolah zaman sekarang, ibu bapa memarahi guru kerana menghukum anak mereka di kelas. Jika kes polis, selalunya ibu bapa anak yang melakukan jenayah merayu-rayu memohon simpati polis untuk membebaskan anak yang sudah sememangnya bersalah dalam kes jenayah.

Namun, Kartika dan keluarga sanggup menghadapi cemuhan masyarakat demi

Lagi-lagi gambar Jasmine minum arak. Semoga anda insaf!

Lagi-lagi gambar Jasmine minum arak. Semoga anda insaf, Jasmine yang cantik jelita=)

menyedarkan rakyat Malaysia, terutamanya VIP, VVIP dan anak-anak mereka agar menjauhi arak, najis yang merosakkan umat. Kartika sekeluarga dituduh sebagai “mencari publisiti” oleh sebahagian pembaca yang memberikan komentar di OhBulan! dan BeautifulNara, dua blog hiburan popular. Tuduhan tidak berasas sebegini sangatlah mengecewakan, terutama di bulan Ramadhan yang digalakkan kita menjaga tutur kata agar tidak memfitnah orang yang tidak bersalah.

Muncul pula, cuba teka siapa?

PERDANA MENTERI, Najib Razak menasihati Kartika agar merayu hukuman beliau diringankan. Kata beliau, hukuman

Hukuman rotan di Acheh, Indonesia. Tak sama langsung dengan sebat.

Hukuman rotan di Acheh, Indonesia. Tak sama langsung dengan sebat.

rotan akan menjejaskan reputasi Malaysia sebagai negara Islam yang sederhana dan tidak ekstrim.

(Pada masa yang sama, UMNO tiba-tiba menjadi pejuang Islam sejati, dengan “menangguk di air keruh” dalam isu arak di Seksyen 8 Shah Alam. Alangkah ironinya!)

Di sini nampak betapa jahilnya beliau tentang undang-undang Syariah di Malaysia. Hukuman rotan yang akan diberikan bukanlah seperti sebat kepada pesalah jenayah, malah jauh lebih ringan, dengan tujuan untuk menyedarkan masyarakat Islam.

Ramai artis yang minum arak, diharap mereka juga akan dihukum. Bukti di depan mata anda. Super-impose ke???

Ramai artis yang minum arak, diharap mereka juga akan dihukum. Bukti di depan mata anda. Super-impose ke???

Sebagai cara menghormati Ramadhan, hukuman tersebut boleh diteruskan, bukannya ditangguhkan dan menimbulkan ketidaktentuan hidup kepada Kartika sekeluarga. Pastikan agar bulan Ramadhan ini, golongan yang gemar minum arak akan sedar kesilapan, dan menjauhinya sepanjang hidup.

CALON TIDAK BERWIBAWA, BN-UMNO TIDAK BERNYAWA?

Rohaizat Othman adalah orang yang paling malang pada malam 25 Ogos 2009, gara-gara ketewasan beliau kepada calon PAS dalam pilihanraya kecil Permatang Pasir, Salleh Man.

Jika dibandingkan keadaan pada PRU-12 dengan pilihanraya kecil ini, tidak jauh bezanya.

PRU-12: DUN Permatang Pasir

PAS: 11,004 undi (66.4%), BN: 5,570 undi (33.6%)

Pilihanraya Kecil DUN Permatang Pasir

PAS: 9,618 undi (65.5%), BN: 5,067 undi (34.5%)

Perbezaan kecil, 0.9% sahaja. Di manakah kebangkitan Manek Urai yang digembar-gemburkan oleh UMNO? Pada saya, kebangkitan itu ada, kita lihat semakin ramai anak muda yang menyokong BN, hasil kempen berterusan oleh media massa, dan juga pelbagai insentif yang disediakan oleh kerajaan kepada golongan muda untuk meraih sokongan.

Bangkitlah Melayu, anda dan semua bangsa sudah ditipu 52 tahun lamanya!

Bangkitlah Melayu, anda dan semua bangsa sudah ditipu 52 tahun lamanya!

Harus kita ingat, golongan muda sebahagiannya tidak rajin untuk membaca, lebih-lebih lagi soal politik yang dipandang sebagai “berserabut” oleh mereka. Hasilnya, apa yang dilihat di tajuk-tajuk utama akhbar, itulah yang mereka percaya. Mereka juga terhutang budi kepada BN, yang dianggap sebagai “kerajaan” sehingga beranggapan bahawa penyokong PAS, PKR dan DAP itu sebagai “kacang lupakan kulit” dan “anak derhaka”.

Namun, semua itu tidak akan bermakna jika BN meletakkan calon yang tiada integriti dalam pilihanraya yang ditandingi.

Rohaizat Othman, telah ditarik sijil peguamnya oleh Malis Peguam Malaysia (Bar Council). Kes penggelapan wang sejumlah RM160,000 tidak dapat dijawab. Begitu juga dengan rahsia poligami beliau yang terbongkar, akibat dikatakan lepas tangan daripada tanggungjawab sebagai suami.

Segalanya serba tidak kena untuk UMNO apabila bertanding dalam setiap pilihanraya, kerana calon-calonnya pasti punya isu integriti yang tidak dapat dijawab dan menjadi modal untuk PR menggandakan sokongan yang sedia ada.

Tolonglah pilih calon yang lebih berwibawa!

Nasihat saya untuk UMNO: SILA BERHATI-HATI MEMILIH CALON. Setiap calon anda akan dipertimbangkan oleh masyarakat dan pengundi, bayangkan sahaja pilihanraya umum nanti jika ramai calon jenis begini.

PR pula, janganlah leka bila menang. Teruskan khidmat cemerlang di Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Kelantan. Jangan padamkan api semangat rakyat Perak demi mempertahankan demokrasi di sana. Segala isu yang melibatkan perbezaan pendapat, selesaikanlah menggunakan saluran dalaman agar tidak dimanipulasi oleh media, yang menjadi “batu api” sejak sekian lama.

Semoga PR dan BN bersaing dengan sihat dan bersih demi rakyat yang “mereka cinta”.

Komen-komen»

1. suhaimi - Ogos 26, 2009

dengar crita la kan pidot …adun bn suka idris jusoh sbb waktu dia jadi mb besar dulu kat trangganu byk tender2 dia bg kat keluarga adun begitu jugak tender kontrator kelas F yg kebanyakkan dapat la untuk adun2…yg lebih best sebab dulu istana x suka jusoh ialah sbb sultan dapat skit je kot duit royalti minyak…
mana ilang..mana ilang duit..

(teringat lagu ustaz akhil hayy-royalti)

Firdaus Rosli - Ogos 26, 2009

Boleh jadi juga, tengok saja projek Stadium Sultan Mizan dan Kompleks Akuatik Batu Burok, kedua-duanya dah rosak. Mesti banyak ketirisan berlaku dalam pembahagian dana projek.

Hurm…takkanlah Sultan Mizan sebegitu tamak, aku curiga sikit di situ. Sultan Mizan antara yang sederhana dalam kalangan raja Melayu.

Teringat kereta baginda yang aku pernah terserempak, Rolls Royce Phantom, warna Pearl White=) Takkan duit tak cukup banyak lagi tu kan?

2. suhaimi - Ogos 26, 2009

sultan dah beli kereta rolls royce habih la duit…nak masuk la lagi duit untuk keta anak kecik dia yg jd sultan kat trangganu skrang tuh…hehe


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: